CHAPTER 45 : SACRED ROYAL BLADE

2.1K 141 3
                                    

Ikhwan P.O.V

Aku perhatikan suasana di perjumpaan raja-raja agak suram,dan apa yang merisaukan aku adalah Alisa,kerana dia asyik memegang tangan aku dari tadi. Bukan disebabkan sir Alex,tetapi satu tekanan daya ki yang negatif kuat dari luar sana. Tetapi persoalan utama milik siapa,kerana berlainan sekali dengan Zahhak.

"Jadi tuanku raja Solleh...." seseorang memanggil nama ayahanda aku,dan menoleh ke arah lelaki berusia lebih kurang usia ayahanda.

"President America....William Wilson..." aku berkata perlahan dan Jamel hanya menjeling.

"Saya terdengar awak diserang ketika dalam perjalanan ke sini?" Soal lelaki itu dan aku menggenggam penumbuk,ayahanda menjeling ke arah aku dan menggelengkan kepalanya.

"Jadi jikalau ya...apa yang kamu ingin katakan William?" Soal ayahanda merenung ke arah lelaki bernama William.

"Tiada apa-apa..cuma perkara yang berlaku pada kamu serupa dengan apa yang berlaku pada raja negara Badai..." ujar William menoleh ke arah sir Alex atau nama sebenarnya,Alexandra De La Rauschenberg dan itu menyusahkan jadi aku panggil Alex sahaja.

"What? I'm safe okay....what's big deal...?" Alex mengangkat tangannya.

"Yeah safe for now...." ujar William tersenyum.

"Hey watch you mouth..." Alex bengang dengan sindiran William.

"Enough you two....this king summit,please respect..." seorang wanita berusia lebih kurang dalam 40an,lady Erina berdiri meredakan perbalahan Alex dan Williams. Bilik perjumpaan mula riuh dan bertengkar mulut,lady Erina pula hanya menggelengkan kepalanya melihat keadaan itu.

"Aku tak selesa la..." bisik Jamel.

"Sama la aku....mereka buat perjumpaan raja-raja seperti tempat perbualan kosong sahaja..." Azlee memberi pendapatnya.ayahanda pula sekadar tersenyum sahaja.

"Sabar dulu Azlee...Jamel..." ayahanda memesan mereka berdua,Alisa pula hanya mendiamkan dirinya.

"Kamu semua ni datang untuk berseronok sahaja ke?" Ayahanda aku menyoal ketika semua raja itu berbalah sesama mereka,dan sebaik ayahanda aku membuka mulut situasi yang riuh terus menjadi senyap.

"Berbalah,berselisih pendapat mengenai hal kecil...sindir menyindir,ini ke tugas seorang raja?" Ayahanda menyambung lagi,mereka semua terdiam.

"Ini la antara sebab aku tidak menandatangani perjanjian bersekutu...kamu semua pentingkan diri,kamu raja,kamu president ada kamu mengambil kira hal rakyat kamu? Senang ke? Susah ke?" Kata ayahanda lagi,aku hanya memerhatikan setiap gelagat raja dan presiden yang mendengar hujah ayahanda.

"Wow...diorang terus tak ada suara...." ujar Jamel berbisik.

"Diamlah...kita dengarkan sahaja...jangan menyampuk..." kata Azlee pula.

"Sekarang muncul pihak revolusi,konon nak menyelamatkan dunia...dan ada negara yang diserang oleh mereka..apa tindakan kamu? Saya tanya apa tindakan kamu? Zero! Nothing!" Ayahanda berkata dengan tegas dan merenung setiap raja serta presiden.

"Bertenang raja Mentari....kita di sini untuk perbincangan...bukan nak salahkan sesiapa..." ujar Lady Erina.

"Ini bukan soal salahkan sesiapa Lady Erina,ayahanda saya ingin memberi pandangan dia sahaja..." aku mencelah dan ayahanda hanya membiarkan.

"Putera keenam....apa maksud kamu...?" Soal Lady Erina.

"Senang sahaja....puak revolusi yang diberi nama Neo-Human adakah kamu semua alert mengenai perkara ini? Adakah tujuan perjumpaan ini mengenai menangani pemberontak?" Kata aku tenang dan para raja yang ada mendiamkan diri,menunggu kata-kata aku seterusnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now