Bonus 3 : Tale Of White Tiger

1.6K 133 13
                                    

Sebuah perkampungan puak yang terkenal dengan sikap peramah mereka,sering memberi bantuan pada musafir lalu menumpang tidur. Mereka tidak memilih bulu siapakah yang melalui kawasan perkampungan mereka,perkampungan itu dikenal Jawa Clan Village. Mereka terkenal dengan pengetahuan mengenai ubat-ubatan tradisional yang dikatakan mujarab,dan juga pemimpin bagi puak ini Jamaal Jawa merupakan pemimpin yang berwibawa. Aku memandang tinggi padanya,kerana dia adalah ayah kandung aku sendiri. Aku sanjung dia kerana dia menyayangi kami sekeluarga,malah dia berikan kepercayaan pada aku untuk mewarisi Haiwan Sakti ataupun dikenali oleh para pahlawan sebagai Spirit Beast.

Nama aku Jamel Jawa berusia 15 tahun ketika itu. White Tiger menerima aku menjadi tuan barunya,aku berjanji pada penduduk kampung untuk melindungi mereka. Namun aku tidak dapat tunaikan janji itu,kerana ketika aku keluar untuk mencari bahan ubat-ubatan. Sesuatu yang buruk berlaku kerana sebaik aku pulang,habis seluruh kampung serta puak habis dimusnahkan serta dibunuh. Ayah dan ibu turut mati dibunuh dengan kejam,aku melutut menangis menyesal kerana tidak menepati janji aku pada mereka.

Akibat tekanan yang dihadapi oleh aku terlalu kuat,akhirnya aku rebah tidak mampu bangun. Pada masa yang sama seseorang berpakaian jubah serta berhud,menutupi kepalanya tiba dengan portal teleportasi. Dia menghampiri ke arah aku yang sedang terbaring,kemudian pandangan aku menjadi kabur dan gelap. Masa berlalu dengan pantas kemudian sedikit demi sedikit,aku mulai sedar dan pandangan gelap menjadi terang sebaik aku membuka mata perlahan-lahan.

"Urgh...." aku cuba bangkit.

"Hey..awak jangan bangun,awak masih belum sihat sepenuhnya.." satu suara menyapa dan kelibat seorang gadis berambut perang,anak mata kehijauan menerpa ke arah aku dengan lembut membaringkan aku semula.

"Rehat secukupnya...." ujarnya lembut dan seperti dia menyanyikan sebuah lagu,akhirnya aku terlena kerana nyanyian merdunya.

Aku membuka mata dan menyedari hari sudah terang,kemudian aku bangun dan teringat apa yang berlaku semalam. Aku menggigit bibir menahan sebak dan tiba-tiba pintu dikuak,seorang lelaki berusia sekitar 45 tahun memasuki bilik. Rambutnya panjang sehingga paras bahu,matanya berwarna emas kehitaman sedikit serta bermisai dan sedikit janggut. Aku mengenalinya dan menunduk kepala tanda hormat,raja Mentari generasi kelima Solleh Al'Darius.

"Did you sleep well?" Soalnya melangkah ke arah katil di mana aku berada.

"Er...ah..ya.." aku hanya menjawab dengan tersekat apabila raja negara Mentari di hadapan aku.

"Saya minta maaf kerana lambat memberi bantuan pada puak Jawa..saya mohon maaf.." ujar lelaki itu menundukkan kepalanya tanda minta maaf.

"Angkat kepala awak tuanku...itu bukan salah awak.." ujar aku dan Raja Solleh mengangkat kepalanya.

"Tapi..." aku menggelengkan kepala.

"Jika ini takdir saya,saya terima..namun saya bersumpah atas nama puak saya akan cari pembunuh puak saya...." ujar aku dengan renungan tajam,Raja Solleh terdiam kemudian tersenyum.

"Jika itu keputusan kamu...izinkan saya membantu kamu.." ujar Raja Solleh.

"Itu yang saya harapkan Raja Solleh.." kata aku tersenyum.

Aku menerima tawaran Raja Solleh berkhidmat untuknya,di samping mengambil kesempatan untuk mencari pembunuh puak aku. Kerja keras aku membuahkan hasil kerana diserap masuk ke dalam skuad diberi nama 10 Guardian,penjaga kota yang dipercayai oleh negara Mentari dan ketika usia aku sudah mencecah 21 tahun.

Aku berkenalan dengan Azlee,rambut kuningnya semulajadi ke? Nabill dan dia paling muda dalam skuad,Noh pula aku hanya tegur biasa sahaja. Niezam dan Zaren berlainan usia,namun mereka matang dalam segi pemikiran. Niezam lebih tua dari Zaren itu yang pasti,dan pada masa itu aku bertemu seseorang yang aku tidak sempat mengucapkan terima kasih.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now