CHAPTER 101 : FOR THE FUTURE

1.9K 151 12
                                    

"Putera muda okay.." soal Jane menyentuh bahu Luqman.

"Abang Jamel,kakak Jane...thanks.." ujar Luqman menoleh ke arah siapa yang menyambutnya dari jatuh.

"You welcome putera muda..mana putera bongsu?" Soal Jamel meninjau keadaan sekeliling.

Pada masa Luqman cuba menjawab soalan Jamel,niatnya terbatal apabila melihat cahaya keluar dari kapal besar di atasnya. Dia terasa satu perasaan yang mesra ketika melihat cahaya putih itu,namun dia harus membuang perasaan itu jauh-jauh buat masa ini.

"Bang Jamel..soalan tu kena tunggu sebab ada banyak benda kena uruskan.." ujar Luqman pula meregangkan ototnya,tersengih melihat ke arah drone yang banyak menuju ke arah mereka dengan laju.

"Aku rasa kau betul..putera muda.." kata Jamel melagakan kedua penumbuknya,Jane sekadar berdiri di belakang mereka.

"Dragon Thunder Arts..." Luqman mengatur nafas,tangannya diangkat tinggi ke atas langit.

"Jurus Cakaran Harimau..." Jamel menyusun langkah.

"THUNDER BOLT..!!!"

"CAKARAN HARIMAU GILA..!!!"

BOOMMMMM...!!!!

BOOOMMMM.....!!!!

BOOOOMMMM...!!!!

KLONGG....!!!!!

"AWESOME...!!"

"Kata tak pandai bahasa English..?"

"Diamlah...!"

"Ler...marah..." Jane sekadar ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua.

Reezal mengangkat tangannya ke atas,dan mengepalkannya lalu sebaik dia lakukan tindakan itu dengan serta-merta tanah menjadi tinggi dan menghimpit robot yang ada sehingga meletup. Elena pula menarik tali busur,sasarannya adalah jet drone yang berada di atas ruang udara.

BoOM..!!

Tepat mengenai sasaran dan Elena tersenyum gembira,Reena pula menyeru Blizzard Sabertooth Tiger dan keluar seekor harimau taring panjang lalu mencakar setiap drone yang ada. Aswandy sekadar tersenyum sambil mengangkat bahunya,namun dia sebagai abang yang sulung tidak mahu kalah dan menumbuk tanah dengan kuat.

GRuMm..

Krekk..!!

"Huh?" King terkejut dan bongkah ais keluar menusuk setiap drone yang ada di atas tanah.

"Siapa kau?" Langkah King terhenti apabila satu suara menegurnya,kemudian dia menoleh ke arah suara itu datang.

King merenung tajam ke arah Reezal yang sedang berdiri sambil memeluk tubuhnya,memerhatikan King yang berdiri tanpa sebarang calar. Reezal menyedari lambang kecil pada baju King,dia sekadar menghela nafas pendek sahaja. Aswandy pula sibuk membantu para askar yang tercedera,Elena pula bertindak sebagai healer untuk merawat yang cedera.

"Nasib baik awak ada kebolehan merawat..." ujar Reena dan Elena sekadar mengangguk sambil mengelap peluhnya,mana tidak berpeluh selain berperang dia turut juga merawat mereka yang tercedera.

"Elena tumpukan pada beri rawatan sahaja,Reena backup Elena okay?" Arah Aswandy dan mereka berdua mengangguk sahaja.

"Huh? Dia..." Elena sedar Reezal berhadapan dengan King.

"King..." Reena turut kenal akan siapa yang berdepan abangnya itu.

"Putera Kedua Mentari...Reezal Solleh,selamat berkenalan..." ujar King menundukkan kepalanya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now