CHAPTER 70 : SAME LIKE OLD TIMES

2K 154 5
                                    

Ikhwan berdiri di pertengahan tanah lapang yang rumputnya seperti permaidani,tangannya di kuak ke bawah dan nafasnya diatur dengan baik. Angin bertiup lembut ketika ini,dia memejamkan matanya dan mencari ketenangan dalam hatinya. Kemudian kedua tangannya diangkat sehingga paras dada,tangan mula digerak seolah menari namun Ikhwan sedikit pun tidak bergerak pada kakinya. Alisa pula hanya melihat daripada jauh,kerana tidak mahu mengganggunya dan kot hitam Ikhwan dipegang erat. Tidak lama lepas itu Ikhwan segera mula melakukan gerakan pada kakinya,setiap pergerakannya bergerak ikut aliran angin. Setapak dua tapak kemudian pergerakan kombo,Ikhwan kembali berundur dua tapak dan mengatur nafas perlahan-lahan.

"Cik Alisa! Huh? Apa yang pak cik buat tu?" Intan tergamam dengan pergerakan ayah saudaranya.

"Dia berlatih..." balas Alisa tersenyum masih memerhatikan Ikhwan berlatih.

"Cantiknya pergerakan pak cik..." ujar Intan tersenyum kagum,dan Alisa mengusap kepalanya.

"Jadi itu gerakan Tinju Naga Purba? Macam kung fu pun ada..." ujar Reezal yang muncul bersama Razeedah.

"Abang Reezal...." Alisa sekadar tersenyum kemudiannya.

"Yeah Tinju Naga Purba merupakan gabungan tinju china dan teknik cakar naga...lagipun kenapa nak hairan..." ujar satu suara dan Reezal menoleh,Elena Cruise tersenyum sambil melambai ke arahnya.

"Tinju tu kuat ke ayahanda?" Intan menyoal tanda ingin tahu,Reezal sekadar tersenyum memandang ke arah Ikhwan yang leka berlatih.

"Yeah tinju tu memang kuat..." kata Reezal sambil duduk bersebelahan Intan dan Alisa,Razeedah pula duduk sebelah kiri Alisa dan mereka berbalas senyuman.

"Siapa selain Ikhwan yang ada tinju naga purba?" Soal Alisa.

"3 orang dalam 5 Element Dragon..." jawab Elena sambil memerhatikan Ikhwan.

"Huh? Abang Luqman ke?" Soal Intan tersenyum ceria,Elena membalas senyumannya.

"Ikhwan Solleh,Amien Khaizo dan Farhan Tuzeman...." jawab Elena dan Reezal mengangguk tanda menyokong jawapan Elena.

"Cik Alisa tak ada tinju tu?" Intan menoleh ke arah Alisa.

"Tak ada sayang....cik Alisa guna teknik sendiri..." jawab Alisa sambil mengusap kepala remaja berumur 14 tahun itu. Reezal dan Razeedah berpandangan melihat cara Alisa melayani Intan,mereka tersenyum dan merasakan Ikhwan akan okay jika terus bersamanya.

"Alisa...." Alisa menoleh ke arah Reezal yang memanggilnya.

"I'll leave Ikhwan to you..." ujar Reezal lagi dan Alisa terkejut pada mulanya,kemudian tersenyum mengangguk faham. Reezal mengusap kepalanya kemudian Reezal menyedari ada benda terbang ke arahnya,lalu mengelak dengan pantas dan dia menoleh ke satu arah.

"Ouh...my hand slip...." ujar Ikhwan tangan kanannya berasap,Elena tersengih dan menelan air liur. Reezal hanya menghela nafas pendek menekup muka dan tersenyum sinis lalu ketawa kecil.

"Challenge accepted!!" Ujar Reezal tersengih menahan geram,Ikhwan hanya memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

"Orah!" Reezal terus meluru ke arah Ikhwan,dan Razeedah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Haih...macam budak-budak...." ujar Razeedah dan Alisa sekadar ketawa kecil.

"Oi...bang kau dah jarang berlatih ke? Macam kena pukul dengan bantal je rasanya ni..." ujar tersengih selamba,dan Reezal pula timbul urat di dahinya.

"Banyak cakaplah kau!" Kata Reezal menghayunkan penumbuknya.

DUSSHH!!!

"Erghh!" Ikhwan menahan tumbukan abangnya,dan terseret ke belakang.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now