CHAPTER 25 : JEALOUSY?

2.1K 157 11
                                    

Malam jam 9.45,ruang meja makan diraja.

"Apa kata kita biarkan Alisa sebilik dengan abang Ikhwan?" Iris bersuara memberikan cadangan sebaik habis makan malam bersama,Ikhwan hampir tersembur air yang dihirupnya. Alisa menepuk belakang bahunya,Aswandy ketawa mendengar cadangan Iris.

"Oi! Agak-agak la!...kami belum berkahwin kot!" Ikhwan bengang kerana Iris memberikan cadangan tidak masuk akal.

"Ayahanda okay jer...." Solleh bersahaja memberi kata putus.

"Ayahanda!...abang!" Ikhwan meminta ihsan kepada empat orang abangnya yang lain,Yusri berfikir dan Raffie hanya menghela nafas pendek. Aswandy menongkat pipinya,Reezal pula mendiamkan dirinya sahaja.

"Ayahanda dah cakap tak boleh bantah...." Aswandy tersengih.

"Aku tiada masalah..." Reezal berseloroh.

"Fine with me...." Yusri menyusul.

"Seriously guys? Bang Raf?" Ikhwan meminta pertolongan Raffie.

"Abang semua dah setuju aku tak boleh nak tolong..." kata Raffie mengangkat tangan kirinya,Ikhwan terus menunduk kecewa. Luqman dan Aminudden hanya tersengih,tidak mampu memberi pertolongan.

"Bonda?" Ikhwan mengangkat kepalanya,menoleh ke arah Rumina.

"Ayahanda dah beri kata putus,bonda tak boleh menghalang..." ujar Rumina tersenyum.

Bang!

"Lagipun Alisa selalu masuk bilik anakanda kan?"

Bang!

"Itu memang tidak dinafikan...kita semua tahu..macam la tiada kamera di laluan ruang legar kan?" Tambah Yusri bersahaja.

Bang!

Lagi sekali pertolongan dipinta namun,kekecewaan sahaja yang dapat. Razeedah yang duduk bersebelahan Reezal hanya tersenyum sahaja,dia tidak dapat membantu adik iparnya. Alisa seakan terasa dirinya beban kepada Ikhwan,lengan baju Ikhwan ditarik perlahan.

"Huh? Alisa?" Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Kalau saya beban pada awak...." Alisa berkata sambil menunduk,Ikhwan menggosok belakang kepalanya dan menyedari seluruh keluarganya menyalahkannya. Seriously guys? What a pain!...

"Alisa....?" Ikhwan menegur lembut,Alisa mengangkat kepalanya.

"Bukan beban ataupun tidak...cuma saya lelaki,awak perempuan Alisa...."

"Saya tidak kisah kalau awak nak buat apa-apa pada saya..." sekali lagi Ikhwan terkejut,dan mencapai gelas berisi air jus tembikai lalu dihirup sehingga habis. Seluruh yang berada di meja makan terdiam,lantas Ikhwan memegang tangan Alisa.

"Ikut saya please....?..." Alisa kehairanan namun menurut,Ikhwan menoleh ke arah adik kembarnya. Iris terkejut dan menelan air liur,pandangan Ikhwan merenungnya seperti berbunyi jaga kau dik,siap abang kerjakan nanti! Ikhwan terus beredar pergi sambil tangannya menarik tangan Alisa.

"Cik Iris okay?" Soal Luqman menjengah Iris,satu pukulan tepat pada kepala Luqman.

"Adoi!" Aminudden kehairanan dengan tindakan ibu saudaranya.

"Bonda?" Iris menoleh ke arah bondanya,Rumina yang sedang berbicara dengan Razeedah.

"Ye Iris,ada apa bonda boleh bantu?"

"Ada bilik kosong tak?"

"Huh?"

Ikhwan menarik Alisa sehingga ke balkoni istana,dari balkoni kelihatan permandangan Kota Hijau yang cantik pada sebelah malam. Alisa menyisir rambutnya,pegangan tangan Ikhwan yang hangat membuatkan Alisa terasa selesa.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now