CHAPTER 82 : INFILTRATION SUCCESS

1.8K 142 1
                                    

Kereta merah milik Ikhwan terbakar akibat terkena bom angkara seorang lelaki misteri yang berada di hadapannya,Farhan dan Amien mengambil keputusan untuk tidak akan campur tangan kerana Farhan benar perangai sepupunya. Lelaki tersebut mendepakan tangannya tersenyum ke arah Ikhwan,putera yang berada di hadapannya hanya merenungnya tajam tanpa bersuara sepatah pun. Hatinya menahan kemarahan kerana kereta kesayangannya diletupkan begitu sahaja,malah itu adalah hadiah daripada kakaknya iaitu Reena.

"Hahaha....marah ke putera..meh la serang aku.." ujar lelaki itu melambaikan tangannya tanda melakukan provokasi ke atas Ikhwan.

"Siapa kau sebenarnya? Dah lama hidup ke kau?" soal Ikhwan bertubi-tubi.

"Hahaha....sudah la putera,jangan nak berlagak kuat..mungkin dengan Ron...kau boleh main-main tapi jangan dengan aku...Gilbert,the God of the Earth..." ujar lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Gilbert,dan Ikhwan terus menekup mukanya dengan tangan kanan.

"Seorang lagi badut terlepas..." ujar Ikhwan dan Farhan serta Amien menekup mulut ingin menahan daripada ketawa.

"Apa kau kata......" Gilbert mula berang dengan kata-kata Ikhwan.

"Aku kata kau ni badut,memperbodohkan diri mengatakan kamu itu adalah dewa? Tolonglah bangun hari dah senja ni...." ujar Ikhwan selamba.

"Kurang ajar....." Gilbert mula berang dan mengepalkan penumbuknya.

"Hehe...nak buat Ikhwan marah,alih-alih dia yang marah...kikiki..." ujar Amien dari belakang bersama Farhan yang tersenyum sinis.

"Kamu semua yang kurang ajar...mendakwa diri tu dewa? Jangan buat aku ketawa..." kata Ikhwan dan Gilbert tiada lagi kata-kata,dan terus meluru ke arah Ikhwan.

"MATI!!!" Jerit Gilbert.

Ikhwan terus bergerak dengan pantas lalu menumbuk muka Gilbert,Farhan dengan Amien bersiul kagum dan Ikhwan terus menumbuk perut Gilbert. Menyebabkan Gilbert berundur ke belakang sambil memegang perutnya yang sedang senak,dia mendongak kepalanya melihat ke hadapan dan terkejut kerana Ikhwan sudah meluru ke arahnya dengan api birunya yang membara pada tangan kanannya.

"Ha....?" Gilbert mula menggigil ketakutan apabila Ikhwan yang dilihatnya seperti seekor naga meluru ke arahnya.

"Aku tak berlagak...." ujar Ikhwan menumbuk dan menyepak Gilbert berkali-kali.

"Tapi aku memang kuat!" ujar Ikhwan menumbuk dengan kuat pada perut Gilbert,menyebabkan lelaki itu menahan senak dan berundur sekali ke belakang beberapa langkah.

"Dragon Blaze Arts Style..." api birunya semakin membara dengan marak.

"DRAGON HORN!!!" Satu tumbukan berapi yang amat kuat hinggakan Gilbert tercampak jauh dan menghentam dinding jalanraya,Gilbert sudah tidak lagi bernyawa dan Ikhwan hanya memadamkan apinya.

"See? Already dead....that what you get when you blow up his car..." ujar Farhan tersengih selamba dan Amien hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Sekarang aku kena terbang..malas betul la..." rungut Ikhwan mendekati Farhan dan Amien.

"Sabar bro...kita terbang je la...." cadang Farhan dan Ikhwan serta Amien berpandangan,kemudian terbang dengan laju menuju ke arah tempat dipanggil Forgotten Island.

Farhan terbang di hadapan Ikhwan kerana dia lebih arif mengenai pulau dilupakan itu,Amien pula banyak mendiamkan dirinya. Ikhwan menyedari satu objek dari arah bertentangan,kemudian objek itu bersinar dan Ikhwan segera terbang ke arah Farhan dengan laju. Tembakan laser dilancarkan oleh objek tersebut,mujur Ikhwan bertindak pantas kalau tidak Farhan dah masuk lubang kubur.

"Woo.....thanks cousin!" ujar Farhan melihat serangan laser tersebut,Amien pula turut sempat mengelak dari serangan tersebut.

"Apa tu?" soal Farhan.

"Nampaknya pihak musuh sudah tahu kehadiran kita..mungkin pasal kes Gilbert tu.." ujar Ikhwan memandang ke arah objek tersebut,bentuk mesin seperti patung itu dan terapung di atas udara.

