CHAPTER 78 : SECRET UNDERGROUND

1.9K 144 24
                                    

Restoran Arjuma

Ikhwan duduk menyandar memerhatikan Alisa dan Syafina berbual mesra,Ikhwan gembira jika Alisa ada teman baru. Syafina pula jenis tidak sombong,Taufeq pula bersama Rasyid mengusik Arjuma. Farhan menyedut air minuman dan menghela nafas lega,selepas bertarung beberapa jam yang lalu.

"Lama tul tak teamwork dengan kau,susah nak serasikan daya kuasa aku dengan kau tahu?" Rungut Farhan mengerutkan dahinya,dia merasakan sepupunya berlainan daripada dulu.

"Ala kau...takkan kau curi tulang kot?" Usik Ikhwan tersenyum selamba.

"Haih...mana ada aku curi tulang,aku berlatih macam selalu la.." Farhan membela dirinya dan Ikhwan sekadar ketawa kecil sahaja.

"Kau selalu merantau...ada pula masa nak berlatih?" Soal Ikhwan sinis.

"Kau nak test ke?" Farhan mula bengang.

"Well if you want...." balas Ikhwan tersenyum selamba,Farhan terdiam dan mengangkat tangannya.

"Okay aku give up...siapa nak mencabar raja naga?" Kata Farhan pula dan Wyvern hanya tersengih,Karma sekadar menggelengkan kepalanya dan Pyro pula tersenyum.

"Heh..." Ikhwan sekadar tersengih sahaja.

"Kau suruh aku check bawah tanah kenapa?" Soal Farhan dan Ikhwan tersenyum.

"Ini teori aku je..kampung biasa mana yang diserang tanpa ada sebab yang kukuh...aku syak sesuatu yang tersembunyi di bawah tanah.." jelas Ikhwan dan air mukanya berubah serius.

"Bawah tanah...?" Soal Farhan mengerutkan dahinya.

"Yeah..jadi alang-alang dah jumpa kau ni..tolong boleh?" Ujar Ikhwan lagi.

"Hmm....." Farhan berfikir sejenak dan menghela nafas pendek.

"Huh! Okay...fine daripada terus kebosanan..." ujar Farhan bersetuju.

"Good...itu yang aku nak..." kata Ikhwan tersenyum,Alisa yang sedang berbual dengan Syafina tersenyum mendengar perbualan Ikhwan bersama Farhan.

Malam menjengah dan sebuah kereta memasuki area perkampungan yang diserang siang tadi,para penduduk kampung pula dipindahkan ke kampung jiran yang tidak jauh dari pusat bandar Kota Hijau. Terima kasih kepada Reezal dan Raffie,pemindahan penduduk kampung berjalan dengan lancar. Dua buah kereta menyusuri kawasan kampung tersebut,lampu utama dimatikan dan hanya lampu kecil sahaja dibiarkan menyala.

"Kau sure tak ada orang dalam kampung ni?" Soal Ikhwan menoleh ke arah Farhan yang duduk bersebelahannya.

"Sure....betul tak miss Alisa..?" Jawab Farhan sambil menyoal Alisa yang duduk di belakang bersama Syafina.

"Ya...saya tidak mendengar apa-apa.." jawab Alisa memandang ke arah Ikhwan.

"Baiklah.." Ikhwan menghentikan kenderaan dan diparkir berhampiran tepi jalan,Taufeq yang memandu kereta di belakang sedar lalu memparkir sebelah kereta Ikhwan.

"So...kita nak buat apa ni?" soal Farhan menjeling ke arah Ikhwan.

"Kita tak boleh nak letupkan tanah,jadi kit cari pintu masuk..." ujar Ikhwan dan dia segera keluar dari kereta,Farhan menurut sahaja.

"Waa....seram gak permandangan waktu malam kalau tak ada lampu..." ujar Syafina tersengih dan Rasyid serta Taufeq berpandangan lalu tersengih.

"Aik...korang apahal muka macam tu..jangan cakap dengan aku korang takut..." ujar Ikhwan sinis.

"M-mana ada....kitorang okay je la..kan Taufeq?" ujar Rasyid.

"Y-yeah....betul tu betul..." ujar Taufeq menyokong kenyataan Rasyid,Farhan hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now