CHAPTER 55 : CHILDPLAY

2K 177 22
                                    

Malam itu agak sunyi dan tiada bunyi cengkerik atau sewaktu dengannya,Aminudden sudah tidur nyenyak lama. Jamel hanya menjengah melihatnya,kemudian sekadar menggelengkan kepalanya. Dia bagai tidak percaya wujudnya dunia lain,dulu semasa kecil perkara ini pernah diberitahu oleh ketua puaknya mengenai wujudnya dunia lain. Seperti tidak masuk akal jika difikirkan,kemudian dia terfikir keadaan Jane.

"Aku harap dia tidak merajuk..." ujar Jamel menghela nafas pendek,lalu baring dan tidur.

Khemah Ikhwan dan Alisa pula berlainan kerana Ikhwan tidak dapat tidur,Alisa hanya melihat Ikhwan yang sedang memeriksa sesuatu pada telefon visualnya. Entah apa yang dicari olehnya,Alisa sekadar tersenyum lalu mendekatinya. Kepalanya diletakkan pada bahu kiri Ikhwan,terkejut dengan tindakan Alisa itu Ikhwan sekadar mengusap kepalanya.

"Can't sleep yet?" soal Alisa dan Ikhwan sekadar tersenyum.

"Ha'ah...jika saya berada di tempat baru atau tidak dapat dikenal pasti..memang perkara biasa.." balas Ikhwan dan Alisa seperti risaukannya.

"Jangan risau..paling biasa satu hari je..lepas tu saya dah okay.." ujar Ikhwan menoleh ke arah Alisa,kepala Alisa diusap perlahan olehnya.

"Sudah la...tu,awak masuk tidur dulu..okay?" pinta Ikhwan lembut dan Alisa senyap.

"Eh...? La...dah tidur? Adoi....hmm" Lantas Ikhwan meletakkan Alisa disebelahnya,kemudian selimut ditarik untuk menutupi tubuh Alisa.

"Sleep well my queen..."

Matahari terbit dengan cerah pagi itu,Aminudden menggeliat kemudian menyedari Jamel masih lagi lena. Lantas dia segera keluar dari khemah,dia perasan Ikhwan sedang berdiri merenung ke arah kawasan matahari terbit. Dia perlahan-lahan menghampiri Ikhwan,menyedari dengan kehadiran Aminudden,Ikhwan sekadar tersenyum menoleh ke arah anak saudaranya.

KRAHH......

"Huh?" Ikhwan dan Aminudden menoleh serentak,beberapa makhluk pelik muncul di hadapan mereka.

"Apa pula pagi-pagi ni.." Rungut Aminudden.

"Am...!"

"huh?"

"Care to morning exercise with uncle?"

"With my pleasure..hahah"

Alisa bangun dari tidurnya dan menoleh di sebelahnya,Ikhwan sudah tiada di sebelahnya lalu dia bangun keluar dari khemah. Dia menggosok matanya kemudian menyedari Ikhwan sedang mengibaskan tangannya yang sedang membara api merah,Aminudden pula sedang menghentak makhluk yang terakhir.

"Pagi-pagi dah muncul..haih" rungut Aminudden.

"Okay la tu..ada gak bahan nak buat senaman pagi" kata Ikhwan menepuk bahu anak saudaranya,Alisa sekadar tersenyum melihat Ikhwan yang sedang bergurau dengan Aminudden.

"Pagi...hoah...." Jamel keluar dari khemah dengan muka mengantuknya.

"Lambat betul kau bangun..matahari dah terbit awal dah.." ujar Ikhwan mencekak pinggang sebelah tangan.

"Ahahah....korang sempat pulak tibai natang tu..pe? Pelik semacam..." kata Jamel menudingkan jarinya pada makhluk yang bergelimpangan di hadapan Ikhwan serta Aminudden.

"Entah la...aku mana la tahu natang tempat dunia ni.." jelas Ikhwan menoleh ke arah makhluk yang ditumbangkan olehnya,kemudian Ikhwan mengaktifkan api biru lalu membakar makhluk yang sudah tidak lagi bernyawa. Pada masa yang sama juga,Isabelle yang sedang duduk bersantai menghirup udara pagi yang segar mengesan kuasa tersebut.

"That power again..." gumamnya perlahan.

"Baiklah...korang shall we move?" ujar Ikhwan selepas membakar habis makhluk tersebut.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now