wanzeneth desk : RECAP

1.6K 124 29
                                    

Yo...Asalamualaikum dan salam sejahtera pada sahabat follower semua. Sihat hendaknya ye? Okay mungkin dah lewat untuk memberi penerangan,tapi peduli apa aku.(Jangan marah ya)

Jika korang nak.tanya mengenai dunia novel aku ni bertemakan dunia reality dan dunia fantasy. Sebab itu ada mengenai raksasa dan makhluk ghaib,serta runtuhan tinggalan purba. So sebab itu ada benda2 macam tu,ni aku amik.contoh dari final fantasy,DMC juga ada amik sikit tapi sikit la.Dunia novel aku bertemakan juga dunia magik seperti karya Hiro Mashima iaitu Fairy Tail. Ilham magik aku ambil dari dunia itu,tapi semua idea aku reka tulen daripada aku.

Kenapa aku berikan nama Mentari,sebab aku ambil ilham dari lambang matahari belakang baju Kyo Kusanagi dari game KING OF FIGHTER. Ikhwan pula aku amik perangai gabung Kyo dan K'dash. Jadi mulut dia ada masanya agak kurang ajar,dia jenis gentleman dan boleh hadap berapa ramai orang sekalipun. Nama Ikhwan dalam makna bahasa arab adalah persaudaraan,jadi dia pentingkan pertalian saudara. Sebab itu dia sedih apabila Zero Nightmare mati dibunuh oleh Zahhak Nightwing. Dia tidak akan maafkan sesiapa sentuh keluarga dan sahabat dia,dia tidak berkata formal dengan para kesatria dan juga pekerja yang berugas di istana.

Dia melatih dua orang anak saudaranya iaitu Luqman Reezal dan Aminudden Reezal,dia pada mulanya melatih mereka berdua dengan skil Tae Kwan Do. Selepas menyaksikan kelebihan masing-masing Ikhwan melatih mereka berdua berlainan skil pertahanan diri. Dia melatih Luqman dengan Tae Kwan Do sebab kepantasan kuasa elemen kilat,Aminudden pula dia ajar tinju dan juga Jeet Kune Do. Sebab skill Aminudden lebih mengikut Ikhwan,kerana dia turut menggunakan Jeet Kune Do dan Tinju Naga Purba.

Ikhwan juga mempunyai adik beradik lagenda jika di dalam novel ini,dari yang pertama atau sulung adalah Aswandy Solleh sekarang dia sebagai pemegang takhta negara Rembulan. Abang kedua pula adalah Reezal Solleh,dia jenis tegas biarpun dengan anaknya sendiri iaitu Luqman serta Aminudden. Reezal ada lagi seorang anak perempuan,Intan Faressa Reezal anak ketiganya. Isterinya pula Razeedah Ben turut mempunyai sifat yang hampir sama dengannya,tegas namun masih boleh bertolak ansur dengan anak-anaknya.

Yang ketiga adalah kakak,Reena Solleh dan seperti yang para pembaca sudah tahu dia palsukan kematiannya untuk menjalankan siasatan rahsia mengenai Black Cobra. Tetapi bukan itu sahaja dia bukan berseorangan,dia bersama bekas salah seorang dari 10 Guardian. Raven Nightmare abang kembar kepada Zero Nightmare,dia terpaksa menjadi seorang yang jahat untuk menjadikan Ikhwan Solleh kuat daripada kebencian kepadanya. Tapi gagal rasanya sebab apa? Korang sendiri tahu kan sebab apa..nanti aku cerita la

Keempat pula adalah Yusri Solleh dan diantara 7 beradik termasuk Ikhwan,dia ni paling bersikap optimistik iaitu tidak berfikiran negatif sangat. Dia lebih suka happy go lucky dan kerana itu dia berjaya mencipta teknik pembatalan semua kuasa. Kita pergi yang kelima iaitu Raffie Solleh dan aku ada ubah sedikit sikapnya,kadangkala dingin dan kadangkala pula boleh ceria serta mengusik adik beradiknya.

