CHAPTER 99 : AMINUDDEN TRUE NATURE

1.7K 149 12
                                    

Luqman berpusing beberapa kali di udara,dia takut pada ketinggian dalam 5000 kaki dari bumi. Namun dia menarik nafas panjang,dan cuba seimbangkan badannya. Tiba-tiba lengannya dipegang,dia menoleh dan tersengih lega kerana orang itu adalah Jamel. Zeo dan Luna turut berdekatan,Jane pula sekadar tersenyum. Manakala Azlee dan Iris di bawah mereka,Jamel dan Luqman berpandangan. Luqman mengangguk tanda meminta Jamel melepaskan pegangan tangannya,Jamel faham dan melepaskan perlahan-lahan. Sebaik lengannya dilepaskan,Luqman segera meluncur laju dan berpusing lalu menghasilkan magnetism pada tanah untuk stabilkan pendaratannya.

"Haip..." Luqman melompat ke atas,dan kakinya diselubungi kilat.

"Thunder Arts..!"

"Drop Bolt..!!!" Seiring Luqman menghentakkan kakinya di sekumpulan drone yang menyerang askar.

"Take that drone asshole..!!" Jerit Luqman kegeraman disepak jatuh oleh adiknya.

"Safe..." ujar Aminudden tersenyum melihat dari atas.

"Am...its our turn..." ujar Ikhwan dan Alisa tersenyum mengangguk.

"Roger..!" Ujar Aminudden segera melompat,Elizabeth dan Stella menyusul.

"See you down there.." ujar Aminudden sebelum lompat keluar dari kapal.

"Heh..." Ikhwan tersenyum melihat anak saudaranya melompat keluar.

"Ikhwan.." Alisa memanggilnya dan Ikhwan mengangguk faham,lalu mereka berpegangan tangan dan melompat keluar bersama.

"Looks like hero make appearance.." ujar Reezal mendongak ke atas.

"Heh...sebab itu kita tidak boleh kalah dengan dia..." ujar Aswandy membelah drone,Aminudden ketika itu pula menumpukan kuasanya di atas udara.

"Arm Equipment...Wing.."

Pada masa yang sama Aminudden mengaktifkan kuasa arm equipment,sayap zirah dipasang pada belakang badannya. Lalu dia terus menyasarkan pada drone yang berada di udara,Elizabeth dan Stella mengangguk kemudian memanah setiap drone yang berterbangan.

"Falcon Arts Ultimate Technique..." muncul busur pada tangan kirinya.

"Kak Stella! Kak Eliz! Ke tepi...!!" Aminudden menarik tali busur sebaik memberi amaran,Stella dan Elizabeth mengangguk faham lalu beralih dari laluan sasaran Aminudden.

"BURNING ARROW THRUST..!!!" Satu tembakan anak panah yang kuat meluncur mengenai drone yang sedang menyerang,letupan yang dahsyat berlaku dan ketika itu Reiner menyedari kemudian dia tersenyum licik.

"Heh...FIRE EXPLODE..!!" Reiner memetik jarinya dan letupan berlaku,menyebabkan para askar tercedera dan Aminudden menyedari keadaan tersebut.

"Huh? Dia..." Aminudden dapat menangkap angkara siapa letupan itu berlaku,kemudian dia mengingati kembali siapa lelaki tersebut.

"Dia...hmph.." Aminudden terus terbang menuju ke arah Reiner berada,lalu mendarat kasar di hadapan lelaki berhud itu.

"Well..well we meet..ag-Argh..!!!" Belum sempat Reiner menghabiskan ayat,satu tumbukan padu diberikan oleh Aminudden mengenai rahang mukanya dan dia tercampak ke belakang.

"Aku tak ada masa nak berbual masa perang untuk hidup dan mati ni.." kata Aminudden mengibaskan penumbuknya.

"Ergh...sial kau..." kata Reiner mengusap rahang dagunya,Aminudden sekadar tersenyum sinis.

"Itu untuk serangan tempoh lalu.." ujar Aminudden.

"Kau memang dah tempah kubur di sini ya...?" Reiner berkata dan menyalakan cahaya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now