CHAPTER 8 : GIANT ROBOT

2.4K 180 22
                                    

Cover atas tu jangan difikirkan sangat,sebab Ikhwan dengan Alisa ada gak dalam scene ni. Tapi cuma complaints Ikhwan pasal tiga beradik itu.

Luqman melihat beberapa orang berpakaian seperti askar,dengan jelas dia dapat menyedari kehadiran aura yang kuat dari jauh. Nabill dan Aminudden turut sama merasainya,Intan memegang badan abangnya takut dengan tekanan kuasa yang kuat.

"Aish..mesti diorang dah perasan pasal robot tadi..'' ujar Nabill memaksudkan semasa dia menembak robot tadi.

"Bagaimana dengan aura negatif ni?" Soal Aminudden bangun dari duduknya.

"Rasanya itu kena tunggu,kita kena beredar..." ujar Nabill mengaktifkan kuasanya,dua pucuk pistol moden muncul di kedua tangannya,dan segera keluar dari bilik itu.

"Korang gerak dulu..." Luqman mengarah dan dua orang adiknya,mengangguk dan segera keluar kemudian Luqman menyusul selepas melihat sekumpulan orang itu hampir ke arah rumah yang dia berada sekarang.

Luqman akhirnya tiba di kawasan dapur,kelihatan pintu belakang rumah turut tidak berkunci. Lantas mereka pantas beredar meninggalkan rumah tersebut,sekumpulan orang seperti askar itu tidak menyedari kehadiran mereka.

Nabill memerhatikan sekumpulan askar itu yang sedang memeriksa sekitar kawasan kampung,dia dan yang lain berjaya ke kawasan tinggi dan berbukit. Sudut yang tinggi memudahkan Nabill melihat pergerakan kumpulan askar itu,Luqman turut memerhati di sebelah Nabill.

"Jadi macam mana? Kita kena balik?" Soal Aminudden duduk memerhatikan askar-askar itu sambil mencangkung,Intan hanya melihat dan mendiamkan diri.

"Susah juga...kereta abang ada di hadapan pintu pagar kampung.." kata Nabill menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia orang perasan ke?" Soal Intan menjengah ke bawah,mengintai sekumpulan askar itu.

"Tak diorang tidak akan perasan...sebab semua teknologi yang ada pada kereta abang amat canggih...harga spare part pun tak kurang hebat...err." kata Nabill yakin dan kemudian menunduk kepalanya.

"Rush aje la...gatal tangan dah ni...!" Ujar Aminudden geram.

"Bertenang....mereka cuma buat tinjauan sahaja tu.." Nabill lantas memegang bahu Aminudden.

"Betul tu Min...ada baiknya kita tunggu.." kata Luqman menyokong kata-kata Nabill.

"What? Come on..." keluh Aminudden segera bergerak mendaki kawasan berbukit itu,Intan hanya menggelengkan kepala sahaja melihat perangai abang keduanya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ikhwan duduk di balkoni biliknya,dia memandang ke arah di mana Kampung Bulan berada. Terdetik kerisauan pada tiga anak saudaranya,entah kenapa Intan boleh ikut sekali. Alisa yang berada di dalam bilik,hanya melihat sahaja gelagat Ikhwan. Dia kemudian bergerak keluar dan berdiri bersebelahan Ikhwan,kepalanya di letakkan pada bahu kanan Ikhwan.

"You worried about them?" Alisa seperti faham apa yang difikirkan oleh Ikhwan.

"Nabill i'm not worried at all..but just my nephews" balas Ikhwan mengalihkan tangannya,dan memaut bahu Alisa.

"You're nice uncle...you know that?" Kata Alisa masih menyandarkan kepalanya pada bahu Ikhwan.

"Uncle huh? Sound like i'm old..." Ikhwan berseloroh.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now