CHAPTER 33 : ZEO AND LUNA

2.1K 142 12
                                    

Pandangan gelap dia mula beransur terang,matanya sedikit demi sedikit terbuka. Lampu menyuluh membuatkan dia melindunginya menggunakan tangan,dan selang beberapa minit matanya sudah terbiasa dengan barulah diturunkan tangannya. Dia menyedari seseorang sedang tekun bekerja di meja,dia menyedari berada dalam balang kapsul yang agak besar. Lelaki yang tekun itu menoleh ke arahnya,dia terkejut apabila melihatnya bangun.

"Kau sudah bangun Zeo....wah..." ujar lelaki berusia sekitar 40an.

"Aku di mana ni?" Soal lelaki dipanggil Zeo,menoleh kiri dan kanan. Lalu dia melangkah keluar dari balang kapsul itu,dia meninjau keadaan sekeliling.

"Kau berada di makmal persendirian aku,..syukur kau selamat..." lelaki itu tersenyum dan kembali pada mejanya,Zeo memerhatikan lelaki itu membuat kerjanya.

"Ouh ye Zeo...kau pergi lah pakai baju...tu ada dalam almari itu..tak elok berseluar dalam sahaja..." tambah lelaki itu tersenyum,dia menyedari keadaannya dan berjalan ke arah almari yang berdekatan dengannya.

Dia segera membuka almari itu,baju kot hitam dan kemeja putih serta seluar hitam. Dia mencapai dan memakainya,lelaki itu tidak mengendahkannya dan terus membuat sesuatu komputer ribanya. Dia menoleh ke arah satu tempat,dua balang kapsul yang sama ditenung olehnya. Seorang gadis berambut hitam,dan seorang lagi adalah Luna.

"Itu adalah bakal partner kau..." katanya menunjukkan ke arah Luna,Zeo mendiamkan diri dan sekadar merenung Luna yang tidur lena di dalam kapsul itu.

"Dan ini?" Zeo menudingkan jarinya ke arah balang kapsul yang satu lagi,Alisa?

"Itu......" lelaki itu tidak meneruskan kata-katanya.

"Siapa kau? Dan siapa aku?" Soal Zeo bingung.

"Bertenang Zeo Dragneel..." lelaki itu berkata dengan tenang,Zeo menoleh ke arahnya.

"Dragneel?"

"Yeah itu nama penuh kau..." kata lelaki itu tersenyum.

"And you?"

"Me? I'm Darweez...you may call professor Darweez..." kata lelaki bernama Darweez itu,Zeo mengangguk mula memahami keadaan.

"I'm not a human?"

"Not a human? No...no...you surpass them...you are ultimate human...both three of you...." kata professor Darweez mendepakan tangannya,Zeo menoleh ke arah Luna dan Alisa.

"For what reason? Evil?" Soal Zeo tanpa selindung.

"No..please don't think like that....i do because for sake of humanity..for the better world..." jawab professor Darweez tersenyum mesra,Zeo tersenyum tanpa sedar dan ini mengejutkan dia.

Beep!! Beep!!

Bunyi amaran mengenai sesuatu kedengaran,professor Darweez terkejut dan tersengih. Zeo tidak faham dengan keadaan itu,dia mendekati professor itu.

"Bagus Zeo...your partner has awake...." sebaik sahaja professor itu berkata,salah satu kapsul gergasi itu berbunyi dan terbuka.

Zeo menghampiri kapsul itu,kapsul itu terbuka sedikit demi sedikit. Gadis bernama Luna itu mula membuka matanya,Zeo tergamam melihat ke arah gadis tersebut. Hatinya berdebar dan dia sendiri tidak pasti apakah perasaan itu,dia juga turut bangun kali pertama. Professor Darweez tersenyum melihat reaksi Zeo,Luna bangun dari tidurnya dan wajah pertama dia lihat adalah Zeo.

"Zeo....." ujar gadis bernama Luna itu.

"Luna...." Zeo tergamam dan menghulurkan tangan pada Luna,tangan Zeo dicapai oleh Luna dan perasaan yang berlainan dirasai oleh Luna. Tanpa diduga Luna memeluk Zeo,berlainan dengan Zeo. Luna sudah siap dipakaikan pakaian,Zeo hanya tersenyum dan membalas pelukannya. Professor Darweez sekadar tersenyum,dan menoleh ke arah kapsul satu lagi.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now