CHAPTER 54 : CAMPING BREAK?

2K 158 7
                                    

Jamel yang masih dalam keadaan terkejut mengekori Ikhwan dan yang lain-lain,biarpun sukar untuk dipercayai namun dia sudah berada di dunia lain. Alisa yang memerhatikan keadaan Jamel,mencuit lengan baju kot Ikhwan.

"Jamel tu okay ke tak?" Soal Alisa risau.

"Jangan risau...dia tu kuat..nanti dia okay la kejap lagi.." balas Ikhwan tersenyum.

"Cik Okay tak ni?" soal Aminudden menjengah ke arahnya.

"Aku nampak macam okay ke?" Jamel berkata dengan mukanya kurang bersemangat,Ikhwan dan Alisa sekadar terus berbual.

"Sekarang apa plan kau putera?" soal Jamel dan Ikhwan segera menghentikan langkahnya,Alisa dan Aminudden memfokuskan pada Ikhwan.

"Plan aku? Kita kena mencari maklumat apabila kita tiba di perkampungan nanti.." ujar Ikhwan sambil menyambung perjalanannya.

"Takkan itu saja...." Jamel mengerutkan dahinya sambil mendepakan tangannya.

"Hmm..betul juga,sebab kita tak tahu sini guna duit jenis macam mana.." balas Ikhwan sambil mengusap dagunya.

"Ha..baru sekarang nak fikir..." keluh Jamel menghela nafas pendek.

"Kira okay dari depan kaunter check in baru nak fikir..." ujar Ikhwan sambil tersenyum mengangkat kening.

Jamel sekadar mendesah dan Ikhwan segera menyambung langkahnya,Alisa dan Aminudden sekadar mengekori dari belakang. Tidak sampai beberapa jam mereka berjalan,akhirnya tiba di satu perkampungan yang agak meriah. Tapi dari gaya pemakaian mereka begitu berlainan,Ikhwan menoleh ke arah Jamel dan mengangguk faham.

"Kita akan berpecah dua kumpulan,Am kau dengan Jamel..pak cik dengan Alisa..." arah Ikhwan dan selepas diberi penerangan mereka berdua segera berpecah.

"Hmm....macam mana kita nak berinteraksi dengan manusia di dunia ni?" soal Alisa selepas berjalan beberapa langkah,Ikhwan memandang ke arahnya sambil berfikir dan hanya mengangkat bahunya.

"Well lets give a shot..." Ikhwan segera menghampiri salah satu penduduk di situ yang sedang berehat.

"Err..maafkan saya..." Ikhwan menegur dengan berhati-hati,lantas penduduk yang sedang berehat menoleh ke arahnya.

"Ye...ada apa-apa yang boleh saya tolong?" soal penduduk itu sambil tersenyum,Ikhwan menghela nafas lega kerana dia boleh bercakap dengan bahasa normal.

"Macam ni saya ingin tahu...jika ada perkara pelik berlaku di sekitar sini?" Soal Ikhwan dan raut wajah penduduk itu berubah cemas.

"Jangan risau..jangan takut..saya cuma bertanya..." kata Ikhwan lagi menenangkan penduduk itu.

"Perkara pelik ye? Rasanya seperti ada satu..." kata penduduk itu.

"Ouh...boleh ceritakan?" Pinta Ikhwan sambil tersenyum.

"Jika tidak silap beberapa bulan lalu kecoh tentang kerabat tertinggi diraja kena serang tanpa tahu penyerangnya.." ujar penduduk itu sambil mengusap dagunya.

"Kena serang tapi tak tahu penyerangnya?" Ikhwan mula terasa pelik,dia sendiri pun minta berita pelik memang pelik dapatnya.

"Bagaimana keadaan mangsa...?" Soal Ikhwan lagi.

"Mangsa kehilangan banyak darah dan dari apa yang saya dengar,katanya penyerang disyaki mencuri darah mangsa..." tambah penduduk itu menerangkan dengan bersungguh-sungguh,Ikhwan dan Alisa berpandangan sesaat.

"Baiklah...terima kasih..." ujar Ikhwan bersalaman dengan penduduk itu,Alisa menunduk hormat kemudian berlalu meninggalkan penduduk itu.

"Hmm...mereka daripada mana ye? Pakaian mereka berbeza..." ujar penduduk itu sambil menggaru dagunya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now