CHAPTER 31 : NEW ENCOUNTER?

2.1K 175 2
                                    

Ikhwan melihat orang yang dikatakan hantu laut rebah ke tanah,akibat tumbukan padu daripadanya. Kemudian dia segera menoleh ke arah kapal perang yang berada di udara,dia segera melambaikan tangan tanda sudah selesai. Aswandy yang berada di dalam kapal,sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Turunkan kapal...dan laporkan pada sweeper..." Aswandy memberikan arahan dan beberapa krew kapal tersebut mengangguk faham,namun dalam hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Tuan? Tuan okay tak?" Khairina menyoal Aswandy

"Saya tidak tahu Rin,sama ada hanya perasaan saya sahaja..." kata Aswandy mulai risau dan pada masa yang sama,Ikhwan turut merasakan perasaan yang sama dan Alisa seperti dapat mengesan sesuatu.

Ikhwan....dia tidak berseorangan.....

"Alisa?" Ikhwan menoleh ke arah kapal yang berada di atas udara,dan seperti mendengar Alisa berbisik sesuatu dari jarak sejauh itu.

BOOOMMMMMMM!!!!!!!

"Apa? Nanti! Jangan turunkan kapal!" Arah Aswandy dan melihat ke arah skrin besar.

Letupan yang kuat terhasil daripada air laut dan Ikhwan segera menoleh,dia dapat merasakan tenaga ki yang kuat. Dia mengangkat tangan separuh,dan muncul beberapa bilah pedang. Pedang yang dalam bilangan lima puluh bilah,Ikhwan memejamkan matanya dan dengan tiba-tiba ada benda yang menyerangnya.

"Defense!..." Ikhwan membentuk pedang itu menjadi perisai,namun serangan itu begitu kuat sehinggakan Ikhwan tercampak ke belakang.

Aswandy yang terkejut apabila terdengar letupan yang kuat,dia terkejut kerana orang itu tidak berseorangan. Lagi-lagi dengan Ikhwan yang tercampak kerana serangan misteri itu,Alisa menggenggam erat kedua tangannya. Ikhwan yang tengah tercampak mengimbangkan tubuhnya,dia berpusing dan segera mendarat dengan selamat.

"Aih....ada lagi?" Ikhwan berkata dalam hatinya,kemudian serangan seumpama peluru berpandu menyerang ke arahnya.

"Seriously?" Ikhwan mengelak setiap serangan berunsur air itu.

BOOOMMMM!!

"Menyampah gila siak!!" Rungut Ikhwan.

BOOOMMMM!!!!

Alisa memejamkan matanya dan ternyata dia begitu risaukan,malah dia belum lagi meminta maaf dengan Ikhwan. Lantas dia pergi mendapatkan Aswandy yang fokus pada skrin monitor.

"Abang Aswandy..."

"Huh? Alisa?"

ZRROOOOSHHHH!!!!

BOOOMMMM!!!!!!!

Ikhwan mengelak lagi dan lagi,dia tidak boleh menyerang jika tiada sasaran untuk disasarkan. Dia berfikir bagaimana untuk mencari si penyerang,berapa orang? Seorang? Dua? Tiga? Ataupun berpuluh yang menyerang,tapi dia tidak tahu. Kemudian dengan tiba-tiba akar menjalar keluar,membelit serta mengikatnya dengan sekelip mata.

"Alamak......" Ikhwan tersengih apabila dirinya diikat,kemudian dua orang muncul,lelaki serta perempuan melangkah tenang ke arahnya.

"Well...well look what we got,Mentari prince...." kata lelaki berambut putih itu.

"Hmm...kacak juga tuan putera ni ye?" Puji perempuan itu pula.

"Terima kasih la...sebab aku tak makan pujian.." jawab Ikhwan tersengih.

"Wah...tuan putera,tuan putera...dah kena macam ni pun masih berlagak lagi?" Kata lelaki berambut putih itu,perempuan itu pula hanya ketawa kecil.

"Err...ikatan macam ni...a...?" Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayat,pasangan itu diserang oleh tembakan kuasa unsur air. Alisa muncul di hadapan Ikhwan,dan terus memotong ikatan akar dengan kuasa aisnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now