CHAPTER 19 : TWO SISTER

2.2K 156 17
                                    

Mentari Castle year 2045

Perkarangan istana Mentari seorang gadis sedang mencari sesuatu,kepalanya menoleh kiri dan kanan. Entah apa yang dicari olehnya? Pada masa yang sama ada tangan memegang bahunya,membuatkan dia tersentak dan air mukanya seperti tahu siapakah yang mengusiknya. Gadis itu menoleh dan telahannya betul,sekadar menghela nafas pendek.

"Akak...!" Usik Ikhwan Solleh 20 tersengih apabila memanggil kakaknya,Reena Solleh 25 yang menggelengkan kepalanya.

"Wan ke mana tadi?" Soal Reena melihat adiknya sambil memeluk tubuhnya.

"Baru keluar dari bilik latihan la kak...." balas Ikhwan tersengih,kemudian Raven muncul dari belakang dan menunduk hormat.

"Raven..macam mana peningkatan adik saya?" Soal Reena tersenyum.

"Dia tak ada masalah,jika dia terus berlatih mesti dia boleh jadi raja seterusnya..." balas Raven menjawab dengan jujur.

"See....sis? I'm strong you know...?''

"Yeah.....yeah you're strong,now let continue with fencing training..."

"Really sis? What's kind type new techniques today?" Soal Ikhwan tersenyum dan Reena menggelengkan kepalanya,walaupun sudah berusia 20 tahun tapi apabila Ikhwan bersamanya mesti manja semacam.

"Hey...manja pulak dia...umur 20,grow up will ya?" Reena mengusap muka adiknya,Raven hanya memerhatikan dari tepi.

"Hehe...." Ikhwan tersengih mendengar bebelan kakaknya,Reena sekadar menghela nafas pendek.

"Tuan puteri saya mohon beredar..." ujar Raven menundukkan kepalanya.

"Ah....baiklah,terima kasih atas segalanya..." Reena tersenyum dan Ikhwan pula hanya tersenyum,Raven beredar meninggalkan mereka berdua.

"He's good teacher...." Reena berkata sambil tersenyum,Ikhwan pula hanya mendengar dengan tersengih.

Reena mengajar Ikhwan teknik main pedang jenis fencing,sedikit demi sedikit Ikhwan mengikut rentak dan belajar dengan cepat. Reena terasa puas kerana adiknya tidak banyak ragam,dia amat menyayangi dia. Kemudian dia menyedari kehadiran dua lagi adiknya,Yusri Solleh 23 dan Raffie Solleh 22.

"Yus...Raf..nak ke mana? Kacak bergaya tu?" Reena mengusik dan Ikhwan pula menyeka peluh yang mengalir di mukanya,kemudian menyambung latihan tujahan pedang.

"Kak Reena...." Yusri tersengih.

"Nak pergi Kota Gadget...abang Yusri kata ada benda nak cari.." jawab Raffie selamba.

"Eh...ingat nak keluar date ke pe..." Reena mengerutkan dahinya.

"Tak adalah...kitorang pergi kejap jer..." balas Yusri tersengih dan mengusap belakang kepalanya.

Yusri dan Raffie meminta izin untuk beredar,meninggalkan Reena dan Ikhwan yang sedang berlatih pedang. Ikhwan sempat menjengah kedua abangnya pergi,kemudian Yusri menoleh ke arahnya dan Ikhwan melambainya. Yusri serta Raffie berpandangan kemudian tersenyum,dan membalas lambaian adik bongsunya itu.

"Kita rehat sebentar Ikhwan..." ujar Reena melihat Ikhwan yang sedang melambai ke arah abangnya.

"Okay.....kak" akur Ikhwan lalu duduk di atas rumput bagaikan permaidani itu.

"Akak tak berjumpa 10 Guardian?" Soal Ikhwan menoleh ke arah Reena,yang sedang mengelap peluhnya.

"Hmm....tak kenapa? Ouh....nak jumpa Maria ye...hehe" usik Reena memeluk Ikhwan.

"M-mana ada....!" Ikhwan cuba menafikan,namun Reena tetap dapat meneka isi hati adiknya itu.

"Putera dengan puteri ada sebut nama patik ke?" Usikan Reena terhenti,Ikhwan pula terdiam dan mengenali suara merdu tersebut. Maria Bakhtiar 19 bersama adiknya,Jane Bakhtiar 18 berdiri di belakang dua beradik itu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now