Bonus 4 : Tale of Gaia Dragon

1.7K 125 6
                                    

Italy 2050 (before the Chronicles)

Suara hembusan bayu menerjah ke muka seorang pemuda,angin meniup lembut ubun-ubun kepala. Awan berarak dan langit luas terbentang,kedengaran burung berkicauan. Alangkah bagusnya jika kecantikan seperti ini berkekalan? Getus pemuda itu berbicara,parut panjang tunggal di pipi kirinya. Anak matanya khusyuk memerhatikan awan berarak di atas udara,dia tersenyum sendirian.

"Kya!!" Jeritan seorang gadis mengganggunya untuk beristirehat.

"Haih...siapa pula buat onar masa aku nak rehat ni...kacau daun betul!" Rungut pemuda itu.

Lantas pemuda itu bangkit dari pembaringan di atas rumput,kemudian menuju ke arah dari mana datangnya jeritan itu. Dia berjalan ke tempat di mana orang ramai sedang berkumpul,apa yang berlaku agaknya? Jualan murah sedang berlangsung ke? Soal pemuda itu sendirian dan meninggalkan tempat orang ramai sedang berkumpul,kemudian dengan tangkas dia melompat ke bangunan. Tujuannya satu melihat apa yang sedang berlaku,dia terkejut dengan apa yang dia saksikan.

"Hehe..." seorang lelaki berusia sekitar 30an,merosakkan barang jualan peniaga.

"si prega di smettere (Hentikannya..tolonglah..)" rayu si peniaga di sampingnya,seorang gadis memeluk lengannya. Manakala beberapa askar bertindak menjadi perisai untuk orang ramai datang menghampirinya.

" Zitto! Sto chiedendo per il pagamento delle imposte, non si paga ... ecco la ricompensa !! (Diam! Aku mintak bayaran cukai,kau tak bayar...jadi inilah balasannya!!)" Kata lelaki itu terus menerus merosakkan barang jualan peniaga itu,pemuda itu menyedari orang ramai hanya dapat melihat sahaja.

"quei vigliacchi (Dasar pengecut)..." kata gadis itu dengan renungan tajam ke arah lelaki itu,pemuda itu terkejut dan tersenyum.

"Che ne dici ha? (Apa kau kata ha?)" Lelaki itu mula berang dan membalas renungan gadis itu.

"Laura fare (Laura..jangan..)" kata peniaga itu pada anak gadisnya bernama Laura.

"sopprimere Codardo loro piccole imprese con i tipi di kita..tetapi aziendale ha elogiato gli dei di ... (Mereka pengecut menindas peniaga kecil macam kita..tetapi dengan para koporat dia sanjung macam dewa...)" kata Laura geram dan dia masih memeluk lengan ayahnya.

"Quindi non hanno amato la loro vita in modo ...? (Jadi kau memang tak sayang nyawa ya...?)" Kata lelaki yang berpangkat pegawai itu,kemudian ditarik sepucuk pistol keluar dari bajunya.

"Che cosa hai intenzione di fare? I dipendenti di che tipo sei? Hai intenzione di ucciderci? (Apa kau nak buat? Pegawai jenis apa macam kau ni ha? Kau nak bunuh kami?)" Kata gadis itu dan matanya mula berkaca,ayahnya pula mula menggigil ketakutan.

"Sottoclasse di persone fratello indegno conclude con una voce acuta di un ufficiale come me (Orang kelas bawahan macam cik adik tak layak bersuara dengan nada tinggi pada pegawai macam aku...)" ujar pegawai itu mengacukan pistol ke arah Laura,serta ayahnya dan gadis itu mula berang.

"Quel volto reazione ha prezzo hehehe (That face reaction priceless hehehe...)" kata pegawai itu lagi dan pemuda yang memerhatikan dari atas bumbung sekadar tersenyum.

"Sei un vigliacco, contro persone disarmate (Kau memang pengecut,lawan orang yang tidak bersenjata...)"

"che hanno il coraggio di parlare? (Siapa yang berani bersuara tu ha!!?)" Kata pegawai itu menoleh kiri dan kanan,kemudian pemuda itu mendarat di hadapannya dan membelakangkan Laura serta ayahnya.

"Chi sei tu?! (Siapa kau?!)" Ujar pegawai itu dan terus menarik picu pistol.

BAM!!!

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now