CHAPTER 80 : WRATH OF THE DRAGON

2.2K 169 19
                                    

(Jika ingin lihat bagaimana Pyro,tekan pada gambar atas..rasanya Karma aku dah tunjukkan bukan? Macam belum je..)

Ikhwan mengibaskan tangannya dan menggeliat untuk menyegarkan matanya,keadaan perkampungan agak teruk dan mujurlah Hamizi sempat tiba. Dia memulihkan keadaan tanah yang hancur akibat serangan lelaki berambut emas itu. Alisa sekadar memerhatikan sahaja keadaan itu,Ikhwan pula ketika itu membaca doa untuk ketenangan pada mangsa eksperimen. Waktu sudah menunjukkan lewat malam,sekarang ini sudah jam tiga pagi.

"Moga roh kamu dicucuri..rahmat.." Ikhwan menamatkan bacaan doanya.

"Ikhwan?" Alisa menyapa dan Ikhwan kembali bangun,menoleh ke arah Alisa.

"Phew...aku berkejar balik semata-mata nak rapatkan tanah je..serius la korang..." ujar Hamizi mengeluh.

"Relax la..kau lama-lama kat oversea buat apa?" Ujar Rasyid tersengih.

"Urusan kerja la kau ingat aku melancong ke pe?" Hamizi menjelingnya dan Rasyid hanya tersengih,Syafina sekadar menggelengkan kepalanya. Taufeq dan Soufy berpandangan,Farhan pula yang sekadar menjadi penonton.

"Hmm...." Ikhwan memerhatikan sesuatu.

"Kenapa ni?" Soal Alisa.

"Farhan!" Jerit Ikhwan dan Farhan segera ke arahnya,Alisa masih tidak faham. 5 Element Knights yang ada terkejut dengan jeritan Ikhwan memanggil nama Farhan.

"Kenapa tu?" Soal Hamizi.

"I don't know..." jawab Rasyid.

"Like a serious matter...." ujar Syafina.

"Kita tengok je la dulu..." ujar Taufeq sambil memeluk tubuhnya.

"I don't know Taufeq...when Ikhwan make a face like that..something not good will happen.." ujar Soufy dan Taufeq hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Alisa awak nampak arah saya pandang ni? Tolong amati betul-betul.." ujar Ikhwan pada Alisa.

"Huh? Ba..baiklah..." biarpun masih kurang faham,Alisa terus melakukan apa yang dipinta oleh Ikhwan. Sebaik dia memfokuskan matanya,dia terkejut apabila lelaki yang berambut emas menuju ke arahnya. Apa yang mengejutkan dia adalah lelaki itu datang bersama sebuah kapal armada,dan Alisa menoleh ke arah Ikhwan semula.

"Bagaimana?" Soal Ikhwan dan Alisa mengangguk kepalanya,sebenarnya Ikhwan sudah nampak namun dia perlukan Alisa untuk memastikan apa yang dia nampak.

"A god with help battleship huh?" Ujar Farhan tersenyum,dan Ikhwan hanya menghela nafas lemah.

"Ha...aku tengah tak ada mood ni.." ujar Ikhwan meletup jari-jemarinya,Farhan faham benar perangai sepupunya itu sekadar tersengih.

"Bertenang bro..cool..." ujar Farhan memegang bahu Ikhwan.

"Aku tengah cool la ni kan?" Ujar Ikhwan dan menuju ke arah lima orang sahabatnya,mereka hanya memandang Ikhwan yang menuju ke arahnya.

"Kamu berlima tolong pertahankan kampung ni..aku,Alisa dengan Farhan akan uruskan kapal tu..boleh?" Ujar Ikhwan memberi arahan.

"Sure..i leave that ship to you..." ujar Taufeq tersenyum.

"Good.." Ikhwan dengan tiba-tiba mengangkat tangan ke arah kapal itu bakal muncul,kemudian satu serangan misteri melanggar dinding lutsinar.

"What?" Rasyid terkejut dan Soufy menyeru pedangnya,Syafina menarik senapang hitamnya. Hamizi pula tersenyum sambil melagakan dua penumbuknya,Taufeq hanya mengecas kuasa kilatnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now