CHAPTER 23 : TWIN RETURN

2.2K 148 5
                                    

Api birunya dinyalakan dan menyambar Raven,lalu menahan dengan bayang yang dijadikan perisai dan daya impak membuatkan Raven tercampak ke belakang. Api biru milik Ikhwan menyala dan air hujan tidak mampu memadamkannya,Raven bangkit dari jatuh dan merenung semula ke arah Ikhwan. Langkah dilakukan dan Raven bersiap sedia untuk melakukan serangan,dia sedar kehadiran perempuan berhud itu.

"Dragon Blaze Arts Style..." mulut Ikhwan kembungkan,dan Raven terkejut.

"Roaring Flame!!!!" Serangan semburan api keluar daripada mulut Ikhwan,dan Raven mengelak dengan melompat ke atas dan terus meluru ke arah Ikhwan.

"Shadow Blade..." muncul pedang dari sebalik bayangan,dan melibas ke arah Ikhwan.

"Hergh!" Muncul pedang berwarna jed kebiruan,dan bunyi yang nyaring bergema sehingga Alisa menutup telinganya.

"Karma...." Ikhwan menyeru Karma,dan naga biru itu tersenyum sinis.

"As you wish my lord..." Karma berkata tenang dan tersenyum,Ikhwan hanya tersengih.

"SYNCHRONIZED!!!....." rambut milik Ikhwan berubah warna kepada biru,Raven terkejut dan lantas pertahanan miliknya menjadi lemah.

"Worah!!!!" Ikhwan menempik dan melibas lalu mencampakkan Raven,sehinggakan terseret ke belakang. Ikhwan menarik semula pedangnya,dan dihayunkan lalu angin terhasil akibat impak yang kuat.

"Hmm...." Raven membetulkan pegangan pada pedangnya,dia mengangkat separuh betul-betul di hadapan wajahnya.

Ikhwan pula membuat isyarat jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan,manakala bakinya digenggam. Pedangnya dibiarkan menurun bilah mencecah ke tanah,kemudian pedang berpuluh bilah mula timbul dari tanah. Bulatan negara Mentari terhasil seiring munculnya pedang yang berpuluh itu,Raven sekadar mendiamkan dirinya dan menumpukan kuasanya.

"Shadow Sword-play....." Raven sudah bersedia melakukan serangan,Ikhwan turut sama dan mereka terus meluru antara satu sama lain. Alisa hanya mampu melihat,dan perempuan berhud yang melihat dari sebalik semak hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Thousands Blade....dancing with the sword!!..." Ikhwan dan Raven berlaga pedang,impak yang kuat berhasil membuatkan titisan air hujan yang lebat tidak sempat mengenai kawasan pertempuran mereka.

"Hmph!!" Raven turut mengikut rentak Ikhwan,namun agak sukar baginya kerana ini bukan yang diajar dalam keluarga diraja.

"Teknik bermain pedang bukan ajaran Reena,dari mana kau belajar?!" Soal Raven ternyata tidak puas hati,namun Ikhwan hanya berhenti beberapa meter jaraknya.

"Huh?" Raven terpaku apabila gaya Ikhwan ditukar sekali lagi,puluhan pedang dilenyapkan dan Karma Fang muncul semula dalam pegangan tangannya.

"Secret Techniques....." bilah pedang berwarna biru jed,menyala api biru dan dengan pantas hayunan dilakukan.

"DRAGON FANG! SLASHING THE DARKNESS!!..." hayunan yang kuat membuatkan bumi Mentari bergegar,Alisa sehingga terduduk dibuatnya dan perisai medan kuasa masih lagi kuat melindunginya. Solleh menyedari perkara ini,begitu keempat abang Ikhwan yang lain. Gadis berambut putih tidak lari dari merasai tekanan kuasa serangan milik Ikhwan,dan terus berkejar ke arahnya.

Tetakan daripada Ikhwan membuatkan tanah terbelah,Raven bernasib baik dapat mengelak serangan Ikhwan. Rambut Ikhwan berubah semula kepada hitam,Raven menyedari keadaan Ikhwan dalam keadaan yang termengah-mengah. Raven tidak mahu membuang masa dan terus meluru ke arahnya,Ikhwan yang melutut,masih lagi belum pulih dari mengah.

"Ikhwan!!" Jeritan Alisa disedari oleh Ikhwan,dan menyedari Raven sudah berada di hadapannya.

"Ouh...crap....." Ikhwan bagaikan telur di hujung tanduk,dan Raven bersedia melakukan libasan.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now