CHAPTER 34 : IKHWAN VERSUS SHADOW

2.2K 153 15
                                    

Ikhwan P.O.V

Aku menongkat dagu mendengar cerita dari Zeo,dan Luna pula sekadar menjadi pendengar. Jadi mereka bertiga ini adalah yang digelar manusia terulung? Kemudian aku menoleh ke arah Alisa yang tekun mendengar cerita daripada Zeo,Arjuma pula sekadar datang menghidangkan makanan yang dipesan oleh kami.

Askar manusia terulung,jika aku ingat balik perkara ini pernah disebut oleh Button bersaudara. Jika Black Cobra berjaya menciptakan askar kekuatan serupa Alisa,mungkin keamanan akan goyah jika kami tidak mengambil tindakan. Aku pandang ke luar membiarkan mereka bercerita,kadang-kala aku terfikir jika tidak bertemu Alisa apa akan jadi dengan aku? Obses dengan dendam rasanya.

Sejak aku bertemu dengan Alisa,perasaan dendam aku berkurangan dan jika bertembung dengan Raven aku tidak akan meluru membabi buta. Jika ditanya adakah aku sudah lupakan kak Reena,tidak aku tidak lupakan langsung mengenainya. Sampai bila harus aku hidup dengan dendam? Aku perasan Alisa memegang tangan aku,dia seakan mengetahui isi hati aku sekarang ini.

"Putera bongsu?" Zeo menegur aku,sekadar senyuman aku berikan.

"Yeah Zeo... aku berterima kasih sebab kau percayakan kami.." kata aku menundukkan kepala tanda hormat.

"Maksud putera?"

"Yelah jika kamu berdua tidak percayakan kami..mesti kamu berdua tidak biarkan Max membantu kamu bukan..." jelas aku sambil menoleh ke arah Max yang sedang bermain dengan anak Arjuma.

"You know what? Max hampir mati semasa kami selamatkannya...dia mengalami kecederaan teruk dalam dan luar badan...namun semangat juang yang tinggi membuatkan dia selamat...namun dia bukan lagi manusia..." tambah aku lagi.

"Kak Alisa....." Luna mula bersuara dan Alisa menunggu kata-kata Luna seterusnya.

"Luna?" Alisa mula hairan kerana Luna mula mengalirkan air matanya,lantas aku perhatikan Alisa segera mendapatkan Luna yang sedang menangis dan memeluknya.

"Kalau tidak silap kamu berdua ditugaskan melindungi Luqman bukan?" Aku menyoal dan Zeo mengangguk tersengih,aku agak terkejut dia boleh tersengih seperti itu. Tetapi itu merupakan berita baik,kerana aku tidak mahu askar aku kesemuanya berkhidmat dengan kami kerana terpaksa.

"Kau boleh senyum? Baguslah..."

"Putera bongsu jagakan kakak kami,itu dah cukup untuk kami..." kata Zeo menunduk tanda hormat,aku memandang ke arah Alisa yang sedang menenangkan Luna. Aku senyum dan bangun,Zeo hanya mendiamkan dirinya melihat aku segera ke pintu utama.

"Ikhwan?" Suara Alisa memanggil aku,lantas menoleh ke arahnya.

"Awak nak ke mana?" Soalan itu hanya senyuman aku berikan jawapannya,belum sempat Alisa berkata aku sudah meninggalkan restoran itu.

==========================================================

Alisa P.O.V

Aku terpinga-pinga apabila Ikhwan sekadar senyum,belum sempat aku memberikan kata-kata kedua dia sudah beredar pergi. Luna aku tolak perlahan-lahan,dan segera bangkit meninggalkan Zeo serta Luna.

"Kak Alisa?" Zeo kehairanan dan aku menoleh ke arahnya.

"Jika Zeo tak boleh kehilangan Luna...akak pun sama..." kata aku segera beredar meninggalkan restoran itu.

Sebaik sahaja aku keluar dari restoran itu,aku meninjau kawasan sekeliling. Kota ini begitu sibuk mustahil aku dapat cari dengan mudah,kenapa dengan Ikhwan ni? Tiba-tiba sahaja dia pergi macam itu sahaja.

"Awak kenapa keluar?" Suara Ikhwan kedengaran,aku segera menoleh dan terkejut.

"Ikhwan!" Ikhwan yang sedang duduk di meja luar restoran menongkat dagu.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now