CHAPTER 103 : ALISA,THE ICE QUEEN

1.9K 147 2
                                    

Ikhwan dan Zahhak berbalas renungan,begitu juga Alisa dan Cindy. Aminudden dan Fara membantu sebahagian askar yang cedera,Fara membantu dengan mengalihkan mereka pada tempat yang Healer. Agak lama Ikhwan dan Zahhak berlawan mata,kemudian mereka terus meluru ke arah satu sama lain. Tumbukan mereka berdua bertembung dan menyebabkan impak gegaran yang kuat,Alisa dan Cindy masih lagi berbalas renungan.

"Kau tak mahu membantu boyfriend kau?" Soal Cindy sinis dan Alisa tersenyum.

"Jika saya ingin sekalipun awak pasti halang bukan?" Ujar Alisa bersahaja.

"Plus he's not my boyfriend,he's my fiance.." tambah Alisa air mukanya berubah kepada serius,tiada lagi senyuman dan tangannya terbeku.

"Kau bekukan tangan kau? Memang bo.." belum sempat Cindy menghabiskan ayatnya.

KRANG!!

Ais yang membekukan tangan Alisa pecah berderai,tangannya kemas dipakai sarung tangan berwarna putih salji serta berkilau. Cindy terus terdiam dan mengetap giginya,Alisa terus membuka gaya posisi berlawannya. Cindy sekadar merengus dan menarik pedang berkembarnya,suasana seakan-akan menjadi sunyi dan sepi.

Raffie menggenggam kemas Kerambit Kilatnya,arus kilat kuning keemasan memancar menyerang X. Namun X lebih pantas mengelak setiap renjatan kilat milik Raffie,tetapi X seolah-olah mula kepenatan. X hanya dapat mengkekalkan staminanya sahaja,mengelak setiap serangan yang datang daripada Raffie. Tapi perbuatan dia menjengkelkan Raffie,dan terus Raffie memetik jarinya kemudian panahan kilat dari langit tepat mengenai X.

"ARGH..!!" X menjerit kesakitan dan melutut sebelah kaki kirinya.

"Kena pun kau.." ujar Raffie menyimpan semula senjatanya.

"Ergh..."

"Dah puas mengelak?"

X mendongak memandang Raffie yang sedang berdiri di hadapannya,kilat kuning mengelilingi tubuh badan Raffie. Penumbuk dikepal sekuatnya dan X hanya menundukkan kepalanya,dia segera menarik sesuatu dari dalam pakaiannya dan Raffie telah menyedari terlebih dahulu.

"Not so fast..." ujar Raffie bergerak pantas dan menyepak tangan X yang memegang benda tersebut,apabila diamati apakah benda itu Raffie membesarkan matanya terkejut.

"Grenade huh?" Satu tumbukan ditujukan ke dagu,sehingga pecah topengnya.

"Argh!!" Mukanya yang penuh dengan parut kelihatan.

"This is the END!" Kedua tangannya mengalir kilat kuning keemasan,telah dicas sepenuhnya kuasa kilat milik Raffie.

"Horaa! Hora!!" Tumbukan bertubi-tubi diselangi dengan sepakan kaki diberikan pada tubuh X.

"Thunder Arts Ultimate Technique!! THUNDER BLAST WHIPS!!!" Serangan kilat umpama cemeti kilat yang besar dihayunkan ke arah X,kilat itu merenjat X sehingga hancur menjadi debu.

"Ha...ha..." Raffie termengah-mengah menahan kepenatan,dia melutut sebelah kaki kemudian bangkit semula.

"Seriously..I don't wanna use that techniques...but you don't give me a choice.." kata Raffie sendirian dan ketika itu sebuah drone gergasi menghampirinya.

"Fuck...."

Alisa dan Cindy masih berbalas renungan,namun mereka sudah bersiap sedia untuk bertarung. Suasana yang hingar bingar akibat peperangan yang tercetus menemani mereka berdua,langkah kaki Cindy mula digerakkan sedikit dan dengan pantas dia sudah berada di belakang Alisa. Namun Alisa sudah dapat membaca,hayunan pedang Cindy ditahan menggunakan sarung tangannya.

"Menarik..sememangnya senjata terulung.." sebaik mendengar ayat 'senjata terulung' daripada Cindy,tangan kanan Alisa ditarik ke belakang dan menghayunkan sehingga serangan aura dingin terhasil.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now