CHAPTER 20 : SULK?

2K 150 2
                                    

Ikhwan menyalin pakaiannya,Iris awal-awal lagi sudah bersiap dan ini mengejutkan dia. Pertama kali dia melihat adik kembarnya begitu teruja,dia seperti mengesyaki sesuatu pada Iris. Namun dia hanya biarkan dan menunggu adiknya sendiri memberitahunya,musim sejuk yang begitu dingin membuatkan dia mengenakan baju sejuk bersama muffler dililitkan pada kawasan leher.

Dia berjalan keluar dari biliknya,menyedari kehadiran kakaknya di tepi pintu biliknya. Ikhwan hairan apa yang Reena berada di situ,tunggu dia keluar? Untuk apa? Ikhwan hanya mencekak pinggang,muffler tersebut hampir menutupi ruang mulutnya.

"Awal betul keluar...?" Soal Reena tersenyum.

"Haha....awal ye? Jam dah 8 pagi kak....takkan nak tidur jer...?" Balas Ikhwan tersengih sambil memeluk tubuhnya pula,pintu bilik Ikhwan terbuka dan Iris muncul kemudian menyedari kehadiran Reena,dia terus mengembungkan pipinya dan menoleh ke tempat lain.

"Apa salah akak?" Reena tersengih dan Ikhwan hanya menekup mulut,menahan ketawa dan Iris serta Reena menoleh ke arahnya.

"Apasal Ikhwan gelak huh?" Reena tidak puas hati,Iris mencubit lengan Ikhwan di sebalik baju sejuknya.

"Ouch...that's hurt..I-Aw...aww!!" Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayat,telinganya dipulas pua oleh Reena.

"What now? Auww...aww!!" Gelagat tiga beradik itu diperhatikan Solleh yang berusia 55 tahun,dan sekadar tersenyum lalu beredar dengan menggelengkan kepalanya.

"Apa bising pagi-pagi ni...huah..." rungut Raffie keluar dari biliknya,yang berdekatan dengan bilik Ikhwan dan Iris. Kerana Ikhwan dan Iris adalah kembar,jadi mereka sebilik.

"Raffie...pagi..." sapa Reena tersenyum melepaskan pulasan telinga,begitu juga Iris.

"Adeh..." rungut Ikhwan mengusap telinganya,kemudian lengannya pula.

"Dengar meriah-meriah ada apa ni?" Raffie menyoal sambil menguap,dia ingin tidur tapi kerana terdengar sesuatu dari luar bilik jadi sukar untuk dia tidur semula.

"Bising ke? Maaf la....hehe" Reena tersenyum.

"Iris dah jom...." Ikhwan menarik tangan adik kembarnya,kemudian beredar meninggalkan mereka berdua. Reena perasan tindakan Ikhwan,sekadar tersenyum melihat adik kembarnya yang tergesa-gesa pergi.

"Mana diorang pergi tu?" Soal Raffie menggaru perutnya.

"Dating....kan Iris belum beritahu abang kembarnya pasal tawaran belajar tu?" Jawab Reena yang masih melihat Ikhwan dan Iris pergi sehingga bayang mereka hilang.

"Ouh....pasti Ikhwan akan okay? Hari tu baru berjauhan sekejap...dah demam dua-dua..." kata Raffie tersengih.

"Itu Iris tak beritahu....ni beritahu awal-awal,mungkin Ikhwan dah prepare ke pe kan...?"

"Mungkin......hmm"

Raffie segera memohon diri untuk beredar,Reena hanya melihat adik nombor limanya pergi. Dia sekadar tersenyum dan turut beredar,Raffie yang berjalan hampir jauh,menoleh ke arah kakaknya yang berlalu pergi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

"Wah cantiknya...." kata Iris melihat patung ikan lumba-lumba yang dipamerkan,ia adalah hadiah untuk sesiapa berjaya memecahkan rekod yang tertera pada mesin uji kekuatan.

