CHAPTER 67 : ASWANDY & REEZAL

2.3K 150 12
                                    

Reezal menyalin pakaian diraja dan sarung tangan dipakai,lambang Mighty Bison tertera di sarung tangannya. Dia membetulkan rambutnya dan disikat dengan kemas,selendang bersama pengikat kepala bison kemas dipakai. Razeedah tersenyum memerhatikan suaminya itu,dia sekadar duduk di tepi melihat gelagat suaminya.

"Kenapa?" Reezal tersenyum hairan melihat isterinya sekadar memerhatikannya dengan senyuman.

"Tak ada apa...suka tengok abang kemas macam ni...hehe.." ujar Razeedah.

"Amboi...selama ni tak kemas ke?" soal Reezal tersenyum.

Tok! Tok!

"Baiklah abang berangkat dahulu..." ujar Reezal sebaik mendengar pintu rumahnya diketuk.

"Hati-hati bang...." kata Razeedah dan Reezal hanya tersenyum mengangguk,pintu rumahnya dibuka dan Rayyan sudah terpacul di hadapannya.

"Rayyan..awal betul kau sampai..." kata Reezal.

"Biar awal bang,daripada lambat...." jawab Rayyan dan di belakangnya kelihatan Reena serta Qisya di dalam dukungan Ikhwan,Reezal dan Ikhwan berpandangan kemudian mengangguk.

"Baiklah Rayyan mari kita bergerak..sekarang.." Reezal menuruni tangga rumahnya,Luqman dan Aminudden turut sama ada di situ.

"Luqman? Aminudden?"

"Hi ayahanda...hati-hati dalam perjalanan...." ujar Luqman tersengih.

"Yeah hati-hati ayahanda.." tambah Aminudden,lantas Reezal tersengih dan mengusap kepala mereka berdua.

"Jaga diri masa ayah tak ada...!" pesan Reezal berlalu pergi dan meninggalkan mereka semua.

"Abang Reezal nak ke mana tu?" soal Alisa yang berada di sebelah Ikhwan.

"Dia ada urusan di negara Rembulan..." jawab Ikhwan sambil menyerahkan semula Qisya pada Reena,Alisa hanya terdiam kerana dia seperti pernah mendengar nama negara ini.

"Bagaimana abang?" soal Reezal

"Abang smart...cun...kemas dan kacak.." ujar Rayyan tersengih.

"Bukan aku la...tu abang sulung aku...."

"Ouh...dia sihat walafiat.." jawab Rayyan tersengih malu kerana silap memberi jawapan.

"Ada apa dia panggil aku ye..." Reezal cuba mengagak sambil memasuki kereta yang Rayyan bawa.

"Itu kena jumpa tuanku dulu la..." jawab Rayyan.

"Hmm....betul juga..." ujar Reezal sambil memasang tali pinggang keledar.

"Okay..abang ipar,dah sedia?" Rayyan menyoal sambil tersenyum.

"Kita gerak sekarang..." ujar Reezal tenang sambil tersenyum.

"Aye aye chief...." ujar Rayyan tersengih dan menolak gear,lalu kluc ditekan serta pendikit minyak.

Kereta milik Rayyan mula bergerak dan menyusuri keluar dari istana,melepasi kawasan bandar dan terus memasuki lorong ke arah lebuhraya. Kenderaan pacuan empat roda mula memasuki jalan lebuhraya,dan mula meluncur laju seiring kenderaan yang sedia ada.

"Tak tahu pula kamu berada di negara Rembulan..." Reezal memulakan bicara dan Rayyan hanya ketawa kecil.

"Haha...maaf la tapi raja negara Rembulan berkeras untuk kami berdua tinggal dengan mereka.." jelas Rayyan dan Reezal sekadar mengangguk.

"Baguslah...perangai dia memang macam tu..." kata Reezal

"Negara Rembulan agak sejuk,harap tuan putera kedua boleh tahan..." ujar Rayyan tersengih.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now