CHAPTER 57 : IKHWAN VERSUS AYDAN

2.1K 175 11
                                    

"So you guys from another world...?" Soal Eidan sambil duduk di hadapan Ikhwan dan Alisa,Jamel serta Aminudden berdiri di sisi mereka berdua.

"Yeah something like that..." jawab Ikhwan mengangguk perlahan,Eidan tersenyum tenang menoleh ke arah Anna yang turut duduk di sebelahnya. Manakala Isabelle serta Aydan berada di sisi ibu bapa mereka.

Ikhwan bersama Alisa dan Jamel serta Aminudden dijemput memasuki ke dalam istana,ini kerana jasa mereka menyelamatkan Lyon serta Exzer ketika kena serangan lelaki berhud beberapa jam yang lalu. Manakala Lyon dan Exzer diberi rawatan susulan,mereka berdua terhutang budi dengan Ikhwan serta rakannya yang lain. Anna memerhatikan Ikhwan dengan penuh minat kerana anak muda ini,auranya begitu besar semasa dia melihat dari bola kristal.

"Same like you..." ujar Eidan menoleh ke arah Anna.

"If you from another world...not Lvanians..human can't live in this world.." kata Anna penuh tanda tanya.

"Because we're not normal human...." ujar Aminudden mencelah dan Ikhwan hanya membiarkan sahaja,Anna memandang ke arah Aminudden serta minat dengan apa yang dikatakan oleh remaja itu.

"Tell me young man...what do you mean...?" soal Anna tersenyum dan Aminudden menoleh ke arah bapa saudaranya,Ikhwan mengangguk memberi kebenaran.

"Sebab dunia kami dengan dunia tuan maharaja serta puan maharani,lebih kurang sama...makhluk pelik,dan kuasa yang menakjubkan....semua itu ada dalam dunia kami.." Aminudden berkata sambil memberi penjelasan dengan panjang. Eidan terkejut mendengarnya dan menoleh ke arah Anna.

"Jelas dunia awak berlainan dengan dunia mereka..." kata Eidan pula dan Anna mengangguk.

"Yeah sebab diorang seperti sudah biasa dengan apa yang berlaku sebentar tadi.." kata Anna menyokong suaminya.

"Putera...apa kata kita tanya mereka mengenai portal yang bawa kita ke sini..?" Jamel yang diam tidak memahami dengan jelas perbualan mereka akhirnya bersuara,malah menarik perhatian Isabelle yang mendiamkan diri pada mulanya.

"Putera? Awak seorang putera?" soal Isabelle terkejut.

"Ya...." jawab Ikhwan dan Eidan serta Anna turut sama terkejut,Aydan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Malah ini anak saudara dia juga seorang putera..." tambah Jamel sambil tersengih,Alisa hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Jadi gadis muda ini..." Eidan beralih pandangan pada Alisa.

"Saya tunang Ikhwan...." balas Alisa sambil tersenyum,dan itu menambahkan kejutan pada mereka anak beranak termasuk Aydan kali ini.

"Tunang? Ikhwan?"

"Ouh ya...tuan raja...tak tahu nama kami semua..baiklah.." Ikhwan segera bangun dari kerusinya,Eidan dan Anna termasuk Isabelle serta Aydan terkejut dengan tindakannya.

"Greeting...i'm Sixth Prince from Mentari nation,Ikhwan Solleh...this Alisa Darweez....my fiancee...after her...Jamel the Guardians of Fortress...also the last one is my nephew Young Prince Aminudden Reezal....." ujar Ikhwan sambil menundukkan kepalanya selepas habis memberi pengenalan pada mereka berempat.

"Ikhwan...? Alisa....Jamel dan Aminudden..?" Isabelle cuba menyebut nama mereka,Ikhwan sekadar duduk semula di kerusi. Dia kagum dengan kelancaran sebutan Isabelle.

"Waa...awak mampu menyebut dengan baik,kami risau jika awak sukar untuk menyebut nama kami..." ujar Alisa pula.

"Adakah masalah jika kami tidak menyebutkan nama awak semua dengan betul?" soal Eidan.

"Bukan begitu raja...kami dari dunia lain...sebutan berbeza bukan begitu?" kata Jamel mencelah.

"Baiklah giliran kami...." kata Eidan sambil bangun dari kerusinya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now