CHAPTER 48 : THE CLIMAX

2K 151 5
                                    

Pertarungan berterusan dengan sengit,Ikhwan melawan Ezine dan bangunan perjumpaan diraja hancur separuh akibat pertembungan mereka. Malah pertarungan di udara pada dua pihak iaitu,Jamel melawan White dari Black Cobra dan juga Alisa melawan Thalia di ruang udara. Pada masa yang sama Alisa menyedari pertembungan Jamel dan White,dia tidak boleh membantu Jamel kerana dia berhadapan Thalia. Biarpun Thalia ditambah dengan bantuan alatan canggih,dia tetap kuat dari segi perlawanan jarak jauh.

"Valkryie mode...Gunslinger mode...." Alisa mengubah corak perlawanannya dan berbalas tembakan.

"woo.....nice magnificient!!" kata White melihat ke arah lokasi perlawanan udara Alisa dan Thalia.

"oi...diamlah!!" jerit Jamel melakukan serangan tusukan berkali-kali.

"wahaaa....hebat-hebat semestinya hebat...Jamel puak terakhir puak jawa yang telah dibunuh oleh kumpulan pembunuh misteri....Laughing Corpse..." serangan Jamel terhenti mendengar kata-kata White.

"kau...."

"hmm....?"

"HMPH!!!" Satu serangan dihayunkan dan White segera mengelak,dia menoleh ke belakang melihat kesan libasan kuasa tekpi milik Jamel.

"Alamak aku terlepas cakap pula...." ujar White melihat reaksi menakutkan daripada Jamel.

"apa maksud kau Laughing Corpse? Siapa mereka??!!" Jamel mengetap giginya dan meluru ke arah White dengan pantas,mereka bertembung dan mata masing-masing bertentangan.

"Wooo....chill bro..we can talk about this..." kata White cuba menenangkan Jamel.

"Fuck you talk! Aku tak ada masa nak berbincang...sekarang beritahu aku apa yang kau tahu!!" kata Jamel dan White mula terasa tekanan daripada Jamel.

what the heck with this power?

White merasakan dia harus berundur dengan segera kerana Jamel seperti tidak boleh dibawa berbincang,dia segera melibas dan menolak Jamel ke belakang. Segera senapang penembak tepat berwarna kelabu ditarik keluar,lantas dilepaskan tembakan bertubi-tubi dan Jamel menangkis setiap tembakan. Tembakan daripada White membuatkan Jamel sukar mendekatinya dan tangkisannya menyebabkan keadaan sekeliling dipenuhi asap yang tebal. Jamel menghayunkan tangannya dengan tekanan kuat,asap yang mengelilinginya terus hilang namun White hilang dari pandangan mata kasarnya. Jamel terdiam dan mengetap giginya.

"SIALLLL!!!!!!"

BOM! BOOM!

TUSS! TUUMMM!!

Jamel menjerit sekuat hatinya dan dapat didengari oleh Azlee serta raja Solleh yang sedang menyaksikan pertarungan Ikhwan dan Ezine,raja Solleh hanya mendiamkan diri namun dia memahami perasaan Jamel. Alisa yang ketika itu berundur ke belakang untuk mengelak serangan daripada Thalia,menoleh ke arah Jamel yang menjerit kemarahan.

"abang Jamel....?" dia seperti merasai kesakitan dalam hati Jamel.

"Jangan tengok tempat lain jika sedang bertarung Alisa...." satu suara menghubunginya melalui teknik telepati,jelas suara itu adalah Ikhwan.

"Ikhwan?"Alisa terkejut dan kemudian dia tersenyum,Thalia menyedarinya dan semakin marah dengan reaksi muka Alisa.

"Fokus pada perlawanan dan jangan bunuh sesiapa pun...okay?..." kata Ikhwan dalam perbualan telepati,Alisa hanya tersenyum kemudian dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Alisa segera menahan serangan tembakan laser daripada Thalia,kemudian Thalia mengecas kuasa laser dan melepaskan satu tembakan yang kuat.

"Ergh!!" Alisa mengelak dengan tindakan refleks.

"Heh....." Thalia tersenyum sinis dan Alisa menyedari sesuatu,dan lantas menoleh ke belakang kemudian terkejut apabila tembakan ditujukan pada Stella yang menyaksikan pertarungan mereka.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now