"Kita musnahkan benda tu dulu..." ujar Ikhwan.

"Gila ke? Besar kot?" Protes Amien dan Ikhwan serta Farhan serentak menolehnya.

"Kau dah lupa ke kita ni siapa?" Farhan menyoal sinis.

"Five Elements Dragon Spirit.." ujar Amien mengetap giginya.

"Kita naga kan? Lets go.." kata Farhan sebelum menyusul Ikhwan yang sudah meluru ke arah mesin tersebut,dan ia adalah alat pertahanan untuk melindungi pulau itu.

"Haih..korang.." ujar Amien dan menyusul mereka.

Mesin berbentuk patung besar itu mengesan penceroboh dan beberapa senjata keluar,lalu menembak ke arah mereka bertiga. Ikhwan dan Farhan serta Amien mengelak tanpa sebarang masalah,kemudian Ikhwan segera menembak ke arah salah satu senjata yang dipasang pada mesin tersebut.

BOOOMMM...!!!!

"Yeah...cun!" Sorak Farhan dan menyeru sebilah pedang,Wyvern Sword dan menghayunkan libasan ke arah mesin yang sedang menembak ke arah mereka.

ZWOSSHH....!!!

BOOMM....!!!

Amien pula mengatur langkahnya,dan Ikhwan tersenyum mengenali simbol bulatan magik yang diseru oleh Amien. Pada masa yang sama,seseorang sedang memerhatikan pertempuran itu dari jauh. Lelaki berhud bersama seorang gadis bertopeng,Amien merapatkan kedua telapak tangannya dan bulatan magik itu bercahaya.

"NATURE JUDGEMENT..!!" Keluar batu sebesar gunung menuju ke arah mesin tersebut,ketika itu orang yang ditugaskan mengawal mesin itu tergamam dari tempat kemudi mesin itu.

"Heh...itu dia..." kata Farhan tersengih menunjukkan tangannya ke arah batu besar itu.

KRASHH...!!

KRANGG...!!!

KZRRTTT...!!

"Nature Judgement...serangan Amien Khaizo yang terkuat,mempenyekkan musuh dengan batu gergasi berbentuk bola..." ujar Ikhwan memeluk tubuhnya.

BOOMM...!!!

ZUWOOSHH...!!!!

Letupan yang kuat menggegarkan bumi akibat serangan batu gergasi Amien,Ikhwan dan Farhan pula hanya berpandangan kemudian mereka tersenyum. Amien menghela nafas lega dan menghampiri Ikhwan serta Farhan berada,mereka bertiga mengangguk faham dan terus menuju ke arah pulau tersebut. Ikhwan mendarat seiring Farhan serta Amien,Ikhwan merasai aura yang kuat dari dalam kawasan hutan yang berada di hadapan mereka.

"Nak masuk ke?" Soal Farhan.

"Kita akan masuk.." ujar Ikhwan.

"Kang ada binatang pelik tu..." ujar Amien pula dan Ikhwan menghela nafas berat.

"Aku bakar sekali dengan hutan ni puaa hati?" Kata Ikhwan dan melangkah ke arah hutan tersebut.

Langkahnya terhenti apabila menyedari sesuatu benda menunggu mereka memasuki hutan di hadapan Ikhwan,lantas Ikhwan mengangkat tangannya menghalang Farhan dan Amien dari terus maju ke hadapan. Farhan yang faham akan isyarat Ikhwan,mengangguk dan Amien turut memahami maksud Ikhwan.

"Stay on your position..!! Thousands Blade...!" Ikhwan menyedari sesuatu dan terus menyeru pedangnya,muncul dengan pantas lalu mengelilingi mereka dan tembakan laser dilancarkan.

"Woo...turrets?" Teka Farhan dari sebalik pedang milik Ikhwan yang melindungi mereka bertiga.

"Right now we don't have a time for riddle..." ujar Ikhwan menoleh ke arah Farhan,Amien pula mengangkat sebelah kaki kirinya dan Ikhwan serta Farhan sekadar memerhatikan sahaja.

"Hmph!!" Kakinya dihentak ke tanah dengan sekuatnya,keadaan menjadi sunyi sepi dan tidak berapa lama selepas itu kedengaran bunyi letupan yang kuat.

"Ha...?" Farhan mendongak apabila melihat satu benda melambung hingga terjatuh di belakang mereka.

"Err....." Ikhwan dan Farhan berpandangan,kemudian memandang ke arah Amien.

"I think that will answer you question.." kata Amien memandang ke arah Farhan.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™حيث تعيش القصص. اكتشف الآن