Keenam korang dah tahu jadi kita skip kepada ketujuh iaitu kembar Ikhwan,iaitu Iris Solleh dan dia sikapnya berlawanan dengan Ikhwan. Dia ceria dan rapat plus manja dengan Ikhwan,dan itu juga faktor Alisa boleh cemburu kerana jika orang tidak tahu perhubungan Ikhwan serta Iris pasti orang akan fikirkan mereka pasangan kekasih. Ayah dan ibu mereka pada tujuh beradik ini adalah raja kelima,Solleh Darius dan Rumina Syufa. (Psst..korang nak aku buat novel mengenai Solleh? Kalau nak sila komen di bawah okay?)

Baiklah itu serba sedikit penerangan pada Solleh Royal Family,juga kita teruskan pada watak penting iaitu Alisa Darweez. Dia asalnya seorang manusia yang menderita penyakit maut,dan rela dilakukan ujian oleh Professor Darweez (nama dia ni di setiap belakang cpu biology adalah kod) Dia selepas menjadi cpu-biology dikatakan terulung bersama dua lagi 'adik beradiknya' iaitu Zeo Dragneel dan Luna Dragneel. Terpisah dari mereka berdua kemudian dia dijadikan mesin pembunuh tanpa kerelaannya,memori lepas dia telah hilang kemudian semasa dipindahkan ada sedikit hantukan pada kepalanya menyebabkan dia hilang ingatan sebaik bertemu dengan Ikhwan.(aku rasa kuat kot hentakan tu..sebab tu hilang ingatan)

Kemudian dia berkenalan lama dengan Ikhwan,akhirnya terbit rasa sayang pada pemuda tersebut. Masing-masing turut berkongsi sama perasaan,tanpa pengetahuan Ikhwan dan Alisa bila meluahkan perasaan. Akhirnya mereka memang bercinta.(aku amik ilham hubungan mereka daripada percintaan Kira Yamato dan Lacus Clyne dari Gundam SEED & SEED Destiny). Alisa mula mengingati kembali ingatannya dan cuba memutuskan hubungannya,namun terima kasih dengan hantukan kepala Ikhwan(headbutt) dia terus bertenang dan menjadi dirinya sebelum menjadi mesin pembunuh.

Okay guys sini ada watak kecil aku tonjolkan rasanya korang ingat ke tak anak kepada Aswandy Solleh,Aeman Aswandy sebaya Luqman Reezal,Athira Nabella Aswandy sebaya Intan Faressa Reezal. Manakala Aina Najwa Aswandy berusia tiga tahun bawah Athira or Bella.

Kita beralih semula kepada Ikhwan Solleh dan Alisa Darweez,dalam cerita ini mereka sudah bertunang dan kalau kamu perasan dalam TALE OF THE WIND DRAGON,ada sebut nama anak mereka bukan? Tapi aku tak mahu beritahu di sini,aku akan sambung cerita ini tapi lain tajuk la. Termasuk cerita mengenai anak Ikhwan.

Cerita ini hampir ke penghujung siri,kerana aku tak larat nak panjangkan cerita dan buat sambungan tu boleh. Tapi ambil masa yang lama la,jadi jangan rush2 kerana bukan senang nak buat idea. Sila hormat karya orang lain dan jangan main copy cerita orang bagai,aku pantang orang macam ni faham?

Ini cerita yang aku bakal keluarkan tapi bentuk tulisan sahaja la....cover takde sebb ni cuma recap sahaja.

1. 10 GUARDIANS : PROTECTOR OF FORTRESS
2. TALE OF YOUNG FALCON : BATTLE SKY
3. CHRONICLES KAISER : THE NEXT BLAZE
4. DRAGON BLOOD (FANTASY)

Okay ini adalah next my novel,ini bukan macam CK sampai berpuluh kebanyakan tidak sampai or lebih dari 50 page. Short Story pula aku mungkin sampai 20 page ke atas,jika ada permintaan aku sambung ler...

Sebenarnya aku sign up Wattpad adalah jasa seorang rakan author AminKhai dan damn!! Aku dah mula teruja setiap membuat penceritaan,member aku siap pelik macam mana aku boleh tulis cerita macam ni. CHRONICLES KAISER THE BEGINNING & END OF EVERYTHING adalah novel terbaik aku karang....Aku tak hadap sangat menang or kalah,tapi aku suka membuat cerita haha....

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now