CHAPTER 50 : CLASHING FORMER PARTNER

2K 155 2
                                    

Rooftop Castle
7.00 PM

"CIK!!" Luqman mencari-cari bapa saudaranya,iaitu tidak lain tidak bukan ialah Ikhwan yang ketika sedang berlatih pengawalan daya kuasa ki. Lantas dia melakukan gerakan awal,setiap pergerakannya umpama menari. Alisa memerhatikan daripada tepi,dia hanya berminat untuk melihat dan turut menemani mereka adalah Aminudden yang keletihan berlatih.

"La....dekat sini rupanya,eh? Am kau pun ada gak?" Luqman muncul dengan tiba-tiba,kemudian pandangannya tertacap pada pergerakan tinju naga bapa saudaranya.

"Woo......" Luqman tergamam pada pergerakan Ikhwan yang teratur tanpa sebarang cacat cela.

"Tak nak join ke Luq?" soal Alisa dan Luqman sekadar tersengih menggelengkan kepala,entah kenapa dia sudah terbiasa dengan panggilan Luq daripada Alisa.

Alisa memanggil panggilan Luqman dan Aminudden serupa dengan ibu saudara mereka,Reena Solleh dan mereka berdua selesa dengan panggilan tersebut. Hinggakan Ikhwan turut memanggil mereka berdua dengan panggilan 'Luq' dan 'Am' itu,Aminudden pula matanya tidak lari daripada memerhatikan latihan Ikhwan. Pergerakan Ikhwan adalah teknik tempur naga purba tahap biasa,seumpama pergerakan tai chi yang bergerak agak pantas sedikit. Peluh mula membasahi tubuhnya namun Ikhwan tetap terus berlatih,sudah menjadi kebiasaan dia berlatih di kawasan bumbung teratas istana. Angin yang semulajadi membuatkan dia lebih selesa,berbanding penghawa dingin di bilik latihan visual.

Ikhwan sekadar berseluar panjang sahaja,kot dan baju kemejanya dibuka letak di tepi. Terpampang tubuhnya yang sasa,tidak besar dan juga tidak kecil tubuh badannya. Alisa hanya tersenyum melihat Ikhwan yang khusyuk berlatih,kemudian dia menoleh ke arah satu tempat apabila kedengaran pintu bumbung atas istana berbunyi. Iris muncul sambil melambai tangannya ke arah mereka,kemudian dia menyedari abang kembarnya sedang berlatih.

"Waa.....badannya tetap sama,berketul-ketul..nampak cam kecik tak ada pe...sekali bukak ha kau...." ujar Iris dan Ikhwan menamatkan latihannya,dia mengatur pernafasan dan dihembuskan perlahan-lahan.

"Iris...awal bangun?" soal Ikhwan tersenyum selamba,sambil mencapai tuala yang dihulurkan oleh Alisa.

"Terima kasih..." ujar Ikhwan pada Alisa.

"Amboi soalan memerli nampak....orang boleh bangun awal tahu?" Kata Iris bengang dengan sindiran abang kembarnya.

"Ala tanya je kot...bukan perli atau sindir pun...cepat noo...terasa"

"Alah yelah tanya...macam la kenal abang semalam...dari kecik suka usik Iris!"

"Ai...apa teruknya? Adik kembar abang...siapa lagi nak abang usik?" Ikhwan segera merangkul Iris,Alisa dan Luqman serta Aminudden hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Jangan la....peluk! Dah la tengah berpeluh....hehe" balas Iris memegang pegangan abangnya.

"Lama betul tak nampak? Busy dengan Azlee ea...." usik Ikhwan dan sebaik nama Azlee disebut,Iris merah padam mukanya.

"ABANG!!!" Iris bengang diusik oleh abangnya,Alisa sekadar ketawa melihat kemesraan dua beradik kembar itu.

"Haha....." Ikhwan hanya tergelak kecil kemudian mendongak ke arah langit membiru.

Alangkah bagusnya jika keamanan ini berkekalan....?

======================================

Luqman mendongak memerhatikan langit biru,dia tersenyum sendirian dan baring di karpet rumput. Dia menyedari burung berkicauan bersama pasangannya,dia terfikir adakah dia berpeluang merasai kehidupan seperti itu. Pada masa yang sama Aminudden yang sedang bersiar-siar sekitar taman istana,perasan abangnya yang sedang baring di rumput seperti karpet.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now