CHAPTER 49 : I'M JUST SPECTATOR

2.1K 155 5
                                    

Ikhwan P.O.V

Perjumpaan raja terpaksa dibatalkan disebabkan serangan pemberontak,aku hanya mendesah di atas kapal pesawat dan kami dalam perjalanan pulang ke Mentari. Alisa pula aku tengok tertidur berbantalkan bahu aku,boleh pula tidur lena? Aku memandang ke arah luar tingkap,harapnya tiada gangguan semasa perjalanan pulang. Jamel pula hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan,apa yang aku dengar daripada Azlee dia berhadapan lawan yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang membunuh puak jawa.

Ayahanda pula sudah terlena dibuai mimpi,bagus juga dia tertidur kerana dia terlalu sibuk dengan urusan negara kebelakangan ini. Jika difikirkan semula betapa teruknya aku sepanjang 5 tahun lepas,mengasingkan diri dan tidak mahu sesiapa membuat perhubungan dengan aku. Aku teruk kerana menyebabkan bonda kesedihan mengenai tingkah laku aku,kemudian aku menoleh ke arah Alisa yang sedang lena. Aku membelai rambutnya dan mengalihkan sedikit yang menutupi mukanya,aku bersumpah tidak akan membiarkan dia cedera.

Aku mendongak melihat ke atas dan menghela nafas pendek,memikirkan keadaan Zero dan juga bagaimana perasaan serta reaksi Maria jika dia tahu perkara ini? Aku sudah berjanji tidak akan memberitahu sesiapapun walau apa yang terjadi,sedang aku melayani perasaan seorang diri tiba-tiba sahaja imej kakak aku menerjah masuk. Mula persoalan memasuki pemikiran aku,benarkan kakak aku Reena sudah meninggal dunia? Jika tidak kenapa dia ingin memalsukan mengenai kematian dia?

hah......

Terlalu banyak persoalan dalam hati...

Lebih baik aku berehat,mungkin semuanya akan hilang...

Aku memejamkan mata sedikit demi sedikit,kemudian perlahan-lahan aku memasuki ke alam mimpi,ke alam mimpi yang indah. Biarpun palsu tetapi membuatkan aku terlupa dengan kepenatan duniawi yang penuh dusta ini walaupun hanya sekejap. Tanpa aku sedari tangan Alisa menjalar ke tubuh,dan memeluk aku dengan erat. Terkejut dengan keadaan itu tapi aku sekadar memeluk bahunya dan kembali lena.

"Apa? Tak ada??" Aminudden mengeluh kecewa dan Luqman hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Maaf la...cik tak sempat nak bersiar-siar...." kata aku tersenyum pahit,Alisa di sebelah aku menguap kecil. Ternyata dia masih lagi mengantuk,dan aku pun sama.

"kau tak tengok berita ke? Pasal pemberontak menyerang perjumpaan raja-raja?" abang aku Reezal mencelah geram melihat karenah dua orang anaknya.

"Tapi....." Aminudden menunduk kecewanya bertimpa,aku menghela nafas pendek dan menyerahkan satu plastik padanya.

"Apa ni cik?" soal Aminudden memerhatikan plastik di dalam tangannya.

"Tengok saja la..dah cik nak masuk tidur..." ujar aku menarik tangan Alisa meninggalkan Aminudden yang bersama abang Reezal.

"kau manjakan sangat anak aku la Wan...." kata abang Reezal selepas tahu apa yang di dalam plastik yang aku berikan pada Aminudden,aku pula sekadar melambai membelakangkannya.

"Awak memang sayangkan anak saudara awak ye?" kata Alisa menoleh ke arah aku,mengingati semula sebelum pulang aku sempat mencari permainan video yang Aminudden inginkan.

"Well....you know me...Alisa" kata aku tersengih.

"Yeah i know you.." kata Alisa tersenyum merenung aku.

======================================

"Ahhh......." Zeo meregangkan ototnya dan tersenyum selamba,kemudian dia mengambil sekotak rokok namun seseorang merampas kotak itu tanpa sempat dikesan.

"Sini Istana...hormat sikit...." Zero memegang kotak rokok tersebut,Zeo tersengih mengusap belakang kepalanya.

"Ala..senior...bagi la...." kata Zeo merayu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now