CHAPTER 53 : SYLVANIA WORLD

2.1K 192 37
                                    


"Dunia lain? Macam mana kita boleh termasuk ke dunia lain?" soal Aminudden cemas dan melihat keadaan sekeliling,Alisa menoleh ke arah Ikhwan mengharap jawapan.

"Portal tadi mungkin puncanya.." ujar Ikhwan menjawab soalan Aminudden.

"Awak cakap macam tu saya turut terfikir benda yang sama..." celah Alisa memegang lengan Ikhwan,Aminudden pula sekadar mendesah kemudian memeriksa pada telefon pintarnya.

"Tak ada line...bagus!" rungut Aminudden menghela nafas pendek,Ikhwan sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat karenah anak saudaranya.

"Maybe we should look around..." cadang Alisa dan Ikhwan bersetuju,lalu menarik Aminudden beredar.

"Alamak..." Alisa terkejut dan di hadapannya ada hutan terbentang sepanjang mata memandang,dia menoleh ke arah Ikhwan yang merangkul bahu Aminudden.

"Bagaimana?" soal Alisa lagi.

"Isn't obvious? Just keep moving..." ujar Ikhwan dan melangkah masuk ke dalam hutan gelap itu,disusuli oleh Alisa yang tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

Mereka berjalan merempuh kawasan hutan tersebut,namun bagi mereka agak hairan kerana hutan itu terlalu sunyi. Jika kebiasaan hutan tidak terlalu sunyi seperti sekarang,Aminudden mula terasa takut dan menoleh ke belakang takut-takut ada binatang buas ingin menyerang mereka. Ikhwan hanya menyentuh bahu Aminudden memberitahu agar teruskan berjalan,Alisa turut mendiamkan dirinya dan teruskan melangkah. Ikhwan sudah awal-awal menyedari ada sesuatu sedang memerhatikan mereka,namun oleh kerana benda itu tidak melakukan sebarang tindakan jadi dia hanya membiarkan sahaja.

GROAHHH!!!

HARRR!!

KROOOARR!!!

Beberapa makhluk yang menakutkan muncul dari sebalik pokok yang sudah mati dan menghalang jalan di hadapan mereka,Ikhwan hanya melihat setiap bentuk pada makhluk tersebut. Alisa dan Aminudden segera dalam keadaan bersedia,Ikhwan hanya memberi isyarat supaya tidak melakukan apa-apa.

"Pak cik tak kan kita nak tengok je?" soal Aminudden menoleh ke arah bapa saudaranya yang bersahaja itu. Salah satu makhluk itu meluru ke arah Ikhwan,dan Aminudden tidak sempat berbuat apa-apa kerana makhluk itu lebih pantas

"Ikhwan!" Jerit Alisa mula risau,Ikhwan hanya mengaktifkan api birunya dan terus menumbuk ke arah makhluk berbentuk pokok itu. Makhluk itu terbakar sehingga menjadi debu,kemudian Ikhwan merenung ke arah makhluk yang masih ada.

"Mari..." ujar Ikhwan menyalakan api birunya,makhluk tersebut seperti teragak-agak untuk menyerang.

"Tak nak serang? Kalau macam tu biar aku yang datang pada kau!!"

Pada masa yang sama seseorang seperti merasai daya kuasa milik Ikhwan yang membakar makhluk pokok tersebut,mata biru pemuda itu melirik ke luar jendela seperti dari dalam istana. Kemudian datang pula seorang gadis berambut putih,menghampiri pemuda itu dan menepuk bahunya.

"Wooo!! Terkejut aku la...!!" ujar pemuda itu kegeraman.

"Tepuk je kot..apa yang teruk sangat.?" gadis itu mengerutkan dahinya melihat reaksi pemuda itu.

"Apa-apa saja la.." kata pemuda itu merengus dan kembali melihat ke luar jendela.

"Apa yang kau tengok Aydan?" soal gadis tersebut menjengah ke luar jendela.

"Kau tak rasa apa-apa ke Isabelle?" kata pemuda itu pula menoleh ke arah gadis bernama Isabelle,pemuda bernama Aydan itu wajahnya serius dan itu mengejutkan Isabelle.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now