CHAPTER 71 : SIBLING TROUBLE

2K 148 4
                                    

Gambar di atas adalah shopping mall Luqman dan Aminudden berada.

Taman Bunga Mentari

"Err...macam ni ke?" Soal Alisa yang sedang belajar menanam bunga.

"Ha...macam tu la...pandai Alisa belajar.." ujar Reena tersenyum memerhatikan bunga yang ditanam oleh Alisa.

"Selama ni siapa yang uruskan taman bunga ni?" Soal Reena.

"Bonda kita yang uruskan..." Intan mencelah dari tepi,orang yang dia maksudkan adalah Razeedah.

"Eh ye ke?" Reena bagai tidak percaya,Intan mengangguk.

"Bonda kata sayang biarkan..jadi dia uruskan,saya pun tolong juga tahu?" Ujar Intan lagi.

"Terima kasih Intan..." kata Reena sambil mengusap kepala Intan.

"Abih akak ni tak nak ucap terima kasih ke?" Razeedah mencelah tiba-tiba,tidak perasan dari mana muncul.

"Eh..kak mana ada macam tu..." ujar Reena tersenyum.

"Hee....akak gurau je..bagus Reena dah balik.." kata Razeedah tersenyum ceria.

Mereka berbual sambil bergurau,dan Alisa sebagai penonton kerana dia tiada perkara ingin dibualkan. Intan hanya memerhatikan perbualan bondanya dengan Reena. Intan menoleh ke arah Alisa yang tersenyum melihat perbualan mereka,lengan baju Alisa dicuit oleh Intan.

"Hmm? Kenapa Intan?" Soal Alisa.

"Mana pak cik Ikhwan?" Intan menoleh kiri dan kanan.

"Ye la..baru perasan,tadi dia main dengan Qisya...mana pula adik kita seorang ni?" Soal Reena sebaik menyedari ketiadaan Ikhwan.

"Ada tu ha..." ujar Razeedah menuding satu arah,mereka memandang serentak ke arah Razeedah maksudkan.

Mereka berempat tersenyum serentak apabila kelihatan Ikhwan sedang lena di kerusi malas,bersama Qisya turut tidur di dakapannya. Alisa tersenyum melihat Ikhwan yang sedang lena itu,Qisya dipeluk oleh Ikhwan. Wajahnya yang lena bagaikan tiada kerisauan,tiada bebanan yang dihadapinya.

Cip! Cip!

Burung berkicauan membuatkan Ikhwan semakin lena,tidurnya sambil tersenyum. Seolah-olah tiada sebarang tekanan yang dihadapi,Alisa menghampiri Ikhwan yang lena. Razeedah dan Reena berpandangan,Intan sekadar tersenyum dan Alisa memerhatikan ruang sebelah kiri Ikhwan. Ada ruang yang cukup untuknya,kemudian dia segera mengambil tempat tersebut.

"Err...nak biarkan je ke?" Razeedah menyoal dan Reena hanya menggelengkan kepalanya.

"Biarkan saja la...mereka berpelajaran..Ikhwan tidak akan buat apa-apa.." balas Reena dan Razeedah hanya tersengih sahaja.

"Ouh ye...mana Luq dan Am? Tak nampak pula mereka..." soal Reena menoleh ke arah Razeedah.

"Abang pergi shopping mall..." jawab Intan di pihak bondanya.

"Eh?" Reena mengangkat sebelah keningnya.

"Haih budak bertuah tu...tahu saja la.." balas Razeedah menggelengkan kepalanya sahaja,Intan hanya tersenyum dan Reena pula sekadar mengangkat bahunya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now