CHAPTER 105 : JAMEL RAMPAGE

1.9K 143 2
                                    

"Fuck..." Raffie mengeluh apabila dalam keadaan dia kepenatan,robot drone gergasi pula muncul.

"Masa ni pula kau datang..." keluh Raffie.

Namun belum sempat robot itu cuba melakukan apa-apa,robot itu dilanggar oleh sebuah mesin seperti kenderaan. Raffie terkejut namun dia tetap dalam keadaan berjaga-jaga,kerana ditakuti itu musuh dan tingkap pada pintu mesin itu turun.

"Yo Fifth..need a backup?" Soal Nabill terjengul kepalanya,manakala di dalamnya Luqman juga turut sama ada.

"Yo pak cik!" Sapa Luqman dan turun dari dalam kenderaan tersebut.

"Haha..." Raffie tersengih melihat keadaan itu,kemudian dia merasai satu daya tenaga yang kuat.

"Ikhwan?"

"Ikhwan...." Reena turut merasai daya ki milik Karma lenyap.

"Aku harap kau kuat..." ujar Reezal dan dia tidak dapat membantu kerana lokasi mereka begitu jauh.

"Ah!!" Iris melutut dan memegang dadanya,Azlee segera membantunya.

"Iris! Puteri tidak apa-apa?" Soal Azlee dan Iris memandang Azlee dengan matanya yang berkaca.

"Abang....dia..." Iris merasai kesedihan abang kembarnya ketika itu,Azlee mengusap belakang badan Iris untuk menenangkan dia.

"Jangan risau...saya pasti,Sixth boleh tanganinya.." ujar Azlee tersenyum.

"Lagipun miss Alisa ada bersamanya bukan?" Kata Azlee lagi dan Iris mengesat air matanya,kemudian dia kembali berdiri.

"Awak betul...abang saya tidak akan mudah mengalah!" Iris yakin Ikhwan akan kembali bersemangat.

Yusri dan Keith masih lagi bertarung,Yusri tetap tenang menyambut segala serangan daripada Keith. Falcon Katana di dalam genggaman dipegang kemas,dia tetap dengan gerakannya. Keith pula mula tercungap-cungap pernafasan,dia juga sedar lawannya bukan orang yang sembarangan. Keith terus menghayunkan pedangnya,Yusri tidak berkata apa-apa dan menangkis serangannya.

TANG!!

"Ergh!!" Keith tercampak ke belakang sedikit,kemudian dia memusingkan badannya dan mendarat dengan mengimbanginya.

Suasana berubah sepi sebentar,angin bertiup perlahan memecahkan kesunyian. Seolah-olah cuma mereka berdua sahaja,pedang Falcon Katana dipegang kemas oleh kedua tangannya. Pedangnya diangkat paras bahu,Keith hanya mendiamkan diri dan dia tahu Yusri melakukan serangan penamat.

"Time to decide whose gonna win..huh?" Keith tersenyum dan Yusri wajahnya serius,tiada senyuman terukir pada bibirnya.

Yusri mengatur nafas dan Keith sekadar mendiamkan dirinya,pedangnya dimasukkan semula ke dalam sarung. Posisi direndahkan sama seperti gaya seorang samurai,tangannya sudah didekatkan pada hulu pedang. Aura mereka terpancar keluar dan mengakibatkan angin kencang,Yusri menyedari sesuatu tidak kena pada adiknya dan dia sedar Ikhwan sedang dalam kesedihan.

"You will pay!!" Seraya Yusri berkata auranya semakin kuat,dan seluruh kawasan tanah berdekatan hancur meletup sekitarnya.

"Apa?" Keith terkejut dan Yusri terus meluru ke arahnya dengan kelajuan penuh.

"Haaaa!!!" Keith turut mara ke hadapan dan dalam berapa saat sahaja lagi mereka akan bertembung.

SWINGG!!!

ZUNGGG!!!!

Keadaan bertukar sepi dan mereka sudah melepasi antara satu sama lain,angin bertiup lembut dan Yusri serta Keith masing-masing berdiam diri.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now