CHAPTER 107 : FUSION REBORN

1.8K 154 14
                                    

Masa korang baca sila dengar lagu ni sekali

"Heyargh!!" Max menumbuk drone yang cuba menyerangnya.

"Shhaa!!" Satu lagi tumbukan diberikan,seiring dengan tembakan meriam mini yang sedia dipasang pada pergelangan tangannya.

"Ada lagi!! Dadadada...!!!" Max menembak bagaikan mesingan.

"Huh?" Max melihat beberapa aliran cahaya gelap melintasi ruang udara.

"Apa yang sedang berlaku ni? Bacaan radar aku menunjukkan daya negatif yang kuat.." ujar Max kemudian menembak salah satu drone yang ingin menyerangnya.

Zahhak tersenyum sinis dengan aura gelap yang menyelubungi seluruh tubuhnya,Ikhwan sekadar mendiamkan diri menunggu tindakan Zahhak yang seterusnya. Ikhwan memerhatikan keadaan dirinya,tidak sangka dia mendapat dua kuasa dalam satu masa. Malahan kedua kuasa itu adalah kuasa raja naga dan raja Mentari yang pertama,Ikhwan tersenyum sendirian dan Zahhak menyedari senyuman Ikhwan.

"Apa yang lucu sangat?" Zahhak mula terasa geram pada Ikhwan.

"Nothing...cuma aku tidak percaya aku diberikan kuasa dua raja...malahan lebih kuat daripada kau..." balas Ikhwan dan Zahhak mula terasa dengan kata-katanya,lantas dia meluru ke arah Ikhwan dengan laju.

"Sekarang kita terbalik huh? Kau yang hilang sabar..." ujar Ikhwan menangkis serangan Zahhak.

"DIAM!!" Jerit Zahhak sambil melibas pedang besarnya itu,lantas Ikhwan menahan dengan pedang Sacred Royal Blade.

"Kenapa aura pakwe akak tu berlainan? Semakin kuat daripada pertama kali saya bertemu dia?" Soal Fara ketika itu menemani Alisa menyaksikan pertarungan itu.

"Tuan Iskandar pengasas negara ini memberikan kuasa dipanggil Eternal Emperor..dan Karma pula sebelum mati berikan seluruh kuasanya.." jelas Alisa.

"Eternal Emperor? Kuasa apa tu?" Soal Fara lagi.

"Akak pun tak pasti tapi akak pernah baca dalam fail milik Mentari..Eternal Emperor adalah kuasa yang memilih calon raja terulung..." Fara membesarkan matanya sebaik mendengar penjelasan Alisa,kemudian dia menoleh ke arah Ikhwan yang sedang bertarung dengan Zahhak.

"Woo..." Ikhwan bersiul mengejek dan Zahhak terus melibas dengan melepaskan aura gelapnya.

"Chill dude...makin buruk rupa kau tu..yang dah buruk tu.." ujar Ikhwan dengan muka tiada perasaan.

"You really piss me off..." ujar Zahhak menarik pedangnya ke belakang sambil menyeret di tanah,aura gelap menyelubungi senjatanya.

"NEGATIVE SLASH!" Zahhak melibas serangan melepaskan ke arah Ikhwan.

"Hoh? Piss you huh?" Sebaik sahaja Ikhwan selesai berkata,badannya diselubungi api merah dan pedang Sacred Royal Blade dipegang kemas.

"Huh!" Ikhwan membelah serangan Zahhak menjadi dua,beralih ke dua arah yang berbeza.

BoOmmmM..!!!

Letupan yang kuat berlaku sebaik serangan mendarat ke tanah,Zahhak tidak terkejut kerana dia tahu serangan itu mudah bagi Ikhwan untuk menangkisnya. Jika serangan sebegitu boleh membunuhnya,dia tidak perlu bersusah-payah untuk menggunakan kuasanya yang sekarang ini.

"Come Zahhak..i know you can do better than this..." ujar Ikhwan menyimpan pedangnya semula.

"Heh.." Zahhak tersengih dan tanpa sebarang isyarat,tumbukan padu daripadanya mengenai batang hidung Ikhwan.

"Apa?.." ujar Ikhwan dalam hati,terkejut dengan keadaan itu sebelum tercampak ke belakang.

"Hmph!" Zahhak sudah bergerak dan belum sempat Ikhwan jatuh,Zahhak menghempaskan Ikhwan dengan kuat sehingga hancur keadaan tanah di kawasan tersebut.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now