CHAPTER 96 : INTO THE BATTLEFIELD

2K 144 11
                                    

Ada sedikit pembetulan di mana gambar di atas baru bersesuaian dengan imej istana Mentari dunia CK

Angin bertiup lembut menerbangkan daun pokok yang berguguran di tanah,burung-burung berkicauan terbang merentasi kawasan gunung-ganang. Seorang gadis muda sedang berjalan perlahan di dalam kawasan perkuburan,di tangannya memegang bunga yang kemas dibungkus cantik serta rapi. Akhirnya dia tiba di kubur seseorang,anak matanya berwarna hitam berkilat memandang ke arah nama yang terukir di batu nisan.

Zero Nightmare
2024-2050
Never Be Forgotten.

Jamel tiba di perkarangan pintu pagar kawasan perkuburan,kemudian dia perasan dari jauh seseorang berada di hadapan kubur Zero. Dia tersenyum sendirian dan melangkah menuju ke arah gadis tersebut,akhirnya dia sudah berada di belakang gadis tersebut.

"Maria?" Soal Jamel dan gadis itu menoleh ke belakang.

"Abang Jamel..." Maria menghela nafas pendek terkejut kerana teguran Jamel yang tiba-tiba itu.

"Dua bulan kau tak nampak batang hidung..alih-alih kau ada di sini..?" Jamel tersenyum dan Maria meletakkan bunga di kubur Zero.

"Lagi satu hari lagi...dan esok adalah penentuan segala-galanya.." ujar Maria di hadapan kubur Zero,kecederaannya telah sembuh sepenuhnya.

"Kau akan sertainya?" Soal Jamel.

"Ya...dan itu adalah tugasan aku yang terakhir sebagai 10 Guardian.." ujar Maria dan Jamel hanya menghela nafas pendek.

"Lepas tu? Apa rancangan kau?" Soal Jamel lagi.

"Entah la mungkin aku nak keluar dari negara ni..merantau seluruh dunia.." ujar Maria.

"Sebab Raven ke?" Soalan Jamel membuatkan Maria tersenyum.

"Kalau aku marah dia pun...Zero tak akan hidup balik.." balas Maria.

"Bagus la kalau kau tidak simpan dendam pada dia lagi.." ujar Jamel sambil tersengih.

"Aku harap macam tu lah..tapi aku tak boleh nak jumpa dengan dia lagi buat masa ni..." ujar Maria masih memerhatikan kubur Zero.

"Maria...." Jamel menghormati keputusan rakannya itu,angin bertiup dingin dan negara Mentari dalam pertukaran ke musim dingin atau sejuk.

"Sekarang masih musim luruh..tapi dah mula sejuk..." ujar Jamel.

"Abang Jamel...kau dah sedia untuk esok?" Soal Maria.

"Perlu ke tanya...?" Jamel tersengih.

"Aku dah agak abang akan kata macam tu..dan tolong jaga adik aku ye?" Maria tersenyum menoleh ke arahnya.

"Kau jangan risau..aku akan lindungi Jane dengan nyawa aku.." ujar Jamel.

"Bagus la kalau macam tu.." Maria mendongak ke atas langit,kemudian ditenungnya batu berukir nama Zero dan dia menghela nafas panjang.

Berikan saya kekuatan Zero...

===================

Reezal memeriksa fail dan memberikan semula kepada pembantunya,dia memerhatikan para tentera yang berlatih dengan tekun. Hatinya berdebar-debar menunggu hari esok,harap tiada apa-apa yang berlaku perkara yang tidak diingini.

"Risau je muka...relax la.." satu suara menegurnya dan dia menoleh.

"Reena..." ujar Reezal pada Reena yang sedang menghampirinya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now