"Adik nak ke?" Soal Ikhwan daripada belakang,Iris menoleh ke arahnya lalu mengangguk.

"Okay....." ujar Ikhwan lagi sambil menyinsingkan lengan panjangnya, dan meregangkan badannya.

"Bang...jangan hancur pulak mesin tu..." usik Iris tersenyum.

"Tak janji...." seloroh Ikhwan berkata,dan menuju ke arah mesin tersebut. Tangannya digoyangkan untuk bersiap sedia melakukan tumbukan,orang yang berada di sekeliling mula mengambil perhatian ke arah Ikhwan.

"Lupakan je la...mesin tu bukan sebarang orang dapat tumbuk...." ujar salah seorang dari orang awam,Iris hanya sinis menyandar di tepi dinding. Ikhwan hanya sekadar sinis,orang awam di sekeliling ketawa dan memandang rendah padanya. Tangan dikepal dan menghayunkan penumbuk.

Dushh..!!!!

KLonG...!!!!

Satu tumbukan dilepaskan dan mesin itu terus kerosakan yang serius berlaku,orang awam yang mengejeknya terus terdiam dan tercengang. Ikhwan mengibas tangannya,dan menoleh ke arah orang awam yang tercengang melihat kejadian itu.

"Terima kasihhhhh!...yeay!" Iris tersenyum gembira,memeluk patung ikan lumba-lumba tersebut. Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya,sambil tersengih.

"Iris ada benda nak beritahu ke?" Soalan Ikhwan membuatkan Iris terdiam,lalu menoleh ke arah abang kembarnya itu.

"Err.....a-apa maksud abang?" Iris mula menggelabah,Ikhwan memegang dagunya dan tersenyum.

"Tengok? Abang tanya je kot..memang betul la...kan?"

"Err....hee....saya memang tak boleh nak sembunyikan apa-apa dari abang...." Iris mengeluh menundukkan kepalanya.

"Pasal ni ke?" Ikhwan menyoal sambil menunjukkan sampul surat,Iris tercengang sekali lagi.

"M-mana abang dapat tu?"

"Well...we are roommate remember? Jumpa benda ni,masa abang kemas-kemas bilik dua hari lepas....jadi..."

"Jadi?" Iris tersengih seperti tahu apa yang akan dikatakan oleh abang kembarnya.

"Cakap la...abang sorang je yang paling akhir tahu...'' Ikhwan berkata sambil menjeling ke arah adiknya,Iris terus terdiam dan tersengih.

Tch!

"Nama je kembar...tapi paling last tahu....hmm" Ikhwan memeluk tubuhnya,bengang kerana adik kembarnya tidak beritahu awal-awal mengenai belajar di luar negara.

"Err...abang marah ke?"

"Kau rasa?" Iris terkejut apabila perkataan adik ditukar 'kau' dan dia sedar Ikhwan betul-betul marah,namun sesuatu meluru ke arah mereka dan dengan pantas Ikhwan menangkap. Anak panah.

"Hmmm....Siapa kau?" Soal Ikhwan menoleh ke arah dari mana datangnya anak panah itu,Iris menjengah dan terkejut apabila seseorang berpakaian jubah berhud berdiri sambil tangannya memegang busur.

"Huh?" Tanpa sempat disedari oleh Ikhwan,beberapa orang berpakaian lebih kurang sama,berhud juga mengepung mereka berdua.

"Kerajaan....." orang berjubah yang memegang busur,muka berbicara perlahan namun dapat didengari oleh Ikhwan.

"Hah?"

"Musnah....kerajaan Mentari akan musnah!!" Jerit orang berhud yang memegang busur itu,dan orang yang mengepung mereka berdua mula menyerang.

"Abang!" Iris menggayakan dia sedang bersedia,Ikhwan menyalakan api merah.

"Aku tengah marah ni..." kata Ikhwan menumbuk salah satu dari penyerang.

"Bagus korang datang,BOLEH AKU LEPASKAN KEMARAHAN!!"

************************************************************

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now