CHAPTER 63 : DRAGON TEARS

2.1K 173 39
                                    

Zero memandang keadaan bandar yang sibuk dari sebuah bangunan pencakar langit,ramai yang berpusu-pusu untuk melakukan tugasan harian. Angin bertiup lembut dan Zero mendongak ke atas,jika keamanan berterusan seperti ini bukankah bagus? Zero berkata sendirian dan dia menghela nafas pendek mengeluh,tangannya menggigil sedikit adakah kerana penyakitnya?

"Berapa lama lagi aku dapat menghirup udara ni..." ujar Zero sendirian dan meregangkan ototnya.

"Apa yang awak merepekkan tu?" Suara Maria menegurnya dan Zero terkejut lantas menoleh.

"Maria? Awak buat apa dekat sini?" Zero menyoal Maria yang berjalan menghampirinya.

"Cari awak la apa lagi...tiba-tiba hilang macam tu saja..." ujar Maria tersenyum sambil memegang pipi Zero.

"Maaf la...saya lebih suka sendiri.." ujar Zero pula dan Maria sekadar menggelengkan kepalanya.

"Ouh ya..saya dengar putera muda kedua-dua sudah discharge keluar pagi tadi..." tambah Maria lagi menoleh ke arah Zero.

"Ah ye betul...putera bongsu yang jemput mereka berdua..." tambah Zero pula tersenyum.

"Putera bongsu memang rapat dengan mereka berdua kan?" Maria berkata sambil tersenyum.

"Betul tu...sejak saya sertai kamu semua,mereka berdua memang ikut putera bongsu ke mana sahaja..." tambah Zero tersenyum.

"Yeah sekarang mereka berempat pula...err..." Maria menghentikan kata-katanya dan Zero menoleh ke arahnya.

"Miss Alisa? Thanks to her...prince back to himself.." ujar Zero.

"Emm...yeah..." Maria menundukkan kepalanya dan dia mula terasa bersalah.

"Jangan la risau...putera bukan jenis simpan dalam hati..." kata Zero memegang dan mengusap kepala Maria.

"Thanks Zero...." ujar Maria muka mula merah,mereka berpandangan dan bibir hampir bertaut.

BOOMMMM!!!

"What the heck was that?" Luqman menyoal apabila merasakan gegaran yang kuat dari biliknya,Aminudden hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ikhwan?" Alisa menyoal Ikhwan yang segera berdiri sebaik gegaran itu berlaku.

"Now i have a bad feeling.."

"Zero that building!" Maria menudingkan jarinya pada bangunan yang sedang berasap,Zero memerhatikan bangunan tersebut.

"Hmm?" Zero terlihat susuk tubuh berdiri di sebalik asap tebal.

"Ada orang.." ujar Zero menekan butang pada cermin matanya supaya dapat melihat dengan lebih dekat.

"Mangsa ke?" Soal Maria.

"Bukan....itu adalah...." Zero terkejut apabila lambang Black Cobra tertera pada baju orang itu,sebaik sahaja dia dapat lihat dengan jelas hasil bantuan cermin matanya.

"Musuh...." Maria membulatkan anak matanya,kemudian menarik keluar cemeti yang disangkut pada pinggangnya.

"Are you ready Maria?" Zero menyoal dan Maria sekadar mengangguk,lelaki itu yang berdiri dalam bangunan diletupkan sebentar tadi sedikit demi sedikit mula jelas wajahnya.

"Hmm...kantoi pulak..." ujar Zack mengusap dagunya apabila menyedari dua orang dari ten guardian berada bangunan satu lagi di hadapannya.

"Ah...baik aku blah...kalau seorang lagi sampai teruk..." ujar Zack melompat keluar dari bangunan yang diletupkan olehnya. Penghuni di dalam kebanyakannya cedera parah,ada beberapa tempat dimusnahkan.

"Dia nak larikan diri...!" Maria menjerit dan Zero segera mengejar Zack,Maria menyusul dari belakang.

Zero mengaktifkan bara apinya dan terus membaling ke arah Zack,namun dapat dielak dengan mudah oleh Zack.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now