CHAPTER 84 : IKHWAN VERSUS KENNEDY

1.8K 143 29
                                    

Pedang meluru ke arah Kennedy dengan laju,dengan tindakan pantas berjaya membuat perisai melindungi dirinya. Ikhwan terkejut dan tersenyum malah kali ini ada yang berjaya menahan serangan pedangnya,lantas Ikhwan menolak serangan Kennedy ke tempat lain lalu letupan akibat serangan milik Kennedy yang dialihkan itu. Mungkin itu yang Amien dengar selepas dia letupkan mesin besar itu,

"Alright Ken bring it up..!" ujar Ikhwan sambil melenyapkan pedangnya

"Grr....." Kennedy mengetap bibirnya dan dia terasa mula marah.

"What are you scare....?" ujar Ikhwan lagi sambil menyalakan api merahnya membara,Pyro pula sudah membuka matanya dan dia tahu Ikhwan akan bekerjasama dengannya.

"Wait Pyro....." ujar Ikhwan dan Pyro hanya tersenyum sahaja.

"I'll wait my lord....." ujar Pyro perlahan dan Ikhwan tersenyum,kali ini matanya menyala berwarna merah dan Farhan sedikit terkejut kerana itu kali pertama dia melihat Ikhwan seperti itu.

"Wan?" soal Farhan memanggil namanya.

"Apa?" soal Ikhwan kembali menoleh ke arahnya.

"Kau okay ke?" soalan Farhan dibalas senyuman oleh Ikhwan dan dia kembali memandang ke arah Kennedy semula,Kennedy pula merenung bengis ke arah Ikhwan dengan pandangan tajam.

"Kau nak serang tu serang saja la...tak payah nak tunjuk muka macam tu..." ujar Ikhwan dan Kennedy terkejut lalu tersengih licik,dengan sepantas kilat tangannya sudah mencengkam muka Ikhwan dan membawanya keluar dengan merempuh dinding papan gudang itu.

"Wan...!" Farhan cuba mengejar namun muncul beberapa orang berpakaian ala-ala ninja mengepung dia dan Harris serta Mai,Farhan mengeluh dan mengepalkan penumbuknya.

"I guess you have to wait Ikhwan..." ujar Farhan dan tidak membuang masa menyerang ke arah para ninja itu,Harris dan Mai turut membantunya.

Ikhwan mukanya masih lagi dicengkam dan Kennedy mencampakkan dia kemudian melanggar batu berhampiran gunung,Ikhwan menahan kesakitan dan serangan Kennedy tidak terhenti di situ lalu meluru ke arahnya serta melakukan tumbukan bertubi-tubi. Kennedy tidak memberi ruang pada Ikhwan untuk mengambil nafas,agak teruk dilakukan dan Kennedy menarik tumbukannya tanda ingin melakukan serangan penamat. Terukir senyuman sinis pada mulut Kennedy dan melepaskan serentak tumbukannya,namun dengan tiba-tiba Ikhwan bertindak menahan tumbukannya.

"Apa...?" Lantas Kennedy berundur beberapa tapak ke belakang.

"Kecederaan dia sebegitu tidak mungkin buatkan dia bergerak..." ujar Kennedy masih lagi terkejut dan Ikhwan sekadar menunduk,matanya merenung tajam ke arah Kennedy dengan pandangan membunuh yang begitu kuat dayanya.

"Not bad Kennedy...you grew stronger..." ujar Ikhwan sambil mengesat darahnya pada mulut,dia tersenyum dan menjeling ke arah gudang yang agak jauh dari tempatnya berada sekarang ini.

"Good..kau bawa aku ke sini jadi tak ada masalah aku nak going all out.." ujar Ikhwan dan badannya diselubungi api merah,bahang mula terasa dan Kennedy tidak faham maksud Ikhwan.

"Pyro......" ujar Ikhwan merenung ke arah Kennedy.

"As you wish my lord....." ujar Pyro dan ketika itu Karma sekadar tersenyum.

"Mati la budak tu...." seloroh Karma berbicara kemudian tidur semula.

Ikhwan dan Pyro tidak mahu berbicara,kemudian api merah semakin marak lalu sedikit demi sedikit rambut Ikhwan berubah warna api kemerahan. Amien yang menyaksikan pertarungan itu hanya mampu tergamam kerana itu adalah perubahan Ikhwan yang pertama kali dia lihat,malah aura kuasanya begitu kuat dan sama kuat dengan api biru milik Ikhwan.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now