CHAPTER 24 : IKHWAN VERSUS IRIS

2.2K 153 2
                                    

Air sungai mengalir deras dan kemudian seseorang mencelupkan botol,untuk diisikan air semulajadi. Hujan telah berhenti Raven terduduk menyandar di pokok,melihat perempuan berhud itu mengisi air di dalam botol. Dia hanya memerhatikan perempuan berhud itu,kemudian mengalihkan pandangan ke arah langit.

Raven tersenyum sambil masih dongak ke langit,diperhatikan cuaca yang beransur cerah. Teringat semula keadaan dia berhadapan dengan Ikhwan,dia kemudian menghela nafas pendek. Perempuan berhud itu sedar perbuatan Raven,dan menuju ke arahnya lalu diberikan botol berisi air sungai.

"Thanks...." ujar Raven seusai meneguk air tersebut.

"You most welcome...." balas perempuan berhud itu tersenyum.

"Dalam masa beberapa bulan dia dah kuat sebegitu..." Raven bangun dari duduknya,dan meregangkan otot dengan menggerakkan tangannya.

"Awak risau ke?" Soal perempuan berhud itu.

"Tak sebaliknya aku berasa lega..." kata Raven sambil memakai semula cermin mata hitamnya.

"Hmm..." perempuan berhud terus hilang dari pandangan,Raven hanya beredar meninggalkan lokasi tersebut.

"Jika Ikhwan tahu perkara sebenar,bagaimana perasaan dia ye?" Raven bermonolog dan meneruskan langkahnya.

========================================================

"Bonda!" Iris menerpa Rumina yang mendepakan tangan menyambut kepulangan anak perempuannya,Ikhwan hanya memerhatikan bersama Alisa. Raffie serta Yusri turut bersama Rumina ketika itu.

"Iris! Kenapa tak hubungi bonda? Alih-alih dah sampai istana?" Rumina tidak henti-henti menyoal,Ikhwan hanya tersenyum melihat riak air muka bondanya kerisauan.

"Tak apa...abang Ikhwan kan ada...dia tengah berentap dengan Raven tadi...kebetulan anakanda dekat-dekat situ,jadi pergi tengoklah.." jelas Iris masih memeluk bondanya,Raffie dan Yusri menjeling ke arah Ikhwan.

"What? He's coming and i'm just payback...!" Seloroh Ikhwan berkata selamba,Alisa menekup mulut menahan ketawa.

"Yeah right..kembar saya ni sukakan cabaran..semakin susah semakin bertambah kuat dia jadinya..." Iris memandang sinis dan Ikhwan memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

"Adik nak cuba ke?" Soal Ikhwan tersengih dan Alisa pula terkejut dengan tindakan Ikhwan.

"Wuuhu....adik abang ni pantang dicabar...apa salahnya?" Iris tersengih dan kedengaran tepukan tangan oleh Yusri,Raffie menoleh ke arahnya.

"Wa..api lawan air...mana akan menang.." Yusri berkata mengapikan mereka.

"Isyh kamu Ikhwan...kan Iris baru balik ni?" Rumina cuba menghentikan mereka,Iris dengan segera memegang kedua bahu bondanya.

"Tidak apa bonda...anakanda dah puas berehat..." Iris menjeling ke arah abang kembarnya.

"Well this should be fun...." ujar Yusri sambil bersiul.

"Oi!" Raffie menggelengkan kepalanya kerana sikap abangnya.

========================================================

Bilik latihan visual

Ikhwan dan Iris sudah berada di bilik latihan visual,Yusri dan Raffie melihat dari pusat kawalan bilik latihan visual. Rumina hanya menggelengkan kepalanya,namun dia pada masa yang sama gembira di atas kepulangan Iris. Alisa mendekati monitor sebesar 70 inci,melihat Ikhwan yang tersenyum. Kot milik Ikhwan dipeluk erat,Rumina sedar tindakan Alisa dan sekadar tersenyum.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now