CHAPTER 65 : RETURN?

2K 147 30
                                    

Imej Reena Al'Solleh di media

"So...all of this...year you still alive? And investigate about Black Cobra...?" Solleh yang mula merenung gambar potret,memalingkan badannya merenung Reena yang bersama Raven. Ikhwan ketika itu turut berada di bilik Solleh,bersama Alisa disisinya sekadar memeluk tubuh sahaja.

"Bagus dah pandai menipu ayahanda ya?" Solleh duduk di kerusinya,Reena menelan air liur dan menundukkan kepalanya tidak berani bertentang mata dengan ayahanda.

"Err...ayahanda.." Ikhwan cuba menenangkan ayahandanya.

"Kamu diam Ikhwan....biar ayahanda yang bercakap..." Solleh berkata tegas namun tidak memandang Ikhwan.disebabkan itu Ikhwan kembali mendiamkan dirinya sahaja.

"Tapi ayahanda saya buat semua itu bersebab..." Reena cuba mempertahankan dirinya.

"Bersebab penting sangat sampaikan buat keluarga kamu bersedih selama 5 tahun?" soalan Solleh membuatkan Reena tersentak dan hilang kata-kata.

"Reena tengok Ikhwan...." Solleh menuding jari pada Ikhwan,Reena memandang adiknya dengan tanda tanya kenapa Solleh menunjukkan ke arahnya.

"Lima tahun Reena....lima tahun Ikhwan bersedih atas 'kematian' kamu...dan dia menanggung kesakitan selama lima tahun....ayahanda nak kamu nanti minta maaf kepada semua adik-beradik lain faham?!" Tegas nada Solleh berhujah dan Reena menundukkan mukanya,Raven hanya mendiamkan diri sahaja. Solleh menghela nafas kemudian berdiri,berjalan menghampiri Reena dan diusap kepala anaknya. Raven mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya.

"But i'm glad you safe...." ujar Solleh tersenyum membelai kepala Reena.

"Ayahanda.....ayahanda......" Reena memeluk Solleh dan menangis,anak mana tidak rindukan ibu-bapanya? Reena menyimpan rindu selama bertahun,tangisannya jelas kedengaran di ruang bilik Solleh. Ikhwan memegang tangan Alisa,kemudian menarik lembut Alisa supaya keluar dari bilik ayahandanya.

"Kita biarkan mereka dulu..." ujar Ikhwan dan Alisa sekadar tersenyum mengangguk,namun dia sempat menoleh ke arah Reena menangis memeluk Solleh. Ikhwan dan Alisa berdiri menyandar di luar bilik,menunggu Reena untuk dibawa berjumpa dengan adik beradiknya yang lain.

"Awak memang memahami keadaan..." ujar Alisa menoleh ke arah Ikhwan.

"Dia kakak saya...tentulah saya faham keadaan..." jawab Ikhwan tersenyum.

"Errr....Raven tu teman lelaki dia ke?" soal Alisa dan Ikhwan sekadar ketawa.

"Bukan...kakak saya dah kahwin la sebelum 'kematian' dia tu...." ujar Ikhwan memikirkan sesuatu dan dia menyedarinya sekarang.

"Dia dah kahwin? Waa,tapi saya tak pernah jumpa pun.." jawab Alisa kehairanan.

"Yeah lepas 'kematian' tu dia pergi menjalankan misi sahaja...tapi jarang dia balik.." kata Ikhwan masih lagi berfikir mengenai sesuatu.

"Juga dapat maklumat dia berkhidmat di negara Rembulan..." tambah Ikhwan dan Alisa mengangguk faham.

"Ada orang sebut negara Rembulan kah?" satu suara menegur dan Ikhwan menoleh ke arah suara itu datang,kemudian dia tersenyum kerana mengenali suara tersebut.

"Abang Aswandy....dan ha..tu suami kak Reena..." ujar Ikhwan memuncungkan bibirnya,Alisa mencari-cari dan seseorang menegur Ikhwan menjengah dari belakang Aswandy.

"Yo...sixth! Its been a while...!" sapa orang itu tersenyum selamba.

"Err...umur dia berapa?" soal Alisa berbisik.

"Dalam 32 tak silap..dia tua dua tahun daripada kakak saya..." balas Ikhwan turut berbisik.

"Serius? Dia nampak cam sebaya awak..sahaja..." Ikhwan merapatkan jarinya pada bibirnya tanda supaya mendiamkan diri.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now