CHAPTER 14 : SIBLINGS TRAINING

2.3K 167 2
                                    

Aminudden ternyata terkejut dengan teori Ikhwan,dia ternganga mulutnya luas dan kemudian menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Luqman hanya mampu tergamam,ibu saudaranya masih hidup. Alisa mendengar dari tepi,dia tidak mahu masuk campur perbincangan mereka.

"Mengarut la cik...tak mungkin..." ujar Aminudden.

"Dah tu kau nak cakap,orang itu klon...?" Luqman mencelah dan Aminudden hanya terdiam kemudiannya.

"Or maybe...that person 5 years ago,is a clone?" Ikhwan memberi telahan sambil memeluk tubuhnya.

"Tapi nak klon dalam 100% sama,agak susah cik..." ujar Luqman menggaru dagunya.

Ikhwan mendiamkan dirinya,melihat reaksi dua anak saudaranya yang sedang pening fikirkan hal ini. Dia sekadar tersenyum kemudian kepala mereka,dia usap dan Luqman serta Aminudden tersentak.

"Korang pergi berehat dulu...nanti malam lepas isyak cik ajar skill baru..." ujar Ikhwan tersenyum,kemudian mendengar ayat 'cik ajar skill baru' mereka terus tersengih.

"BAIK!!" Jerit mereka berdua berlari meninggalkan Ikhwan dan Alisa,kemudian lengan bajunya ditarik.

"Alisa?"

"Ikhwan...." panggil Alisa pendek.

"Ya?"

"Teknik pedang awak tadi,semasa lawan salah seorang 6 Cobra Knight...boleh ajar pada saya?" Ikhwan terkejut dengan permintaan Alisa.

Bilik Latihan Visual.

Ikhwan menekan beberapa butang pada alat kawalan,kemudian muncul latar belakang berada di kawasan gurun. Alisa membesarkan matanya,kagum dengan teknologi dan Ikhwan sekadar tersenyum melihat reaksi Alisa.

"Alisa..." sebaik mendengar panggilan Ikhwan,Alisa menoleh dengan tiba-tiba dia menangkap senjata dengan secara tidak langsung.

"Eh?"

"Shall we start?" Ikhwan berkata sambil tersenyum,dan memasuki bilik latihan tersebut. Alisa menganggukkan kepala,dan menyusul Ikhwan daripada belakang.

Pada masa yang sama,Yusri yang menggeliat menahan mengantuk dia menyedari Ikhwan berada di bilik latihan. Dia tersenyum apabila Alisa turut bersamanya,Raffie pula yang baru sahaja memasuki bilik kawalan kamera tertutup itu.

"What are you doing?" Soal Raffie hairan.

"Meh ar sini tengok..." ujar Yusri tersengih.

"Apa halnya ni...hmm? Ouh..." Raffie melihat ke arah skin monitor,di mana kamera menunjukkan Ikhwan sedang mengajar Alisa berpedang.

"Woo...she quick learner..." Raffie terkejut dan Yusri tersenyum.

"That techniques....Ikhwan teach that techniques?" Raffie seperti tidak percaya apabila Ikhwan mengajar teknik Alisa.

"Well we can't live in the past..." ujar Yusri menggeliat dan menggaru kepalanya.

"Tak cukup tidur ke bang?" Soal Raffie mengangkat sebelah keningnya,Yusri sekadar tersengih dan Raffie hanya menggelengkan kepala.

Ikhwan menunjukkan cara setiap gerakan teknik pedang,Alisa melihat dengan teliti dan dia cepat belajar. Teknik pedang yang Ikhwan tunjukkan,adalah teknik bermain pedang milik Reena. Kerana bagi Ikhwan,Alisa dan Reena mempunyai kuasa yang sama,iaitu aura dingin serta elemen air.

"Seperti ini...kena kuatkan pada daya tolakan tangan.." Ikhwan menusuk angin bertalu-talu,kemudian dia menoleh pada Alisa.

Ikhwan menyambung semula ajarannya,dan melakukan teknik tujahan kemudian pedang dihayunkan ke atas. Alisa tergamam dengan gerakan Ikhwan,dia tersenyum melihat setiap gerakan itu. Lembut namun amat berkuasa,teknik tujahan pedang fencing.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now