CHAPTER 18 : MEMORY

2.3K 163 27
                                    

Yusri P.O.V

Aku menguap panjang sambil mata tacap pada monitor,pertempuran antara Ikhwan dan Alisa boleh tahan hebatnya. Alisa boleh desak Ikhwan dan lakukan tujahan memaksa adik aku tercampak,jauh ke belakang pula impaknya. Jadi itu antara kebolehan cpu-biologi? Jadi kita kena berjaga-jaga,supaya tidak lalai dan musuh tidak mengambil kesempatan.

Bayangkan jika pihak musuh dapat Alisa? Teruk rasanya dengan apa yang akan bakal berlaku.

"Baiklah....rasa aku patut berjalan-jalan..dari terperuk dalam bilik jer..." kata aku sendirian sambil menggeliat,mengantuk pula jadinya.

Sedang aku masih dalam keadaan mamai,tiba-tiba ada terasa benda empuk melanggar aku. Lantas aku menoleh dan terkejut,kerana yang melanggar aku adalah seorang perempuan. Dia menggosok lembut pada kelopak matanya,rasanya bukan aku seorang sahaja yang mamai.

"Awak okay?" Soal aku dan pada masa yang sama,dia baru menyedari perbuatannya.

"Maafkan saya tuan putera!" Kata gadis manis itu,dan dia segera melarikan diri.

"What the heck?" Aku hanya mampu tercengang apabila dia larikan diri.

"Ha....Yusri..jarang kamu keluar..?" Kedengaran suara menegur.

"Ayahanda....bosan duk dalam...tak ada benda nak dilakukan.." kata aku menjawab soalan ayahanda aku.

"Haha....kau mesti ada jumpa dengan Dianna kan?"

"Hah? Dianna? Siapa pulak tu?' Soal aku hairan kerana ayahanda menyebut nama random.

"Ouh lupa kamu tak diberi maklumat..." ujar ayahanda sambil menggaru belakang kepala.

"Kenapa ayahanda?...." soal aku kurang mengerti.

"Begini...bonda tengah bincang untuk pengaturan perkahwinan kamu..." terang ayahanda aku.

"Ouh...perkahwinan...hmmm great...wait a minute...WEDDING!!??"

"Lama betul baru nak sedar?" Perli ayahanda menjeling.

"Tadi tu Dianna la ye? Not bad and cute i think...."

"Ai tadi macam nak terkejut?"

"Well depend on who's the girl...hehe....."

"Pang kang ha...." ujar ayahanda aku tersengih.

"Meriah betul aku dengar? Ada apa-apa yang menarik ke?" Ikhwan menegur dari mana dia datang aku tidak perasan,dan juga Alisa tidak bersamanya.

"Wan? Mana Alisa?" Soal aku dan Ikhwan sekadar menghela nafas pendek.

"Ada di bilik...tidur lagi lepas subuh..." kata Ikhwan menggaru kepalanya.

"Her room or your room?..." soal aku sambil tersenyum,Ikhwan hanya mengeluh dan aku tahu jawapannya.

"Biar je la...dia sebilik dengan kau...nanti lama-lama kamu berdua akan berkahwin jugak kan?" Kata aku sambil menepuk bahu Ikhwan,aku menoleh ke arah ayahanda.

"Itu aku tahu...nanti kalau aku tak boleh kawal macam mana?..." rungut Ikhwan sambil menjengah tingkap.

"Apa susahnya..kahwin saja la..." sampuk ayahanda.

"Kurang asam boi punye bapak..." ujar Ikhwan segera beredar,bengang dengan gurauan ayahanda kami.

"Marah pulak.....oi nak ke mana tu?" Aku cuba memanggilnya namun Ikhwan hanya melambai tangan,dengan membelakangkan aku dan ayahanda.

"Rasanya dia ke taman bunga barangkali..." ujar ayahanda mengusap janggutnya,aku sekadar mengangguk dan segera beredar.

"Eh Yusri...nak ke mana?" Soal ayahanda aku lagi,sambil berpaling kepala ke belakang.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now