CHAPTER 111 : FINAL JUDGEMENT

2K 144 10
                                    

Ikhwan merenung tajam ke arah angkatan ribuan kapal armada yang besar itu,biarpun jarak angkatan itu masih jauh namun teknologi kapal mereka amat canggih kerana mampu menembak sejauh 30 kilometers. Lantas Ikhwan terus meluru ke arah angkatan kapal tersebut,dan menyeru Thousands Sword lalu menyerang beberapa kapal yang datang untuk menyerangnya kembali.

"Horah!!" Satu kapal musnah.

"Hiah!!" Satu lagi kapal terbelah.

"Bagaimana tuan?" Soal anak kapal Genesis.

"Hapuskan orang itu dahulu.." ujar ketua komander itu.

"Dia hanya seorang kenapa perlu risau?" Ujar anak kapal seorang lagi.

"Lord Zahhak dah mati.." ujar ketua komandet itu dan anak kapal yang lain terkejut.

"Orang yang membunuhnya adalah dia...jadi dia ancaman bagi kita.." ujar ketua komander itu.

"Ba..baik tuan! Kerahkan semua unit!!"

Puluhan kapal kecil keluar dari salah satu kapal armada,dan menyerang ke arah Ikhwan. Namun Ikhwan tetap dan menjatuhkan satu persatu kapal tersebut,dengan tekniknya segera berpecah kepada lima imej dan bayang. Juga Sacred Royal Blade dan Karma Fang diseru,salah satu kapal armada itu cuba menyerangnya namun satu hayunan pedang Sacred Royal Blade terus membelah kapal tersebut.

"Ha...DRAGON CANNON!!"

KZZTT...ZOOMM!!!

BOOMM!!!

Salah satu lagi kapal armada dijatuhkan,dan membuatkan Hamizi tergamam melihat keadaan itu.

"Pergh...gila la...dia sorang je layan..." ujar Hamizi kagum dan tidak mampu bergerak,kerana kehabisan tenaga.

"Kita kena tolong dia..ergh..ha ha.." Amien kembali terduduk dan ternyata dia tidak mampu membantu Ikhwan.

"Damn it!" Hamizi menumbuk tanah,geram tidak mampu menolong Ikhwan.

"Ha...hiah!!" Ikhwan terus menerus menyerang dengan pedangnya yang beribu jumlahnya.

Boom! Boom!!

Bom!! Bom!! Bom!!

Gururummmm!!!

Letupan yang kuat akibat pelanggaran peluru berpandu dan pedang Ikhwan,ketua komander tetap memberi arahan meneruskan serangan mereka. Ikhwan menyedari dia tidak boleh berterusan seperti ini,namun apa yang dia mampu lakukan?

"Tembak!!" Jerit ketua komander itu memberikan arahan.

"Horahh!!" Ikhwan turut menyerang balas,pedangnya bertembung dengan peluru berpandu.

Bomm!! Boom!! Boom!!

Doom!! Boom!!

Boboboomm..!!!!

Letupan yang berlaku bagaikan bunga api,angin kuat terhasil dan Ikhwan bertahan menghadang menggunakan tangannya kerana tiupan angin begitu kencang. Tetapi Ikhwan tidak mahu membuang masa,pedangnya diseru dan menyerang pantas pada salah satu kapal armada. Ketua komander angkatan kapal armada berang,dan dia sudah hilang sabar.

"Semua unit...sasarkan pada orang itu...diulangi,KESEMUA UNIT!!" Sebaik sahaja arahan itu dikeluarkan,semua kapal armada mensasarkan senjatanya ke arah Ikhwan.

"Tuanku...mereka sasarkan senjata pada tuanku.." ujar Pyro risau.

"Tch!" Ikhwan mengeluh.

"Pyro fusion!" Jerit Ikhwan lagi dan Pyro mengangguk faham,kemudian terus menyelaraskan kuasa mereka dan terus berubah bentuk.

"Tembak!!" Jerit ketua komander itu dan seluruh angkatan armada kapal itu terus melancarkan serangan mereka.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now