CHAPTER 58 : SACRIFICE FOR DARKNESS

2.2K 161 10
                                    

Ikhwan duduk di tepi birai katil melihat keadaan Alisa yang sudah lena diulit mimpi,dia sekadar tersenyum memerhatikan gadis itu lena. Dia berharap jika hari itu berterusan tanpa sebarang masalah,namun itu hanya mimpi di siang hari. Black Cobra harus dia jatuhkan terlebih dahulu,namun apa yang di tahu mengenai organisasi gelap itu kekuatan mereka setanding dengan sebuah negara. Dia tertanya bagaimana keadaan mereka yang lain? Adakah mereka menyedari dia yang tiada dengan tiba-tiba,namun hati dia berkata tiada apa yang perlu dirisaukan. Jadi Ikhwan terpaksa mempercayai gerak hatinya,kemudian diintai ke luar melalui tingkap istana dan dia menyedari cahaya bulan begitu terang ketika itu.

"Full Moon huh?" ujar Ikhwan berbisik.

Pagi mula menjelang dan matahari sedikit demi sedikit mulai terbit dari timur,malam berganti siang dan Ikhwan pula bersama yang lain bersiap. Mereka duduk di bilik Ikhwan dan berfikir sejenak tentang rancangan untuk kembali ke dunia mereka semula,Ikhwan sekadar memerhatikan Jamel dan Aminudden yang sedang berfikir.

"Sudah la...tak payah fikir..kita mulakan pencarian tempat persembunyian lelaki misteri berhud tu.." kata Ikhwan memberi cadangan.

"Apa kena mengena dia dengan portal?" soal Alisa ingin tahu.

"Semasa dia nampak saya dia menjerit 'Iskandar...kau lagi" lebih kurang macam tu pada saya..." jelas Ikhwan dan Jamel serta Aminudden tersentak sambil menoleh ke arah Ikhwan dengan serentak

"SERIOUSLY!??" Serentak mereka berdua menyoal,membuatkan Ikhwan terkejut.

"Tak payah la menjerit macam tu..." kata Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Sorry pak cik...err..tapi kenapa orang tu panggil pak cik nama raja pengasas?"

"Kalau aku tahu jawapannya tak perlu aku beritahu korang....aduhai.."

"Tapi kan wajah putera memang ikut muka pengasas negara? Cuma beza rambut putera hitam,pengasas warna biru...." Jamel memberi penjelasan,Ikhwan hanya mengangguk mendengar keterangan Jamel.

"Jadi kalau macam tu...mesti dia ada kena mengena dengan portal tu..." Alisa mencelah dan Ikhwan memandang ke arahnya.

"Maksud awak?" Ikhwan kurang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Alisa.

"Macam ni...awak kata dulu dalam 1000 tahun yang lepas pengasas negara Mentari ada konflik dengan seseorang yang mempelajari Secret Dark Magic....dan orang itu telah dikurung antara dua dimensi..." kata Alisa.

"Okay...then?" Ikhwan memberi peluang kepada Alisa memberikan penjelasan teorinya.

"Jadi saya ingin memberi teori kemungkinan orang yang dikurung sempat hantar anak muridnya ke dunia lain,lalu tersekat di dunia dipanggil Sylvania ini......" kata Alisa memberikan teorinya dan Ikhwan mula tersenyum,lalu mengusap kepala Alisa.

"Ikhwan?"

"Ada kemungkinan teori awak boleh diterima pakai....jadi mari bergerak cari lelaki berhud....dia mungkin tahu cara pulang ke dunia kita semula..." kata Ikhwan sambil bangkit dari kerusinya,Alisa dan Jamel serta Aminudden turut sama bangun.

"Huh?" Pintu bilik dibuka dan Isabelle terpacul di hadapan mata mereka,Aydan sekadar berdiri di belakang dengan menyandar dinding sambil memeluk tubuhnya. Exzer serta Lyon turut bersamanya.

"Hai....!!" kata mereka berdua serentak tersengih,Ikhwan hanya memandang ke arah mereka dengan pandangan kosong.

"Apa yang kamu berempat mahukan?" soal Ikhwan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih sebab menyelamatkan nyawa kami.." ujar Lyon dan Exzer mengangguk menyokong kata sepupunya.

"Okay...and you Isabelle? Aydan?" Ikhwan menoleh ke arah dua orang kembar itu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now