CHAPTER 102 : Z's STAGE

1.9K 146 21
                                    

Letupan yang kuat berlaku,Zack Nova mengelak setiap serangan. Dahinya berkerut serta berpeluh menahan sakit,dia melutut sebelah kaki dan memandang ke arah si pelaku yang memberi asakan yang hebat. Lelaki itu tenang melangkah menuju ke arahnya,nafas Zack diatur perlahan-lahan agar tidak lagi mengah.

"Ingin teruskan....atau serah diri?" Ujar lelaki itu dan Zack terasa geram dengan kata-katanya.

"Jangan bermegah raja generasi kelima,Aswandy Solleh...." kata Zack sambil mengetap gigi.

"Aku tidak bermegah pun...cuma nak beri peluang untuk kau menyerah diri,peperangan ini tidak patut diteruskan..." ujar Aswandy.

"Mengarut...untuk utopia Lord Zahhak inginkan..aku tidak akan menyerah kalah...aku akan berjuang untuk dia..." ujar Zack kembali berdiri.

"Macam tu..baiklah..Leviathan.." sebaik sahaja Aswandy menyebut nama itu,rambut panjangnya yang terikat terhurai dan berubah putih seputih salji.

Tiada lagi garisan putih pada rambutnya,Zack terkejut dan menggigil merasai daya bunuh yang dikeluarkan oleh Aswandy. Seluruh kawasan berhampiran terus membeku,sehingga drone yang baru tiba turut sama dibekukan. Para askar antaranya dari pihak Mentari dan Rembulan tersenyum gembira serta bersorak untuk Aswandy,ketika itu Solleh yang berada di istana tersenyum sendirian. Raja negara Badai iaitu Akhil Khamsa selepas Alex De La Rauschenberg turun takhta merasai kuasa milik Aswandy,dia sekadar tersengih sahaja kerana dia faham benar perangai saudaranya itu.

"Woo....kau dah mula serius ha Aswandy?" Kata Raja negara Bayu Khidir Ibrahim.

"Can we start now?" Soal Aswandy berdiri megah,Zack menarik tongkatnya dan terhunus pedang.

"Pedang dalam tongkat? Nice..." ujar Aswandy sambil menghasilkan pedang.

"Jangan pandang rendah pada kami.." ujar Zack dengan tenang.

"That's my line..." ujar Aswandy.

"Don't look me down kid..." raut wajah Zack berubah bengis.

"Aku tak pandang rendah pada kau orang tua....dan aku tak pernah pandang rendah pada lawan aku sekalipun.." jelas Aswandy menghayunkan pedangnya ke tepi.

"Hmph!" Zack membuka langkah untuk bersedia,Aswandy sedar akan perkara itu dan hanya menghunuskan pedangnya.

"Herghmm..!!" Zack terus meluru ke arah Aswandy dengan laju,Aswandy turut berbuat demikian.

ZINGG..!!!

ZROONG!!!

TANGG..!!!!

Lagaan dua pedang itu menyebabkan impak tekanan yang kuat sehingga angin dingin turut terhasil,para kesatria ada yang menahan kesejukan. Reezal yang baru sahaja membantu tentera negara Bayu,menyedari abangnya sedang berlawan dengan kuasa penuh. Bagi dia ini kali pertama dia merasai kekuatan abangnya yang sebenar,Zack merasakan dia sedang menerima asakan yang hebat daripada Aswandy.

TANGG...!!!

ZANGG..!!!

SINGGG!!!!

Pertarungan lawan pedang tetap berterusan,namun Zack seperti dalam tekanan kerana Aswandy mengasaknya hebat sekali. Aswandy berundur ke belakang dua tapak,kemudian terus melakukan teknik tujahan dan Zack dengan pantas berundur ke belakang.

"Nice dodge..." ujar Aswandy dan Zack mengerutkan dahinya,tidak menyangka kekuatan raja negara Rembulan sekuat ini.

Kabus dingin menyelubungi sekitar kawasan,Zack terkejut dan dia menoleh keadaan sekeliling. Tiada apa dan hanya kabus sahaja yang kelihatan,begitu juga bunyi angin bertiup lembut. Peluh mengalir di pipi dan perasaan takut juga menegurnya,kemudian sesuatu muncul dan menyerangnya secara berkala.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now