CHAPTER 9 : MADNESS

2.3K 168 9
                                    

Robot gergasi itu terseret ke belakang dengan laju,Luqman mendarat kemudian mengecas kuasanya. Melihat abangnya yang sedang bertarung,membuatkan Aminudden turut meluru ke arah robot tersebut. Api merah membara di kedua-dua tangannya,kemudian digerakkan seolah mengibas sayap perlahan-lahan.

"Falcon killing claw...." Aminudden melepasi Luqman.

"Eh? Amin?"

"WINGS BREAKER!!!" Satu serangan berbentuk Falcon berapi melanggar robot itu dan letupan kuat berlaku,Intan,Luqman dan Nabill tergamam dengan serangan Aminudden sebentar tadi.

Ha....hah...hah....shuuuuu......

Aminudden mengeluh kepenatan kerana dia menggunakan teknik Wings Breaker,itu merupakan salah satu daripada teknik Aminudden yang digunakan untuk serangan penamat. Tapi memerlukan jumlah mana MP (mana point) yang besar,sebab itu dia menjadi termengah-mengah.

"Did we get it?" Soal Luqman mendekati Aminudden.

"I don't know,huh!" Ujar adiknya sembuh dari mengah.

"KORANG!!" jerit Nabill sebaik sahaja menyedari ada sesuatu benda meluru ke arah mereka,kemudian Luqman dan Aminudden terus dalam keadaan bersedia untuk berlawan semula.

Robot tersebut masih lagi dapat berfungsi,tetapi kerosakan tetap nampak teruk. Luqman dan Aminudden berpandangan tanpa sebarang kata-kata,kemudian mengalihkan mata mereka ke arah robot tersebut. Sekali lagi peluru berpandu dilepaskan,Luqman dan Aminudden mengelak dengan pantas.

"Adoi...berapa kali nak elak ni?" Rungut Aminudden sambil mengelak setiap peluru berpandu,kemudian Intan menghasilkan dinding perisai daripada ais.

"Woo...." Nabill bersuara kagum dengan kebolehan anak kecil itu.

"Abang Nabill...." tegur Intan tidak menoleh ke arahnya.

"Eh...ye?"

"Will you lend hand....?" Intan menoleh ke arahnya,sambil tersenyum namun Nabill merasakan perasaan kurang enak.

"Please....." Intan masih tersenyum,sekali lagi meremang bulu romanya.

"Baik puteri!!" Nabill mengikut arahan Intan,dan berlari mendapatkan dua beradik itu.

"Huh?" Dua beradik itu serentak terkejut,apabila Nabill berjalan melepasi di tengah mereka. Nabill menyeru senjata api jenis pistol,berwarna keemasan dan lubang hulu pistol ada empat.

"Golden Gun....ignition...." hulu pistol dihalakan pada robot tersebut,arus kilat mula mengalir keluar dan picu ditarik.

Empat tembakan dilepaskan secara bergiliran,namun pantas dan empat lubang terhasil pada badan robot tersebut. Luqman dan Aminudden ternganga luas,melihat keadaan robot itu akibat daripada tembakan Nabill. Intan turut sama tergamam,wajah Nabill serius dan berlainan sekali dengan Nabill di luar medan pertempuran.

"Fourth Dimension......" Nabill bersuara perlahan,kemudian dia menarik nafas perlahan-lahan dan dihembuskan lalu memalingkan badannya. Serentak itu robot itu terus meletup dengan daya impak yang kuat.

"Of course he's one from 10 Guardian...." ujar Aminudden tersengih.

Senjata berwarna emas Nabill hilang dari genggaman,kemudian menghampiri ke arah robot yang telah diletupkan olehnya. Dia memeriksa setiap serpihan badan robot,sekali lagi dia menemui benda yang sama. Lambang BLACK COBRA.

 Lambang BLACK COBRA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now