CHAPTER 76 : UNEXPECTED REUNION

1.9K 145 14
                                    

Alisa tergamam dan Ikhwan hanya menongkat dagunya,Luqman dan Aminudden berpandangan. Mereka pernah mendengar cerita bapa saudara mereka curi keluar istana,tapi tidak tahu mengenai hal ini. Namun mereka berdua mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja,kereta jenis sport membelok ke satu simpang. Akhirnya mereka tiba di satu halaman yang terbiar usang,di papan tanda bertulis 'Mentari Property'

"Saya masuk ke dalam rumah tu...cuba mencari jika ada yang terselamat..namun hampa.." ujar Ikhwan dan kenderaan miliknya masih menyusuri jauh ke dalam.

"Seramai 46 mayat ditemui...dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti...saya berharap 4 orang yang dikatakan selamat itu adalah mereka.." ujar Ikhwan sebaik menghentikan kenderaan di hadapan rumah agam yang besar,biarpun sudah diletupkan selama 10 tahun rumah tersebut masih lagi megah. Cuma bekas dibakar tetap utuh kesannya.

"Saya berharap...Reyna,Mai dan Harris masih lagi hidup.." ujar Ikhwan merenung ke arah rumah agam yang pernah menjadi rumah kebajikan anak yatim.

"Ikhwan...masa yang berlalu,biarkan berlalu.." ujar Alisa sambil memegang bahu Ikhwan.

"Yeah saya tahu,tapi awak nak tahu? Saya berada di sini semasa rumah itu terbakar,dan mengambil masa yang lama merempuh masuk..." ujar Ikhwan menghampiri rumah tersebut,dinding rumah disentuh lembut.

"46 mayat..? Kalau tidak silap penghuni rumah ni..ada dalam 50 orang bukan pak cik?" Soal Luqman dan Ikhwan mengangguk lemah.

"Tapi satu sahaja kemusykilan ni...macam mana mimpi tu boleh ada seorang lelaki berhud?" Ikhwan berfikir mencari jawapan,Aminudden ketika itu seperti terlihat satu kelibat.

"Hey..korang,shh..." Aminudden memberi isyarat supaya mendiamkan diri masing-masing.

"Kenapa ni Min?" Soal Luqman.

"Macam ada orang perhatikan kita je la..." ujar Aminudden memerhatikan keadaan sekeliling.

"Perasaan ko je kot..." ujar Luqman pula.

"Pak cik rasa tak...sebab daya ki ada di sekeliling tempat..." Ikhwan mencelah dan Luqman menoleh.

Ikhwan berjalan mendekati kawasan dinding,dan menyusup perlahan-lahan lalu mengintai ke belakang rumah agam bekas tempat kebajikan Alisa,Luqman dan juga Aminudden menyusul. Dua orang pemuda kelihatan memeriksa sesuatu,apabila diamati betul-betul Ikhwan mengenali mereka.

"Button brothers..." kata Ikhwan

"Diorang lagi..." ujar Luqman.

"Tapi mereka cuma berdua sahaja.." kata Aminudden pula.

"Seorang lagi kena teruk dengan pak long korang..." jawab Ikhwan memerhatikan Jeff dan Dean.

"Eh? Bila kenanya?" Soal Aminudden.

"Yang masa ayah korang pergi negara Rembulan tu..diorang menguruskan eksperimen manusia.." ujar Ikhwan menjelaskan.

"Ouh...." Luqman dan Aminudden mengangguk faham.

"Tapi apa yang mereka buat di sini? Huh?" Ikhwan memerhatikan Jeff dan Dean,kemudian seseorang datang melangkah ke arah mereka.

"Dia...? Tak mungkin..." Ikhwan terkejut apabila mengenali orang yang menghampiri dua orang Button bersaudara.

"Tuan Kennedy..." ujar Jeff menoleh ke arah lelaki bernama Kennedy itu,Dean sekadar menghela nafas pendek.

"Bagaimana?" Soal Kennedy.

"Tak ada yang boleh kita ambil tuan...semua tempat hanya arang sahaja tuan.." jawab Jeff menunjukkan keadaan sekeliling.

"Bagaimana kawasan dalam rumah?" Soal Kennedy lagi.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now