CHAPTER 86 : ANCESTOR

1.9K 157 18
                                    

Para kesatria negara Mentari gigih menjalani latihan hasil latihan Reezal sebagai Komander tentera,Raffie memberi bantuan dalam latihan manakala Yusri pula memeriksa setiap data yang digodam untuk maklumat bagi Black Cobra. Dia tersenyum kerana membaca sesuatu yang menarik dari dalam komputer super miliknya,Reena pula melatih skuad barunya dan dipenuhi dengan ahli wanita. Elena dan Raven membantunya,ada juga yang suka mendekati Raven ketika waktu rehat mereka. Elena mengembungkan pipinya tanda protes dan dipujuk oleh Reena,Solleh pula sibuk mengatur strateginya dan ditemani oleh isterinya iaitu Rumina.

"Bagaimana keadaan sini Jamel?" soal Ikhwan ketika itu berada di tengah tanah lapang.

"Hmm...tiada sebarang masalah rasanya..." jawab Jamel dan Ikhwan berjalan sekeliling kawasan tersebut,Alisa dan Jane menjadi penonton sahaja.

"Pak cik!" Aminudden memanggilnya daripada jauh,Ikhwan bergegas berlari ke arahnya.

"Kenapa Luqman? Aminudden?" Ikhwan menyoal dan Luqman menuding ke arah bawah,kelihatan beberapa makhluk aneh berkeliaran.

"Jadi negara yang ditinggalkan ni tiada langsung penduduk la?" Ikhwan menduga dan Z muncul dari belakang,Ikhwan hanya menghela nafas mengeluh.

"Jangan terlalu cepat membuat keputusan...." ujar Z dengan wajahnya yang serius,Ikhwan sekadar terdiam begitu juga dua orang anak saudaranya.

"Jadi apa pendapat kau mr.obvious?" balas Ikhwan memeluk tubuhnya,Alisa pula ketika itu menyedari sesuatu dari belakang lalu menoleh serta terkejut.

"Minotaur?" ujar Alisa tergamam dan Jane menoleh,Jamel sedar kehadiran makhluk separuh lembu dan manusia.

GROAAHH!!!!

"Huh?" Ikhwan serentak menoleh bersama yang lain ke arah di mana jeritan itu datang,kelihatan Jamel menahan serangan seekor minotaur.

"Jamel!" Jane mula risau.

"Jane bawa miss Alisa dari sini!" Arah Jamel.

"Tapi awak..."

"Cepat..!!!"

Jane terkejut apabila Jamel menjerit,dia segera menarik Alisa untuk berlari ke arah Ikhwan berada. Jamel tersengih dan mengeluh perlahan,menyesal kerana tinggikan suara pada orang yang dia sayang. Kemudian dia sedar minotaur itu cuba menghayunkan tangan sebelahnya,dan Jamel berundur ke belakang dengan pantas.

"Sikit lagi nak jadi penkek.." ujar Z bersiul kagum,Ikhwan hanya mendiamkan diri melihat pertarungan itu.

"Ohoo....main kasar ha?" Jamel berkata dengan selamba,minotaur itu berlari ke arahnya dan Jamel menarik kakinya.

"Nah!"

DUSH!!

Satu sepakan padu mengenai muka minotaur tersebut lalu terseret ke belakang,tidak lama makhluk itu memandang ke hadapan semula dengan muka bengis. Air liur mula keluar sebaik dia mengangakan mulutnya,Jamel menunjukkan muka reaksi geli dengan air liur.

"Ek eleh geli la sial!" Jerit Jamel menyepak dagu makhluk tersebut,sehingga terdongak kemudian serangan Jamel tidak terhenti di situ.

"Tujahan Harimau!!"

DUSH! DUSH!!

Sepakan menujah mengenai perut minotaur itu dengan dua kali tujahan,makhluk itu menahan senak kemudian dia sedar Jamel sudah berada di hadapannya dengan kakinya menegak. Makhluk itu kaku tidak sempat berbuat apa-apa,Jamel hanya menyeringai mukanya teruja.

"Muka abang Jamel memang macam tu ke?" Soal Alisa dan Jane sekadar tersengih ketawa kecil.

GROARR!!!

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now