CHAPTER 68 : ASWANDY WRATH

2.2K 148 15
                                    

"Original village?" Reezal mengangkat sebelah kening dan menoleh ke arah Aswandy. Mereka berbincang di bilik peribadi Aswandy,bilik khas untuk raja jika ingin mudah diungkapkan

"Yup..dan di situ ada runtuhan yang aku nak kau sertai untuk menyiasat..." jelas Aswandy.

"Ye aku tahu...tapi kenapa? Untuk apa?"

"Macam ni aku terima laporan ada mengatakan kehilangan setiap kali orang lalu situ mesti hilang..." kata Aswandy air mukanya bertukar serius.

"Hilang? Macam oreo ke?" Reezal berkata selamba.

"Aduhai apa kena mengena dengan oreo pulak setan....ni pasal kehilangan para rakyat negara Rembulan la..." ujar Aswandy sambil menepuk dahinya.

"Hilang mereka ke mana?" Soal Reezal mengusap dagunya.

"Itu pasal la aku ajak kau datang sini...bantu aku.." ujar Aswandy dan Reezal mengangguk faham.

"Tak apa ke kau tinggalkan istana?" Reezal menyoal.

"Hmm..tak kot...Anne boleh handle rasanya sementara aku tak ada ni..."

"Kot kot...oi kak Anne tu perempuan la...boleh ke dia buat?" Reezal tidak puas hati dengan jawapan Aswandy.

"It's okay....it's okay..your sister is independent woman...heh.." ujar Aswandy selamba.

"Lagi la aku risau...." kata Reezal menekup mukanya dan Aswandy sekadar membuat muka tidak bersalah.

Satu kawasan yang agak sunyi dan ditutupi oleh semak samun,serta tali akar yang panjang. Sudut pandangan orang biasa ia amat menyeramkan dengan suasana gelap di situ,Reezal memandang tempat itu dengan muka blur. Dia menoleh ke arah abangnya,dan menghela nafas pendek.

"What with this creepy place?" Soal Reezal memeluk tubuhnya.

"Ini la tempatnya..." kata Aswandy tersenyum.

"Siapa yang bodoh sangat pergi datang tempat macam ni?" Selamba Reezal berkata dan Aswandy tersengih sahaja mendengar bebelan adiknya.

"Siapa tahu...." ujar Aswandy dan melangkah memasuki kawasan tersebut,Reezal mengekorinya dengan menggelengkan kepala sahaja.

Sebaik mereka berdua melangkah masuk,terasa aura yang menakutkan dan menyeramkan. Peluh dingin mula mengalir di pipi,kedengaran bunyi seolah-olah seperti orang bernafas dalam kelambu. Aswandy dan Reezal berpandangan,kemudian mereka mengangguk dan seolah-olah tahu apakah benda yang berbunyi itu. Lalu Reezal terus menghayun penumbuk dan tepat mengenai sesuatu,namun benda itu dalam keadaan lutsinar kurang jelas dan terus melarikan diri.

"Hmm....." Reezal sekadar memerhatikan benda itu pergi.

"Hey bang ko...huh? Oi apa kau buat sebalik dinding tu ha? Kurang ajar punya abang!" Reezal bengang dengan tindakan Aswandy bersembunyi di sebalik dinding.

"Hehe....aku tak nak kacau kau beraksi...ehem.." kata Aswandy dengan muka tidak bersalah.

"Kau minta bantuan aku kan? Kerjasama la sikit!" Ujar Reezal kemudian menyambung langkahnya,Aswandy sekadar tersengih dan menyusul.

Reezal menghentikan langkahnya,dia memerhatikan keadaan sekeliling lalu mengaktifkan senjata yang dipakai pada tangannya. Nafas ditarik perlahan-lahan dan dilepaskan satu tumbukan,dituju pada tanah di bawahnya. Aswandy hanya memerhatikan dari belakang,kemudian dia mendengar bunyi suara sayup-sayup.

"Hantu ke?" Soal Aswandy selamba..

"Tu bunyi dari rekahan tanah ni..." jawab Reezal melenyapkan sarung tangannya.

"Bunyi dari re...kahan?" Aswandy mengangkat sebelah kening.

"Yeah....bawah ada macam bilik bawah tanah,dan nampaknya agak dalam...." ujar Reezal menyentuh kawasan tanah yang merekah teruk akibat perbuatannya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now