CHAPTER 21 : SARCASM HUH?

2K 158 13
                                    

Ikhwan mengilas tangan salah seorang daripada mereka,satu tumbukan tepat mengenai muka. Tercampak jauh dan menyerang seorang demi seorang,amukan Ikhwan tidak akan dapat dihalang sehingga habis kesemua orang yang ingin membunuhnya.

Salah seorang daripada mereka ingin membalas,namun diberi hadiah tendangan tepat pada kemaluannya. Iris mencampakkan penyerang itu dan hampir mengenai orang berhud yang memegang busur,Ikhwan kemudian menghentak tanah lalu tekanan diberi dan api yang marak menyambar musuh yang ramai.

"Abang!" Iris memanggil Ikhwan,sambil menyandar belakang badan abang kembarnya.

"Dragon arts style...Roaring Flame!!!..." Semburan nafas api keluar dari mulutnya. Ikhwan tidak memperdulikan panggilan adiknya,ternyata dia masih berkecil hati dengan Iris.

"Fokus...!" Tegas Ikhwan dan mengatur nafas,penumbuk dikepal lalu dilepaskan bertalu-talu pada salah seorang musuh.

"Abang...." Iris hanya menurut,Ikhwan yang sedang fokus bertarung jangan diganggu.

"Hmph...!" Mulutnya dikembungkan pada kedua-dua belah pipinya,lalu dilepaskan semburan nafas api yang marak.

"Hiak...!" Iris melepaskan tamparan pada muka salah seorang daripada musuh yang ramai,air berterbangan di udara dari bentuk normal berubah objek tajam.

"Hiah!!" Iris menyerang seorang demi seorang penyerang,dia menyedari semakin ramai yang datang. Ikhwan pula mendesah dan mereka mula terasa penat,dan pada masa yang salah seorang musuh menerpa ke arah Ikhwan.

"Alamak...." Ikhwan terkejut dan tidak sempat untuk mengelak,namun seseorang muncul dan memegang kepala musuh tersebut lalu diberi penumbuk padu. Ikhwan terduduk akibat impak tumbukan tersebut,orang berjubah serta berhud yang memegang busur terkejut.

"Putera dan puteri bongsu tidak apa-apa?" Raven menyoal sambil tersenyum,Jamel pula turut muncul di sebelah Iris.

"Lambat betul korang datang...terima kasih.." ujar Ikhwan sambil dipapah oleh Raven,Jamel tersenyum dan Iris menarik nafas lega.

"Hanya tambah dua orang,itu tidak mengubah apa-apa..." ujar orang berhud dengan memegang busur.

"Kau pasti ke tambah dua?" Jamel tersenyum sinis dan orang yang memegang busur itu,menyedari berpuluh bilah pedang terapung mengelilingi mereka. Orang yang memegang busur itu terkejut,puluhan bilah pedang bertambah menjadi ribu. Raven hanya mendiamkan diri,sambil memapah Ikhwan dan Reena muncul melompat dari atas lalu mendarat di sebelah Iris.

"Akak...." Ikhwan hanya tersengih melihat Reena muncul,Iris pula memeluknya dan Reena pula merenung si pemegang busur.

"Saya bagi dua pilihan...pertama ikut saya balik ke istana...atau kedua,ikut dengan cara paksaan..." kata Reena tegas dan menggerakkan tangannya,ribuan bilah pedang itu bergerak dengan mensasarkan ke arah pemegang busur.

"Hmm...dua-dua pun aku tak berminat.." kata si pemegang busur,dan mengacukan anak panah ke arahnya. Raven terus dengan pantas mengilas tangan si pemegang busur,dan mematahkan busur tersebut.

"Black Cobra will rule the world..." ujar pemegang busur sebelum menghilangkan diri daripada pegangan Raven,manakala musuh yang lain segera melarikan diri.

"Black Cobra?" Jamel menggaru dagunya yang tidak gatal,memikirkan nama yang tidak mereka kenal.

"Tedung Hitam?" Jamel hanya mendongak ke atas langit,untuk berfikir.

"Raven?" Reena menyoal Raven.

"Bunyi macam sindiket...ataupun organisasi..." jawab Raven mengambil busur yang baru sahaja dipatahkan olehnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now