CHAPTER 52 : INTO ANOTHER WORLD

2.2K 168 16
                                    

Ikhwan melihat hujung bilah pedang jed biru itu,api biru masih menyala selepas membakar tubuh Ragnarok. Dia hanya menghela nafas kecil dan kesal,setelah sekian lama dia tidak membunuh orang dengan kejam. Hatinya tertanya-tanya adakah patut dia lakukan seperti itu pada Ragnarok? Namun nasi sudah menjadi bubur,Ragnarok telah dibunuh olehnya. Dia memandang ke bawah ke arah Alisa yang ditemani oleh Maria,segera dia turun mendarat ke tanah. Sebelum sempat dia melangkah seseorang memeluknya dengan tiba-tiba,Alisa menangis sambil memeluk Ikhwan. Sekadar berdiam diri dan mengusap rambut Alisa,Jamel memandang Zero dan Jane.

"Okay..guys,kita kena uruskan jenazah kesatria kita..kemudian laporkan terus pada putera kedua..." arah Jamel kemudian beredar dan disusuli Zero,Jane turut sama beredar selepas mengusap kepala Aminudden.

"Festival yang teruk tahun ni..." ujar Luqman perlahan.

"Hoi...cover la sikit mulut tu..." kata Aminudden menoleh ke arah abangnya.

"Oups! Sorry-sorry....hehe" balas Luqman mengusap belakang kepalanya,dan Aminudden hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Jadi kita nak buat apa sekarang ni?" soal Aminudden.

"Pulang ke istana...kita tidak tahu jika Black Cobra akan menyerang...." ujar Ikhwan berjalan ke arah mereka berdua dengan Alisa masih dalam pelukannya.

"Aye...aye uncle!"

Mood Ikhwan malam itu bertukar menjadi teruk kerana pertama dia terpisah dengan Alisa,kedua para kesatria yanng berkawal di festival itu dibunuh. Malah yang paling teruk Alisa hampir hilang kemahkotaan dirinya jika dia lambat sesaat,Alisa tertidur dalam dakapannya dan Ikhwan mendukungnya masuk ke dalam istana. Aswandy yang terserempak dengannya hanya mendiamkan diri apabila menyedari reaksi air mukanya,dia sekadar memerhatikan Ikhwan berlalu pergi.

"Pak long? Apa pak long buat di sini?" soal Aminudden apabila menyedari kehadiran bapa saudaranya.

"Amin...Luq..." Aswandy menoleh ke belakang kemudian menoleh semula ke arah dua orang anak saudaranya itu.

"Maaf la...pak long datang sini sebab ada urusan penting malam-malam ni..." terang Aswandy menjawab soalan anak saudaranya itu,mereka berdua mengangguk faham jawapan bapa saudaranya.

"Jadi kenapa dengan pak cik kamu seorang lagi tu? Datang bulan ke?" soal Aswandy.

"Masal pak long datang bulan...ni kesatria yang mengawal di festival tu kesemuanya kena bunuh,lepas cik Alisa hampir-hampir kena rogol...." Jelas Luqman memeluk tubuhnya,air mukanya serius dan Aminudden mengangguk menyokong keterangan abangnya itu.

"Apa? Black Cobra ke? Cik Alisa okay tak?" soal Aswandy risau.

"Ya...cik Alisa selamat,cik Ikhwan sempat sampai selamatkan dia...sekarang ni kami kena jumpa ayah,okay pak long kami minta diri dulu..." kata Aminudden segera beredar bersama Luqman,Aswandy hanya mengangguk dan melihat dua beradik itu pergi meninggalkannya.

Alisa diletakkan di atas katil,selimut ditarik dan menutup tubuhnya. Ikhwan tersenyum sambil mengusap pipi gadis yang dia sayangi itu dengan lembut,rambutnya diusap lembut dan kemudian Ikhwan bangun dari tepi katil. Dia menuju ke tingkap biliknya dan air mukanya menjadi serius,merenung ke luar tingkap. Cahaya bulan purnama menerangi malam,tanpa perlukan bantuan lampu dia dapat melihat keadaan luar istana. Penumbuk dikepal sekuat-kuatnya mengingati apa yang berlaku sebentar tadi,giginya diketap dan menyesal kerana tidak menjaga Alisa dengan betul.

"APA? TUAN NAK BIARKAN KEMATIAN RAGNAROK MACAM TU JE KE??" Bentak Cindy apabila diberi kata putus oleh Zahhak

"Aku dah cakap...jangan ganggu putera naga..biar aku sahaja tapi dia degil,itu la balasan dia.." jawab Zahhak membalas kata-kata Cindy yang sedang berang.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now