CHAPTER 112 : ALISA'S WISH

2.1K 157 17
                                    

"Flame Arts,Ultimate Technique!!" Aminudden mengatur serangan penamat.

"Dragon Thunder Arts..Ultimate!!" Luqman turut menyusul dari daripada belakang.

"CRIMSON WING BURNING FIST!!" Serangan Aminudden dengan api berbentuk sayap pada kedua belah tangannya,merempuh drone yang tinggal dan keseluruhannya hancur serta meletup.

"THUNDER BLAST!!!" Luqman merenjat dan musnahkan seluruh drone yang berada di hadapannya.

"Cool bro! Huh?" Luqman kehairanan apabila Aminudden tidak memandangnya,malah membelakangkannya.

"Amin?" Luqman cuba menegur adiknya itu.

"Cik Ikhwan...." Aminudden merasakan daya qi Ikhwan lenyap begitu saja.

"Am..Hoi!!" Belum sempat tangan Luqman mencapai bahunya,Aminudden sudah terbang laju meninggalkan abangnya.

"Huh? Hoi!" Luqman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal,menoleh kiri dan kanan.

"Okay arah mana harus aku ambil?"

Alisa memangku tubuh Ikhwan yang tidak sedarkan dirinya,Iris tertanya-tanya apakah tindakan Alisa seterusnya. Sekeliling kawasan Alisa berada muncul bulatan magik berwarna putih salji,warna rambutnya turut berubah putih salji. Iris melihat keadaan sekeliling yang sedikit demi sedikit membeku,Alisa merapatkan dahinya pada dahi Ikhwan.

"Come back Ikhwan...come back to me..!" Alisa menumpukan kuasanya dengan pantas terus berada di satu kawasan putih salji.

"Tempat apa ni...?" Soal Alisa dan pada masa yang sama,dia merasai daya qi Ikhwan.

"Ikhwan?" Alisa dengan segera berlari menuju ke tempat yang dituju.

Bagaikan perjalanannya begitu panjang,tanpa ada penghujungnya. Orang yang dicari belum lagi ditemui,pada masa yang sama Ikhwan sedang duduk bersila. Manakala di hadapannya adalah Karma dan Iskandar,mereka berdua tersenyum dan Ikhwan sekadar tersengih.

"So kau datang lagi?" Soal Karma.

"Yeah..aku rasa masa aku dah sampai.." ujar Ikhwan kemudian bangkit dan berdiri.

"Jadi kau tak peduli perasaan 'dia'?" Soal Iskandar pula sambil memeluk tubuhnya.

"Dia?" Ikhwan kehairanan.

"IKHWAN!!!" Jeritan memanggil namanya kedengaran,Ikhwan menoleh dan dia bagai tidak percaya.

"Alisa?" Ikhwan tergamam.

"AWAK KAT MANA? JAWABLAH!!" keluh Alisa dalam jeritannya,Ikhwan mengepalkan penumbuknya.

"Sampai hati awak pergi macam tu sahaja...awak seksa perasaan saya sekarang ini...saya perlukan awak Ikhwan..." bicara Alisa dalam sedunya,Ikhwan menundukkan kepalanya dan muncul cahaya di sebelah Iskandar.

"Eh?" Iskandar kehairanan.

"Ikhwan...saya cintakan awak,saya sangat-sangat cintakan awak...tolong jangan pergi,tolong jangan pergi.." rayu Alisa melutut kemudian menekup mukanya,menangis teresak-esak dan pada masa itu Ikhwan turut menangis mendengar luahan hati Alisa.

"Raja Naga kedua selepas Karma..." suara perempuan kedengaran dan Ikhwan menoleh ke arah suara itu.

"Alisa?" Ikhwan terkejut melihat orang yang wajahnya seiras Alisa berada di hadapannya.

"Nama dia Aurora...dia adalah isteri kepada Iskandar.." jelas Karma dan Ikhwan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Ikhwan Solleh..awak cintakan dia?" Soal wanita dipanggil Aurora.

"Ya..." jawab Ikhwan.

"Jadi awak nak tinggalkan dia macam tu je?" Soalnya lagi dan Ikhwan kembali membisu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now