CHAPTER 90 : THREATS

1.9K 154 21
                                    

"Jadi Farhan tidak turut serta dalam peperangan ini?" Soal Solleh dan Ikhwan sekadar mengangguk.

"Jadi bagaimana seorang lagi?" Soal Solleh lagi.

"Amien? Dia join..." kata Ikhwan menjawab soal ayahanda dia.

"Nampaknya Lima Naga Elemen kurang seorang..." kata Solleh mengusap janggutnya.

"Ini memang bermaksud ayahanda izinkan Luqman turut serta...?" Solleh sekadar tersenyum mendengar soalan daripada Ikhwan.

"Yeah...diorang bukan selamanya budak kecil...usia mereka sudah boleh menjadi pahlawan..." ujar Solleh.

Pada mulanya Reezal tidak bersetuju untuk kedua anaknya menyertai peperangan,namun Solleh bertegas memerlukan bantuan dua remaja itu. Lebih-lebih lagi peperangan yang bertaruh keamanan negara,Reezal terpaksa akur dan Ikhwan pula sudah diberi arahan supaya mereka berdua di bawah jagaan Ikhwan.

"Kanda Reezal seperti kurang berpuas hati mengenai hal ni..." ujar Ikhwan ketika itu mereka berjalan melintasi kawasan taman.

"Itu normal bagi seorang ayah,Ikhwan..ayahanda pasti kamu akan faham bila ada anak nanti..." kata Solleh membalas kata-kata Ikhwan.

"Hehe...." Ikhwan hanya senyum hambar dikenakan oleh ayahandanya,sempat lagi...

"Datuk!...uncle!" Kedengaran suara gadis kecil memanggil mereka,Qisya berlari ke arah mereka. Ikhwan perasan seseorang belakang anak saudaranya,Alisa tersenyum berjalan mengekori gadis kecil itu.

"Alisa....." Ikhwan tersenyum memegang tangan Alisa,Solleh hanya tersenyum melihat gelagat anaknya dengan pasangannya.

"Datuk! Tengok!.." ujar Qisya merapatkan tangannya dan dilepaskan perlahan-lahan,ais terhasil dan Solleh terkejut begitu juga Ikhwan.

"Kuasa ais?" Soal Ikhwan menoleh Alisa.

"Tak...saya dapati Qisya ada dua kuasa...satu elemen air dan juga tanah..." balas Alisa.

"Awak yang ajar?" Soal Ikhwan lagi dan Alisa tersenyum.

"Saya cuma tunjukkan sahaja...tapi dia dapat tiru dengan mudah..." ujar Alisa dan Ikhwan sekadar tersenyum Qisya yang diusap kepalanya oleh Solleh.

BOOM...!!!!

Ikhwan terkejut apabila mendengar bunyi letupan serta gegaran yang kuat,dan dia dengan Solleh berpandangan kemudian dia berkejar menuju ke arah di mana bunyi yang kuat itu datang. Sebaik sampai satu kawasan tanah lapang berdekatan belakang istana,Ikhwan terkejut kerana melihat kesan letupan yang besar.

"Argh..!!" Ikhwan memandang ke arah suara tersebut,kelihatan Luqman menekup kepala dengan kedua tangannya.

"Pergh...teruk damage ni..." ujar Aminudden pula.

"Apa kita nak buat ni?!" Soal Luqman menoleh ke arah Aminudden.

"Mana aku tahu..." balas Aminudden selamba.

"Kau pun bertanggungjawab jangan nak lepas tangan..."

"Salah kau la bang degil sangat tak nak buat kat visual room..."

"Apa yang berlaku ni?" Soal Alisa sebaik menghampiri Ikhwan,dan terkejut melihat kerosakan pada tanah lapang itu.

"Mereka berdua berlatih Fusion Raid..." balas Ikhwan dan Solleh tiba dengan Qisya dalam dukungan yang bermain janggutnya.

"Mak aih...biar betul ni,habis belakang istana...kenapa diorang tak buat di bilik latihan?" Solleh merungut sambil memerhatikan dua beradik itu bertelagah.

"Ni kalau nampak pak cik Ikhwan habis kita kena telan tahu tak?!" Jerit Luqman bengang.

"Diorang ingat aku ni kanibal ke?" Soal Ikhwan kening sebelah kirinya terangkat,Alisa menekup mulutnya menahan ketawa dan kedudukan mereka tersorok sedikit sebab itu dua beradik itu tidak sedar kehadiran Ikhwan dan yang lain.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now