CHAPTER 94 : OPENING WAR

2K 135 18
                                    

4 Hari Lagi Sebelum Perang..

Luqman memerhatikan huruf tersebut dan dia mengepalkan penumbuk,dia berdebar menunggu detik itu. Dia bakal bertemu dengan Vincent durjana tak guna itu,Luqman mesti membalas balik perbuatan lelaki tersebut dan tanpa disedari kilatnya diaktifkan tanpa dia sedari.

BUSH..!!

"Adoi!" Luqman menjerit kesakitan apabila kepalanya diketuk oleh seseorang dengan tiba-tiba.

"Sakit la ngek..." rungut Luqman pada orang itu tanpa melihatnya.

"Ngek?" Kedengaran suara yang dia kenal,wajahnya mula berpeluh dan dia menoleh.

"Kau cakap aku apa tadi Luqman?" Ujar orang itu dan dia adalah Ikhwan.

"Hehehe...." Luqman hilang kata-kata.

"First kau aktifkan kilat tanpa sengaja,nasib baik aku nampak dan kedua kau 'ngek' kan aku ye?" Ujar Ikhwan sambil meregang tulang jari-jemarinya.

"Ah..sudah mampus aku.." rungut Luqman.

"Any last word..?" Ujar Ikhwan dengan muka mengerikan.

"Tuan putera..!" Langkah Ikhwan terhenti dengan kehadiran seorang kesatria menghampiri mereka berdua.

"Putera muda ada sekali.." ujar kesatria itu menunduk hormat.

"Ada perkara yang ingin tuan kesatria?" Soal Ikhwan.

"Ayahanda tuan panggil untuk berjumpa dengannya...secepat mungkin putera.." ujar kesatria itu menundukkan kepalanya sebelum beredar.

"Haih..apa yang ayahanda inginkan ya..ha Luqman nak ke mana? Ikut pak cik. ." Ujar Ikhwan sambil menarik kolar bajunya.

"Ah...haih.." Luqman ditarik seret dan para dayang hanya memerhatikan sahaja keadaan itu,takut untuk bertanya apa yang berlaku.

"Eh? Cik dengan abang ni nak ke mana?" Kedengaran suara menegur mereka,sebaik ditoleh ke arah suara itu dan Ikhwan serta Luqman tersenyum.

"Alang-alang kau ikut kami la Amin.." ujar Luqman.

"Huh?" Aminudden kehairanan.

Pada masa yang sama Solleh ketika itu memeriksa fail dan dokumen,dibantu oleh Rey yang ketika itu sedang menyusun buku pada rak. Rey disahkan doktor sihat dan dibenarkan keluar,Alisa turut sama membantu. Solleh sekadar memerhatikan sahaja,Rey yang tubuh badannya genit sukar mencapai pada ketinggian rak. Alisa membantunya dan Rey hanya mengeluh kecewa,bahunya disentuh oleh Alisa.

"Rendah ada kebaikannya..." pujuk Alisa.

"Umm..." Rey hanya menundukkan kepalanya.

"Yeah memang ada kebaikan..." satu suara menegur dan mereka bertiga serentak menoleh ke arah pintu yang terbuka sedikit demi sedikit.

"Ha...sampai pun.." ujar Solleh tersenyum.

"Ada apa ayahanda?" Soal Ikhwan sebaik sahaja memasuki bilik,disusuli Luqman dan Aminudden yang mereka jumpa di pertengahan jalan ketika ingin menuju ke sini.

"Maaf la..ni cuba baca.." ujar Solleh memberikan satu fail yang agak tebal dari biasa.

"Ni top secret..takpe ke bagi saya baca..?" Ikhwan teragak-agak.

"Kuasa kau dah lebih kurang sama dengan ayahanda..apa salahnya.." kata Solleh mengusap kepala Ikhwan.

"Ouh...." Ikhwan sekadar membuka fail tersebut,dia sudah biasa diusap kepala oleh ayahandanya.

"Ayahanda ini bukan Ruin yang ada pada abandoned nation?" Soal Ikhwan.

"Yup...tapi bukan Ruin di mana kamu bertemu pengasas.." jelas Solleh.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now