CHAPTER 7 : L,A,I ARC ACT 2

2.4K 182 3
                                    

Kereta milik Nabill meredah kawasan jalan yang penuh lopak,namun terima kasih pada mode 4WD mereka tidak perlu risaukan mengenai hal itu. Hampir satu jam perjalanan mereka,kerana Nabill terpaksa memandu dengan perlahan. Kerana dia ingin mengelakkan keretanya dari rosak,sebab utama bahan gantian keretanya sukar dicari. Logic juga kerana kereta itu dari tahun 2015 pengeluaran,tapi bukan itu dia harus risaukan.

Selain untuk mengelak kerosakan,jalan pintas itu keadaannya begitu teruk. Lopak air sedalam separuh kaki,dan kawasan tanah yang terhakis. Permukaan yang tidak rata,biarpun mod keretanya sudah flexible. Tetapi kerosakan boleh sahaja berlaku,sepanjang perjalanan tangan Nabill berada di kawasan gear.

"Jalan memang teruk macam ni ke?" Soal Aminudden menjengah ke depan.

"Ye la....cuma ada jalan ni je ke?" Soal Luqman pula.

"Tak...ada jalan lain..." mereka bertiga tergamam,apabila Nabill menjawab.

''Dah tu guna jalan sini kenapa?!" Aminudden seperti bengang.

"Kalau guna jalan satu lagi leceh..." Intan mula bersuara,Luqman dan Aminudden menoleh ke arahnya. Nabill pula sekadar tersengih.

"Kenapa pula...?" Aminudden duduk semula di kerusi belakang.

"Macam yang kita tahu,jika misi memerhati ni..mesti la ada laporan mengatakan ada benda yang tidak elok di kawasan yang dilaporkan itu bukan?" Intan berhujah panjang.

"Okay.....teruskan.." Luqman memberi isyarat.

"Mesti jalan ke kampung ni dikawal rapi bukan? Kecuali jalan pintas ini...kita akan berdepan masalah jika berjumpa polis..lagi satu....." Intan menghentikan kata-katanya.

"Lagi satu per?" Soal Aminudden ingin tahu.

"Abang Nabill perasan bukan?" Soal Intan pada Nabill.

"Ya....ada sesuatu memerhatikan kita sepanjang perjalanan..." Luqman terus melihat ke luar,kepala toleh kiri dan kanan.

"Abang...! Buat cam biasa je la,nanti benda tu tahu kita sedar kehadiran dia..." Intan memberi amaran.

"Jadi kenapa tak beritahu awal-awal?" Soal Luqman menoleh ke arah Nabill.

"Sebab benda tu tak buat apa-apa lagi..." terang Nabill dan Luqman hanya menyandar,dan memegang rambut putihnya.

"Aku ada hantar scout drone...nanti ada la tu...mana tahu harimau ke per..." ujar Nabill nak sedapkan hati masing-masing.

"Hmm,harap harimau je la...jangan ada yang pelik-pelik" kata Aminudden berseloroh,Luqman dan Intan memandang ke arahnya.

"What?''

Kereta milik Nabill berhenti di satu kawasan yang agak lapang,kemudian Nabill menekan satu butang di alat kawalan. Luqman dan dua lagi adiknya melihat dengan penuh minat,kepala masing-masing ingin bertanya apa yang dilakukan oleh Nabill?

Camouflage on!

Suara android berbunyi lagi sekali,dan juga tiga beradik itu berpandangan antara satu sama lain. Kemudian Nabill membuka pintu dan keluar dari kereta,Mitsubishi Evo 10 masih lagi dalam bentuk kenderaan pacuan empat roda.

"Eh? Kereta transformed jadi lain...!" Aminudden berkata sebaik sahaja keluar dan menoleh ke belakang,ke arah kereta.

"Ye la....memang camouflage..." ujar Intan melihat keadaan penyamaran kereta itu.

"Pandai abang ubahsuai?" Luqman menyoal sambil memeluk tubuhnya.

"Kota jagaan aku dikenali kota gadget...takkan la aku nak jaga dengan tengok je..." balas Nabill tersengih,Luqman sekadar mengangguk faham.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now